omniture

Midea Group Lapor Prestasi Tahunan 2021: Hasil dan Keuntungan Cecah Paras Tinggi Bersejarah

Midea Group
2022-05-02 16:45 248

FOSHAN, China, 2 May 2022 /PRNewswire/ -- Midea Group Co., Ltd. (000333.SZ) telah menerbitkan laporan tahunan 2021nya. Jumlah hasil syarikat ini meningkat 20.2% pada tahun 2021, mencapai paras tertinggi sebanyak RMB343.4 bilion.

Walaupun dengan pelbagai rintangan akibat pandemik ini, termasuk cabaran rantaian bekalan global dan kos yang semakin meningkat dalam bahan mentah dan penghantaran, Midea mencapai keuntungan bersih sebanyak RMB29 bilion, satu peningkatan sebanyak 5.5% berbanding tahun sebelumnya, lalu menunjukkan pertumbuhan yang berterusan dari segi hasil dan keuntungan.

Tahun lalu telah menunjukkan pencapaian Midea. Hasil dan keuntungan tahunan Midea mencapai paras tertinggi. Ia disenaraikan dalam Fortune Global 500 untuk tahun keenam berturut-turut dan dipilih oleh Forbes China sebagai salah satu daripada 10 syarikat transformasi digital industri terbaik China. Forum Ekonomi Dunia mengiktiraf Midea Group sebagai pelopor dalam Revolusi Perindustrian Keempat buat kali ketiga. Selain itu, empat kilang Midea telah menyertai Global Lighthouse Network Forum Ekonomi Dunia.

Tahun lalu, Midea menubuhkan sistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif dan tangkas untuk pendigitalan produk, mempromosikan "Peningkatan Kecekapan" merentas saluran jualan luar taliannya, memanfaatkan kecerdasan digital bagi memenuhi sasaran "Terus kepada Pengguna", mencapai pengoperasian data raya dan merealisasikan penambahbaikan dalam kecekapan dalaman. Diperkasa oleh kumpulan bakat saintifik dan ekosistem inovasi global, Midea telah melakar kejayaan dalam pasaran luar negara menerusi teknologi canggih serta kecekapan dan kapasiti pengeluaran.

Midea telah mendedahkan rancangannya untuk membangunkan kedua-dua model perniagaan B2B dan B2C serta meningkatkan jualan dalam pasaran domestik dan luar negara secara serentak. Syarikat ini akan terus memberi tumpuan kepada pelaburan jangka panjang terhadap teknologi dan transformasi digital serta mempercepatkan penaiktarafan produk pintar dan perniagaan rumah pintarnya. Dalam masa yang sama, Midea akan turut memulakan keluk pertumbuhan kedua dengan bergantung kepada empat enjin perniagaannya iaitu robotik dan automasi, teknologi bangunan, pengurusan tenaga dan perjalanan pintar bagi merealisasikan tujuan utamanya untuk mentransformasikan Midea daripada syarikat perkakas rumah yang terkemuka di dunia menjadi kumpulan teknologi berpandukan inovasi.

Latar Belakang Midea Group Co., Ltd.

Dengan visi untuk "membawa inovasi yang hebat kepada kehidupan", Midea Group mendukung falsafahnya untuk mencipta kehidupan yang lebih baik menerusi teknologi selama 54 tahun sejak penubuhannya. Sepanjang lima tahun yang lalu, Midea telah melabur hampir RMB45 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ia memiliki 35 pusat R&D serta 35 tapak pengeluaran utama di seluruh dunia. Produk dan perkhidmatan Midea digunakan oleh anggaran 400 juta pengguna di lebih 200 negara dan wilayah.

 

 

Source: Midea Group
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Earnings