omniture

"Horrorscope" - Sebuah Novel Grafik - akan disiarkan di TV

ESW Management
2022-05-03 21:43 53

LOS ANGELES, 3 Mei 2022 /PRNewswire/ -- "Horrorscope," sebuah novel yang diadaptasi daripada buku asal karya Brian Evans dan turut menerima ulasan positif termasuk ulasan dari Kirkus Review, akan dijadikan sebuah siri TV, menurut ESW Management.

Peguam terkenal Hollywood, Peter Paterno mewakili projek tersebut.

"Horrorscope," pada asalnya ditulis oleh Brian Evans, Mark Andrew Biltz dan Helen Marie Bousquet pada tahun 2014. Ia diadaptasi menjadi sebuah novel grafik pada tahun 2021. Ia dikeluarkan dalam bentuk novel grafik beberapa bulan yang lalu, dengan Kirkus Review memetik tentang kisah asalnya yang luar biasa, "Sebuah kisah seram yang tersendiri dengan watak-watak luar biasa dan karya seni yang menarik."

"Kami yakin bahawa novel ini akan berakhir sebagai sebuah rancangan televisyen. Ia telah memenuhi impian kami ketika ini," kata Evans.

Novel asal boleh dibeli di Amazon.com di https://www.amazon.com/Horrorscope-Brian-Evans-ebook/dp/B01IKLW5GM/ref=sr_1_1?crid=2UM9TGSTBRPT0&keywords=horrorscope+brian+evans&qid=1651550144&sprefix=horrorscope+brian+eva%2Caps%2C108&sr=8-1 atau di Audible untuk penggemar buku audio di https://www.audible.com/pd/Horrorscope-Audiobook/B00SC0ZMW6?qid=1651550203&sr=1-2&ref=a_search_c3_lProduct_1_2&pf_rd_p=83218cca-c308-412f-bfcf-90198b687a2f&pf_rd_r=1JDQ977CJSRNQ3C8V2A9

Novel grafik baharu ini boleh dibeli di https://www.amazon.com/HORRORSCOPE-Graphic-Novel-Brian-Evans-ebook/dp/B096FYQ1RL/ref=sr_1_3?crid=2E56O8AHW4UOH&keywords=horrorscope+brian+evans&qid=1651550242&sprefix=horrorscope+brian+evans%2Caps%2C123&sr=8-3

Sebuah pratonton buku telah ditayangkan di lebih 10,000 pawagam di seluruh dunia, disiarkan sebagai pratonton sebelum tayangan filem yang dihadiri oleh penggemar filem di pawagam.

"Kami mempromosikannya di sana kerana kami tahu penonton akan berada di tempat duduk yang sama untuk menonton buku ini di layar kelak," kata Evans.

Kisah ini adalah tentang seorang paranormal yang dipaksa meramal masa depan untuk mafia. Akhirnya dia dibunuh oleh pembantu ketua kumpulan yang khianat, lambang Zodiak kemudian hidup untuk membalas dendam.

"Kami sangat teruja dengan perjalanan novel ini, walaupun orang lain tidak melihatnya, keyakinan kami terhadap kisah ini terus menyemarakkan semangat kami," kata pengarang bersama, Mark Andrew Biltz.

Narada Michael Walden, penerbit di sebalik runut bunyi filem terbaik sepanjang zaman, "The Bodyguard," telah mengarang lagu tema untuk penerbitan akhir siri ini.

"Kami yakin bahawa ini akan berlaku jua akhirnya dan dari Taiwan ke Seattle ke UK, kami telah memutuskan apa yang kami mahu lakukan," kata Biltz.

Novel grafik ini telah menerima ulasan lima bintang bagi setiap penerbitan novel grafik yang telah diulas setakat hari ini. Westwind Comics dari Sepanyol mengadaptasikan novel tersebut.

"Horrorscope," the graphic novel, was recently released by Westwind Comics after being adapted from the original novel.
"Horrorscope," the graphic novel, was recently released by Westwind Comics after being adapted from the original novel.

 

One of the pages from graphic novel created by Ferran Xalabarder of Westwind Comics, adapted from the Brian Evans, Mark Andrew Biltz, and Helen Marie Bousquet novel, "Horroscope."
One of the pages from graphic novel created by Ferran Xalabarder of Westwind Comics, adapted from the Brian Evans, Mark Andrew Biltz, and Helen Marie Bousquet novel, "Horroscope."

Video - https://www.youtube.com/watch?v=-01YOYFByrs
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1809676/HORRORSCOPE_Front_Cover.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1809685/Crab_Horrorscope.jpg?p=medium600

Source: ESW Management
Keywords: Books Entertainment Film & Motion Picture Publishing/Information Service Retail Television New products/services