omniture

Narada Michael Walden, penerbit bagi Elton John, George Michael dan Whitney Houston, memperkenalkan Charlie Mitchell, seorang warga Australia yang berusia 16 tahun kepada dunia

ESW Management
2022-05-04 17:18 53

SAN FRANCISCO, 4 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Kebanyakan kanak-kanak berusia 16 tahun sedang sibuk melihat Instragam.

Tetapi Charlie Mitchell sedang merakam lagu dengan penerbit muzik legenda dan penerbit ini adalah seperti beberapa orang yang lain, telah menghasilkan sebanyak 57 buah lagu hit #1. ESW Management menerbitkan single tersebut pada hari ini kepada lebih 13,000 buah stesen radio di 27 buah negara melalui PlayMPE, peneraju dalam bidang pengedaran lagu ke stesen radio di seluruh dunia.

Narada Michael Walden yang merupakan penerbit bagi album Whitney Houston, George Michael Aretha Franklin, Diana Ross, Tom Jones, Stevie Wonder, Ray Charles dan ramai lagi bintang handalan yang lain, hari ini memperkenalkan kepada dunia nama Charlie Mitchell ke dalam senarai tersebut.

"Charlie Mitchell bakal menjadi seorang superstar," kata Walden.

Walden menemui Mitchell melalui Brian Evans, seorang penyanyi yang beliau turut menghasilkan lagu, yang telah mendengar nyanyian Charlie pada sebuah platform media sosial.

"Sebaik sahaja saya melihat beliau, saya tahu beliau adalah bintang handalan seterusnya," kata Evans. "Saya tidak perlu menjual bakat kanak-kanak ini kepada anda, beliau tidak perlukan sesiapapun untuk melakukannya."

Lagu baharu Charlie Mitchell kini tersedia di seluruh dunia di setiap kedai muat turun muzik di dunia, termasuk iTunes, Amazon, Spotify dan lain-lain. Halaman Facebook beliau ialah Facebook.com/charliemitchellmusic.com.

"Reaksi terhadap lagu tersebut mengatasi jangkaan kami," kata Walden.

Untuk maklumat lanjut tentang Charlie Mitchell, sila layari charliemitchellmusic.com

Brian Evans dan Jesse Stenger yang menjadi penerbit eksekutif bagi penyanyi muda ini turut menulis lagu tersebut, dengan Mitchell menulis bersama elemen muziknya.

"Ini hanyalah permulaan tentang apa yang bakal disaksikan oleh dunia daripada Charlie," ujar Walden.

Lagu tersebut boleh dibeli di Amazon di https://www.amazon.com/dp/B09XB3G4R5/ref=dm_rwp_pur_lnd_albm_unrg atau di iTunes di https://music.apple.com/us/album/even-after/1617967687?i=1617967702

"Lagu-lagu seterusnya akan amat mengagumkan anda," ujar Walden.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=j6RDaLNJ_Po

 

 

Source: ESW Management
Keywords: Entertainment Music