omniture

Roshan Shetty menyertai Sonata Software sebagai Ketua Pegawai Hasil

Sonata Software
2022-05-03 16:40 58

BANGALORE, India, 3 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Sonata Software sukacita mengumumkan penyertaan Encik Roshan Shetty ke syarikat ini sebagai Ketua Pegawai Hasil yang bertanggungjawab untuk jualan bagi perniagaan perkhidmatannya di seluruh dunia. Roshan akan berpangkalan di luar UK. Dalam melaksanakan strategi pertumbuhannya yang agresif, Sonata telah melabur dalam bakat kanan terutamanya di lokasi pasaran utamanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggannya. Penyertaan Roshan merupakan satu lagi langkah untuk matlamat yang sama. 

Roshan membawa bersama pengalaman global selama lebih dua dekad dalam industri perkhidmatan IT dengan menguruskan pelanggan di seluruh AS, UK, Eropah dan India, ke Sonata. Roshan telah memegang pelbagai jawatan kepemimpinan kanan di Infosys dengan yang terbaharu ialah sebagai Ketua Insurans Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan untuk Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) selain menjadi Ketua bagi UK dan Ahli Majlis Eksekutif (Eropah) di syarikat tersebut. Beliau telah membangunkan pasukan pembangunan perniagaan yang berjaya dalam unit industri dengan penumpuan untuk membangunkan para pemimpin wanita. Beliau merupakan peneraju industri dan ahli Kumpulan Penasihat Perdagangan untuk Telekomunikasi dan Teknologi GOV.UK. Beliau telah berjaya bekerjasama dengan pihak berkepentingan pelanggan peringkat C dalam kebanyakan perniagaan strategik dan perjanjian IT digital dan transformasi data yang telah memberikan nilai yang besar kepada organisasi pelanggan.

Roshan merupakan alumni Universiti Stanford yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam Program Kepemimpinan Eksekutif dan Program 'Ignite' Stanford - Keusahawanan & Kepemimpinan. Beliau juga berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi dalam Kejuruteraan Kimia.

Penyertaan Roshan akan turut mengukuhkan kehadiran syarikat ini di Eropah dan UK selain daripada sumbangannya untuk mendorong pertumbuhan Sonata di seluruh dunia. Sonata Software turut membuka sebuah pusat pembangunan di Ireland untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggannya di wilayah ini.

"Saya amat berbesar hati dan teruja untuk menyertai Sonata yang telah membangunkan asas dan budaya yang kukuh selama bertahun-tahun bagi menyampaikan pengalaman bertaraf dunia kepada pelanggan mereka di seluruh dunia. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan Sonata bagi memanfaatkan modal pengetahuan mereka yang kaya serta strategi PlatformationTM yang berjaya untuk mendorong nilai yang lebih besar bagi perjalanan digital pelanggan kami," ujar Roshan.

Mengalu-alukan kedatangan Roshan, Samir Dhir, Ketua Pegawai Eksekutif Sonata Software berkata, "Roshan mempunyai pengalaman yang meluas bekerja dengan pelanggan bernilai tinggi yang mempunyai keperluan yang tinggi. Penyertaan beliau akan meningkatkan kemampuan dan keupayaan Sonata secara ketara dalam menyampaikan penyelesaian transformasi digital kepada para pelanggan kami di seluruh dunia. Bagi pihak semua warga Sonata, saya mengambil peluang ini untuk mengalu-alukan kedatangan Roshan ke dalam keluarga Sonata".

Tentang Sonata Software 

Untuk maklumat lanjut, tekan sahaja:

Nandita Venkatesh
Sonata Software Limited
CIN- L72200MH1994PLC082110
A.P.S. Trust Building,
Bull Temple Road, N.R. Colony
Bangalore 560019, India
Tel: +91 80 67781999 
Nandita.v@sonata-software.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/689012/Sonata_Software_Logo.jgg?p=medium600  

Source: Sonata Software
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements