omniture

REALTY ONE GROUP MENGAKHIRI SUKU PERTAMA 2022 DENGAN PERTUMBUHAN YANG LUAR BIASA DAN MENYUMBANG KEMBALI

Realty ONE Group
2022-05-04 05:08 57

LAS VEGAS, 4 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU francaisor yang paling pesat berkembang di dunia, telah menamatkan suku pertama tahun 2022 dengan pemberian amal yang paling memberi kesan, konvensyen tahunan yang memecahkan rekod serta peningkatan yang luar biasa dalam jualan francais dan bilangan jumlah keseluruhan bagi para profesional hartanah yang menyertai francaisor antarabangsa itu secara besar-besaran. 

Secara keseluruhan, Realty ONE Group telah mengembangkan rangkaian para profesional hartanahnya kepada lebih 18,000 orang dengan jumlah pendapatannya sehingga $10.4 bilion untuk tiga bulan pertama tahun ini, satu peningkatan sebanyak 20% berbanding suku pertama tahun lalu iaitu sebanyak $8.7 bilion. Kini sebuah francaisor global, ia dijangka akan menggandakan bilangan negaranya pada tahun ini dan menjangkau 500 lokasi di seluruh dunia.

"Kami merupakan pilihan yang tepat untuk para usahawan dan ahli profesional hartanah bersemangat yang menggunakan ketidakpastian sejak beberapa tahun yang lalu untuk menjana kejayaan masa depan mereka," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group.

Realty ONE Group turut memeterai satu perkongsian strategik dengan pemilik baharu di Itali pada suku pertama tahun ini dan pemilik di Costa Rica telah menjual pejabat baharunya yang kedua pada bulan ini. Para perwakilan dari lapan buah negara syarikatnya bertapak telah hadir untuk acara ahli gabungan pertama yang habis terjual tiketnya iaitu ONE Summit yang diadakan di Las Vegas, Nevada, pada minggu pertama bulan April.

Selain daripada beberapa usaha pemberian amal melalui ONE Cares 501(c)3, Realty ONE Group komited semula untuk menanam pokok melalui program ONE World, ONE Tree.

UNBrokerage, seperti mana yang ia dikenali dalam industri ini, kini mempunyai lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 49 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada serta akan dibuka di Ecuador, Costa Rica, Itali, Singapura dan Sepanyol, selain wilayah milik A.S. iaitu Puerto Rico.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan yang unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 18,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat merentasi 49 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Kanada, Itali, Sepanyol, Singapura dan Costa Rica. Realty ONE Group diberi penarafan pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, telah diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik dan telah berada dalam senarai Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang, bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

Source: Realty ONE Group
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Residential Real Estate Retail Corporate Social Responsibility