omniture

Pengendali pusat data, DEAC sedang membina sebuah pusat data baharu yang besar yang akan menjadi salah sebuah pusat data paling lestari di wilayah Baltik

DEAC
2022-05-06 08:00 34

RIGA, Latvia, 5 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Salah sebuah pengendali pusat data bebas yang terbesar di Eropah Utara iaitu DEAC, sedang membina sebuah pusat data baharu yang besar yang akan menjadi salah sebuah pusat data yang paling lestari di wilayah ini.

 

 

Pusat data DEAC di Riga merupakan sebuah lokasi menarik bagi syarikat antarabangsa sebagai pusat penyumberan luar, pejabat pengurusan data dan penyatuan fungsi IT disebabkan kepakaran pasukan IT dan kelayakan cemerlang yang dimilikinya.

Pusat data baharu ini akan membolehkan DEAC mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju di pasaran Baltik dan penyedia perkhidmatan terbaik untuk syarikat-syarikat di Eropah.

Pusat data baharu ini mempunyai kapasiti sehingga 1,000 rak pelayan yang memastikan tahap minimum ketersediaan perkhidmatan sebanyak 99.98 %. Pusat data baharu ini bakal menjadi sebuah kemudahan berkapasiti 10 MW yang akan memperoleh pensijilan antarabangsa Peringkat III. DEAC akan menggunakan panel solar di lokasi yang dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh baharu dan menggunakan kuasa bantuan yang dibekalkan oleh MY Neste Diesel.

"Bersama-sama dengan pengendali pusat data DLC, DEAC menawarkan dua buah lokasi utama di Riga dan Vilnius yang sedang berkembang dengan pantas untuk menjadi rangkaian pusat data yang paling penting dan menyeluruh di Baltik", ulas Sebastien Bourget, Rakan Kongsi Pengurusan Quaero Capital.

"Ini merupakan peluang yang luar biasa untuk membina sebuah pusat data baharu yang memenuhi keperluan syarikat sambil turut menjaga alam sekitar kita", Ketua Pegawai Eksekutif DEAC, Andris Gailitis menyetujuinya. 

DEAC merupakan salah sebuah pengendali pusat data tenaga hijau bebas yang terbesar di Eropah Utara, yang dimiliki oleh Quaero European Infrastructure Fund II iaitu sebuah dana pelaburan infrastruktur yang diuruskan oleh syarikat pengurusan aset, Quaero Capital. DEAC memberikan perkhidmatan kepada ribuan pelanggan di lebih 40 buah negara dengan menyediakan perkhidmatan IT yang inovatif serta menggunakan pendekatan perniagaan individu dan teknologi terbaik. Dengan DLC yang juga dimiliki oleh Quaero European Infrastructure Fund II, DEAC menawarkan dua buah lokasi utama di Riga dan Vilnius. DEAC mempunyai titik kehadiran di bandar-bandar utama Eropah Tengah dan Timur.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1810662/deac_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: DEAC
Keywords: Alternative Energies Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Utilities Data Analytics