omniture

AFS Melancarkan 150 Biasiswa Pertukaran Maya untuk Kanak-kanak Perempuan dalam bidang STEM Seluruh Dunia

AFS Intercultural Programs
2022-05-04 15:08 51

NEW YORK, 4 Mei 2022 /PRNewswire/-- AFS Intercultural Programs dengan berbesar hati melancarkan Pemecut STEM Global AFS: sebuah program pertukaran maya biasiswa penuh yang direka untuk memperkasakan 150 orang wanita muda di seluruh dunia dengan akses kepada pendidikan dalam bidang kelestarian, STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan impak sosial.

AFS Intercultural Programs launches the AFS Global STEM Accelerators scholarship program to young women worldwide.
AFS Intercultural Programs launches the AFS Global STEM Accelerators scholarship program to young women worldwide.

Permohonan dibuka kepada wanita muda (berusia 15 hingga 17.5 tahun) di seluruh dunia yang mempunyai minat mendalam untuk menjadi pembuat perubahan dalam komuniti mereka. Selain itu, AFS akan memperuntukkan biasiswa khusus kepada para pelarian dan kanak-kanak perempuan daripada penduduk yang terpaksa berpindah di seluruh dunia.

Memberikan alat kepada anak muda untuk mencipta masa depan yang lebih lestari 

Melalui pengalaman pembelajaran yang mendalam, para pemegang biasiswa Pemecut STEM Global AFS akan dapat membentuk kecekapan teknikal yang kritikal seperti kemahiran digital, pemikiran reka bentuk dan literasi data, yang digabungkan dengan kecekapan peringkat global seperti kecerdasan emosi, kesedaran antara budaya dan kerja berpasukan – antara kemahiran berharga yang semakin diperlukan dalam ekonomi global dan juga penting untuk menyumbang kepada masa depan yang lestari.

Sepanjang dua belas minggu program tersebut, para pemegang biasiswa akan membangunkan prototaip impak sosial dan pembentangan akhir yang menawarkan penyelesaian berpotensi kepada cabaran dunia nyata dengan penekanan terhadap kelestarian. Setelah selesai, para pemegang biasiswa akan memperoleh Sijil Lanjutan tentang Kecekapan Global untuk Impak Sosial yang dianugerahkan oleh AFS dan Universiti Pennsylvania, bersama-sama dengan maklum balas dan pengesahan rasmi daripada Pusat Strategi Impak Sosial Penn. Selain itu, para pemegang biasiswa akan dijemput untuk menyertai komuniti alumni global AFS yang menawarkan pelbagai peluang bimbingan dan sumber perangkaian.

Memperkasakan anak muda untuk menjadi pembuat perubahan melalui STEM 

AFS Intercultural Programs ialah sebuah rangkaian pertukaran global bukan berkeuntungan dengan kepakaran selama berdekad-dekad dalam pendidikan yang dipacu impak. "Kemahiran seperti komunikasi silang budaya, empati dan penyelesaian konflik adalah misi yang penting untuk dunia kita. Mendidik lebih ramai anak muda untuk menjadi warganegara global adalah penting jika kita ingin mewujudkan masa depan yang lebih lestari," kata Daniel Obst, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif AFS.

Program Pemecut ini adalah sebahagian daripada Inisiatif Pembuat Perubahan STEM Global AFS yang lebih luas, dengan geran selama lima tahun yang bermatlamat untuk menyediakan 5,000 orang anak muda di seluruh dunia dengan pengalaman pembelajaran yang mendalam melalui STEM, kecekapan global dan program pertukaran antara budaya yang berfokuskan kelestarian. Inisiatif ini ditadbir oleh AFS dan dibiayai oleh bp, sebuah syarikat tenaga bersepadu global. bp menyokong inisiatif seperti ini untuk membantu membina bakat STEM yang dunia perlukan untuk mewujudkan penyelesaian yang lestari dan meningkatkan kepelbagaian bakat dalam bidang STEM.

Permohonan dibuka sehingga 15 Mei. Ketahui lebih lanjut dan mohonlah di afs.org/global-stem/accelerator.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1809271/STEM_Accelerators.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1809272/AFS_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

 

Source: AFS Intercultural Programs
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Not for profit Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)