omniture

Bitget memperkenalkan Token BGB yang Dinaik Taraf

Bitget
2022-05-05 18:21 14

Merapat Jurang Dunia yang Terpisah

SINGAPURA, 5 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Bursa derivatif global terkemuka - Bitget, hari ini mengumumkan evolusi terkini BGB - token platform Bitget.

Ketika Bitget terus membangun dan berkembang sebagai sebuah platform, terdapat banyak pembangunan dalam ekonomi token platform ini. BGB ialah token platform yang dinaik taraf agar pengguna Bitget dapat mengakses semua jenis fungsi melalui satu platform tunggal dan satu token tunggal.

Visi di sebalik BGB baharu ini adalah untuk menghubungkan dunia kripto yang luas dengan merapatkan jurang dalam teknologi silang rantaian, yang dipacu oleh kepercayaan bahawa ekosistem kripto seharusnya ringkas, selamat dan boleh diakses oleh semua orang di seluruh dunia. Lebih dari sekadar sebuah token, BGB akan menjadi sebuah ekosistem Web3 yang lancar dan bertenaga untuk semua pegangan kripto, token komuniti, NFT, aplikasi Defi dan banyak lagi.

Mengulas tentang pelancaran ini, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, Sandra Lou berkata, "BGB yang baharu dan dinaik taraf ini mewakili ekosistem yang dinamik dan inovatif di Bitget, yang sentiasa berkembang dan meluas, ia juga menjelaskan sebab-sebab kemas kini ini perlu dilakukan agar dapat diselaraskan dengan pembangunan kami yang pesat."

Beliau terus menambah, "Usaha yang sedang dijalankan dan diperluas ini sesuai dengan nilai jenama dan produk Bitget. Kami berharap dapat menyediakan penghubung kepada seluruh dunia yang terpisah (fizikal, sosial dan kripto), dari satu bahagian ke bahagian yang lain, dari kesukaran menjadi harapan. Kami berharap agar BGB dapat merealisasikan visi kami untuk menghubungkan dunia, budaya, aplikasi dan pengguna. Matlamat kami adalah untuk memanfaatkan BGB demi mewujudkan sebuah ekosistem bertenaga yang membolehkan jangkauan antara Web2 dengan Web3, yang menghubungkan CeFi dan DeFi, seterusnya menghasilkan sebuah penghubung yang besar dalam jaringan kripto yang luas."

Anda boleh merujuk kertas putih BGB kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan BGB. 
https://bitget.zendesk.com/hc/en-us/articles/4405311104781

Tentang Bitget 

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan salah satu bursa mata wang kripto yang terkemuka di dunia. Kini ia memberikan perkhidmatan kepada lebih dua juta pengguna di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, Bitget mempercepat misinya untuk menggalakkan kewangan tidak berpusat pada tahun 2021 dengan 500 orang tenaga kerja yang mantap di lebih 20 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: 

Laman web rasmi: Bitget.com   
Telegram: https://t.me/bitgetEN   
Twitter: https://twitter.com/bitgetglobal   
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/bitget-global/

Source: Bitget
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology