omniture

Focus Brands International Mengumumkan Keupayaan Bimbingan Maya yang Tiada Tandingan

Focus Brands International
2022-05-04 20:09 63

Pusat Kecemerlangan Pengalaman Pelanggan baharu ini menyediakan kajian operasi, bimbingan dan sokongan analisis yang berterusan kepada pemegang francais di seluruh dunia  

ATLANTA, 4 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Bahagian Antarabangsa Focus Brands LLC (Focus Brands International), pembangun terkemuka bagi jenama perkhidmatan makanan berbilang saluran global yang ikonik, telah bekerjasama dengan Auxis, sebuah firma perundingan dan penyumberan luar yang amat disegani, untuk melancarkan pusat sokongan operasi francais antarabangsanya yang pertama. Pusat Kecemerlangan Pengalaman Pelanggan (CECE) baharu milik syarikat tersebut terletak di Heredia, Costa Rica, selaras dengan misinya untuk memberikan perkhidmatan kepada kakitangannya dan yang berpotensi. CECE menyediakan cara yang berkesan dengan harga berpatutan untuk menyampaikan sokongan operasi bertaraf dunia bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan menambah baik prestasi restoran para pemegang francais.

Spanish speaking coach conducts an Operations Excellence Review with a Cinnabon franchisee in Latin America.
Spanish speaking coach conducts an Operations Excellence Review with a Cinnabon franchisee in Latin America.

"Tugas kami adalah untuk membantu para pemegang francais kami meningkatkan kejayaan mereka. CECE membolehkan kami mempunyai 'mata' dan 'telinga' dalam operasi mereka, yang amat meningkatkan keupayaan kami untuk mencapai matlamat ini," kata Beto Guajardo, Presiden Focus Brands International. "Sebelum ini, kami tidak pernah mempunyai tenaga pekerja atau sumber untuk melawat lebih 1,850 buah kedai di 63 buah negara secara kerap," tambah Jim Holthouser, Ketua Pegawai Eksekutif Focus Brands LLC. "CECE merupakan suatu kemajuan luar biasa dalam operasi dan latihan yang hadir tepat pada masanya. Keupayaan maya baharu ini sudah pasti akan membentuk masa depan francais global."  

Apabila jurulatih pengalaman pelanggan menyampaikan Kajian Kecemerlangan Operasi (OER), perisian yang menguasakan lawatan maya ini merupakan penyelesaian perisian yang dibangunkan melalui kerjasama dengan RizePoint, penyedia perkhidmatan perisian terkemuka. Perisian ini menempatkan piawaian dan garis panduan, bahan latihan dan penyelesaian perniagaan jenama seperti analisis data dan papan pemuka prestasi dalam sebuah aplikasi yang mudah dan boleh diakses daripada mana-mana sistem operasi mudah alih. "Platform Pengurusan Kualiti RizePoint mengautomasikan tugas OER, pengumpulan data operasi untuk setiap sesi bimbingan dan menyediakan kecerdasan perniagaan terbina dalam yang diperlukan untuk membuat analisis dan melaksanakan cadangan dengan pantas," kata Kari Hensien, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif RizePoint. "Pendekatan inovatif Focus Brands International dalam menjalankan OER akan membolehkan jaminan kualiti dan konsistensi global dalam cara yang bermakna dan boleh diukur di setiap lokasi."

Focus Brands International bekerjasama dengan Auxis untuk mewujudkan sebuah model perkhidmatan perkongsian antarabangsa dan menguruskan sebuah pasukan jurulatih pengalaman pelanggan berbilang bahasa yang terlatih secara meluas. Para jurulatih ini akan mengunjungi setiap kedai secara maya sebanyak empat hingga enam kali setahun bagi menyampaikan OER dengan pengendali kedai dalam bahasa ibunda mereka semasa waktu perniagaan mereka yang lazim. "Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Focus Brands membantu melaksanakan visi inovatif mereka bagi menyampaikan sokongan operasi bertaraf dunia," ujar Raul Vega, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Auxis. "CECE akan membolehkan keupayaan untuk mengumpul fakta dan angka yang menyumbang kepada kejayaan operasi melalui kaedah yang boleh dicapai dengan harga berpatutan dan membawa pembaharuan dalam industri. Kami kini mempunyai keupayaan unik untuk memberikan cerapan analitikal yang akan membantu menghubungkaitkan peningkatan kedai dengan prestasi kewangan, dari satu lokasi pusat."

Tentang Focus Brands  LLC
Focus Brands® yang berpangkalan di Atlanta merupakan sebuah syarikat pembangun jenama perkhidmatan makanan berbilang saluran global yang terkemuka. Focus Brands, melalui jenama gabungannya, merupakan francaisor dan pengendali lebih 6,400 buah restoran, kafe, kedai ais krim dan kedai roti di Amerika Syarikat, Daerah Columbia, Puerto Rico, Guam dan lebih 55 buah negara luar yang beroperasi di bawah nama jenama Auntie Anne's®, Carvel®, Cinnabon®, Jamba®, Moe's Southwest Grill®, McAlister's Deli® dan Schlotzsky's® serta jenama Seattle's Best Coffee® di pangkalan tentera dan pasaran antarabangsa tertentu. Sila kunjungi www.focusbrands.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1809961/Capture_4.jpg?p=medium600 

Source: Focus Brands International
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages Restaurants Retail New products/services