omniture

LottieFiles Memperoleh Pembiayaan Siri B Bernilai $37 Juta yang Diketuai oleh Square Peg Capital

LottieFiles
2022-05-04 19:24 66

Destinasi paling banyak dikunjungi di dunia untuk gerakan Lottie akan menggunakan pembiayaan ini bagi mengembangkan pangkalan penggunanya dan mereka bentuk produk baharu untuk merealisasikan reka bentuk gerakan yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja

SAN FRANCISCO, 4 Mei 2022 /PRNewswire/-- LottieFiles, platform grafik gerakan terkemuka untuk para pereka dan pembangun, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan Siri B bernilai $37 juta yang diketuai oleh Square Peg Capital, dengan penyertaan tambahan daripada XYZ Venture Capital, GreatPoint Ventures dan pelabur sedia ada, 500 Startup dan M12 iaitu Dana Teroka Microsoft. LottieFiles akan menggunakan pembiayaan inin untuk meneruskan pelan hala tuju produk serta mengembangkan operasinya untuk memenuhi pangkalan pengguna yang semakin berkembang. Syarikat merancang untuk melancarkan aliran kerja dengan reka bentuk dan penyelesaian kerjasama baharu kepada pangkalan pengguna globalnya pada musim panas 2022, yang akan membolehkan para pereka menjimatkan lebih 15 jam bagi setiap aset yang dihantar dan memberi pengguna 80% lebih masa untuk memberi tumpuan pada kreativiti. Dengan menggunakan Lottie, pereka dan pembangun gerakan boleh menjimatkan usaha selama berminggu-minggu tanpa perlu mengekodkan grafik gerakan secara individu untuk setiap platform. Lihat video pendek tentang LottieFiles di sini.

"Misi kami adalah untuk mendemokrasikan reka bentuk gerakan dan animasi grafik serta menjadikannya boleh diakses oleh semua orang," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama LottieFiles, Kshitij Minglani. "LottieFiles mengubah sepenuhnya proses aliran kerja penciptaan dan reka bentuk, yang memperkasakan setiap pereka bentuk serta pasukan mereka untuk memanfaatkan kuasa gerakan bagi mencipta pengalaman pengguna yang menyeronokkan. Pasukan LottieFiles menghabiskan masa selama tiga tahun yang lalu untuk mengkaji dan menyempurnakan cetakan biru yang kini berfungsi untuk pasukan pereka bentuk dan pembangun dari lebih 135,000 buah syarikat. Kami teruja untuk membawa LottieFiles ke dalam tawaran pada tahun ini dan mengembangkan lagi pangkalan pengguna kami."

Kebanyakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun pada hari ini, laman web serta platform popular, kini menggunakan format fail berasaskan vektor sumber terbuka iaitu Lottie. Lottie ialah fail animasi berformat JSON yang membolehkan para pereka menghantar animasi pada mana-mana platform semudah menghantar aset statik. Lotti juga merupakan fail kecil yang berfungsi pada mana-mana peranti dan boleh ditingkatkan atau dikurangkan tanpa mengganggu piksel — membenarkan pereka bentuk membuat suai tugas aplikasi dan animasi, reaksi, maklumat grafik, aset media sosial, ikon animasi, pelekat, aset permainan dan banyak lagi ciri dalam aplikasi. Penerimagunaan animasi Lottie sedang berkembang. Ciri-ciri utamanya termasuk aplikasi dan fungsi silang platform yang ringan dan interaktif, serta keupayaan untuk memainkan 120 bingkai sesaat, menjadikan animasi Lottie pengganti yang sempurna untuk sebarang format konvensional iaitu jujukan GIF atau PNG.

Laman web LottieFiles.com pada masa ini mengambil kira pengguna dari lebih 135,000 syarikat di seluruh dunia, termasuk pereka animasi dan pereka gerakan daripada Google, TikTok, Disney, Uber, Airbnb dan Netflix. Setiap sembilan saat animasi baharu melalui aliran kerja dan peralatan LottieFiles, menjadikannya destinasi gerakan Lottie yang paling kerap dikunjungi di seluruh dunia. LottieFiles juga bersepadu dengan alat reka bentuk yang paling popular seperti Adobe XD, Adobe After Effects, Figma, Webflow, Wordpress dan banyak lagi.

LottieFiles sebelum ini mengumpulkan pembiayaan Siri A bernilai $9 juta pada Januari 2021 yang diketuai oleh Dana Teroka Microsoft M12, dan telah mengalami pertumbuhan pengguna berdaftar baharu bersih sebanyak 160% sejak itu. Pembiayaan Siri A membolehkan syarikat ini memperoleh sebuah pustaka aset reka bentuk, mengembangkan operasi dan pasukannya kepada lebih 100 orang pekerja di seluruh dunia dan mewujudkan penerimagunaan Lottie yang lebih luas dengan pangkalan pengguna yang diperluas.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan LottieFiles dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini sewaktu mereka membina piawaian terbaik untuk industri animasi global," kata Piruze Sabuncu, Rakan Kongsi di Square Peg Capital. "LottieFiles mengubah tema masa depan reka bentuk ke arah gerakan kerana penglibatan digital semakin berkisarkan pada ciri interaktif. Kami berasa kagum dengan komuniti LottieFiles yang berkembang pesat di seluruh dunia termasuk syarikat teknologi terbesar serta para pereka individu."

Akses kit akhbar LottieFiles di sini  atau ketahui lebih lanjut di https://www.lottiefiles.com.

Tentang LottieFiles

Platform aliran kerja animasi LottieFiles menerajui revolusi gerakan melalui format baharu yang berkuasa iaitu Lottie. Syarikat tersebut memberi perkhidmatan kepada komuniti yang besar daripada pencerita harian hingga pereka gerak dan grafik, animator serta pembangun yang menggunakan animasi boleh diskala berasaskan JSON dengan saiz 600% lebih kecil berbanding GIF. LottieFiles menyasarkan untuk memperkemas aliran kerja animasi dan mencipta ruang baharu yang berpotensi dengan animasi Lottie merentasi media, pemasaran, platform dan permainan untuk para penggunanya di seluruh dunia. LottieFiles mempunyai pustaka animasi terbesar di dunia dengan lebih 50,000 animasi Lottie percuma dan premium, dan pada masa ini memberi perkhidmatan kepada lebih 135,000 buah syarikat di seluruh dunia.

Berpusat di San Francisco dengan pejabat tambahan di Seoul dan Kuala Lumpur, LottieFiles ialah syarikat milik persendirian yang dibiayai oleh Square Peg Capital, XYZ Venture Capital, GreatPoint Ventures, 500 Startups dan M12, Dana Teroka Microsoft. Ikuti kami di Instagram, YouTube, Twitter dan LinkedIn atau ketahui lebih lanjut di LottieFiles.com.

Tentang Square Peg Capital

Square Peg ialah sebuah firma pelaburan global dengan misi untuk memperkasakan para pengasas yang luar biasa. Dengan pasukan di Singapura, Israel dan Australia, Square Peg melabur dalam syarikat teknologi baru muncul di seluruh ekonomi internet. Square Peg mempunyai aset di bawah pengurusan bernilai lebih USD1 bilion dalam pelbagai dana dan telah melabur dalam syarikat penentu kategori termasuk Fiverr, Canva, PropertyGuru dan Airwallex. Sejak tahun 2013, Square Peg telah melabur lebih USD200 juta dalam syarikat-syarikat di Asia Tenggara termasuk Pluang, Stashaway, DoctorAnywhere dan Neuron Mobility. Pada tahun 2021, Square Peg berkembang menjadi ekuiti tersenarai global dengan pelancaran Global Tech Fund. Ketahui lebih lanjut di https://www.squarepegcap.com.

Source: LottieFiles
Keywords: Art Computer Software Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Venture Capital