![]() |
Knight-Hennessy Scholars mengumumkan 70 pemegang biasiswa baharu, dengan pemegang biasiswa kali pertama dari Belgium, Jamaica, Jepun, Libya, Peru, Arab Saudi, Serbia, Afrika Selatan, Tanzania, Macedonia Utara dan Vietnam.
STANFORD, California, 6 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Knight-Hennessy Scholars (https://kh.stanford.edu/) di Universiti Stanford telah mengumumkan kohort 2022 dengan 70 pemegang biasiswa baharu melibatkan mahasiswa dari 27 buah negara yang akan melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam 35 program ijazah siswazah di kesemua tujuh sekolah pengajian siswazah Stanford. Profil pemegang biasiswa Knight-Hennessy 2022 boleh didapati di sini (https://http://kh.stanford.edu/scholars) dan statistik ringkasan boleh didapati di sini (PDF).
Knight-Hennessy Scholars memupuk dan menyokong komuniti pelajar siswazah pelbagai disiplin dan budaya dari seluruh Universiti Stanford dan memberikan pengalaman menarik yang menyediakan para siswazah untuk menjadi pemimpin yang berwawasan, berani dan kolaboratif yang menangani cabaran kompleks yang dihadapi dunia. Para pemegang biasiswa Knight-Hennessy menyertai Program King Global Leadership dan menerima bantuan kewangan selama tiga tahun untuk mengikuti program ijazah siswazah di mana-mana tujuh buah sekolah pengajian siswazah Stanford.
"Walaupun kita menghadapi banyak cabaran–termasuk pandemik, keadilan perkauman, perubahan iklim dan konflik yang berterusan–namun pencapaian, dedikasi dan janji para pemegang biasiswa baharu ini memberi saya harapan untuk masa depan yang lebih baik." kata John L. Hennessy, Presiden Emeritus merangkap Pengarah Keluarga Shriram Knight-Hennessy Scholars.
Knight-Hennessy Scholars membentuk pemimpin baru muncul yang mempunyai perspektif kukuh dalam pelbagai disiplin dan budaya, satu komitmen terhadap kebaikan yang lebih besar serta kaedah yang diperlukan untuk memacu perubahan yang bermakna. Program King Global Leadership ialah bahagian utama pengalaman Knight-Hennessy Scholars dan menawarkan pelbagai bengkel, ceramah, projek dan pengalaman yang melengkapkan pendidikan sekolah siswazah para pemegang biasiswa dan membantu mereka mencapai objektif kepemimpinan mereka.
Knight-Hennessy Scholars tidak mempunyai kuota atau sekatan berdasarkan wilayah, kolej atau universiti, bidang pengajian atau aspirasi kerjaya. Dalam kalangan pemegang biasiswa 2022 yang baharu, 50% daripadanya diidentifikasikan sebagai wanita dan 46% daripadanya adalah pemegang pasport dari negara bukan Amerika Syarikat. Enam puluh tiga peratus daripada pemegang biasiswa A.S. diidentifikasikan sebagai individu bukan berkulit putih dan 13% daripadanya telah berkhidmat dalam angkatan tentera A.S. Para pemegang biasiswa ini telah memperoleh ijazah sarjana muda dari 13 buah institusi antarabangsa dan 29 buah institusi A.S. Tujuh belas peratus daripadanya merupakan yang pertama dalam keluarga mereka yang mengikuti pengajian di kolej.
Kohort pertama telah didaftarkan pada tahun 2018 dan kohort kelima telah menjadikan jumlah pemegang biasiswa seramai 339 orang setakat ini. Para pemegang biasiswa dipilih berdasarkan kebebasan pemikiran, kepemimpinan bermatlamat dan pemikiran sivik. "Adalah menggembirakan untuk bekerjasama dengan para pemegang biasiswa yang datang dari seluruh dunia dan di seluruh universiti, ketika mereka membina sebuah komuniti yang dikhususkan untuk menyumbang kepada kebaikan yang lebih besar," kata Tina Seelig, Pengarah Eksekutif Knight-Hennessy Scholars.
Permohonan untuk kohort Knight-Hennessy Scholars 2023 akan dibuka pada bulan Julai dan ditutup pada bulan Oktober 2022. Program ini menawarkan sesi maklumat dalam talian untuk menerangkan tentang komuniti, program pembangunan kepimpinan dan proses kemasukan.
Tentang Knight-Hennessy Scholars
Diumumkan pada tahun 2016, Knight-Hennessy Scholars dinamakan sempena Phil Knight, MBA '62, seorang dermawan serta pengasas bersama Nike Inc. dan John Hennessy, Pengerusi Alphabet Inc. yang juga Presiden Stanford (2000-2016). Knight-Hennessy Scholars ialah biasiswa yang dibiayai sepenuhnya dan terbesar di dunia.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1810500/DenningHouse.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1502473/Knight_Hennessy_Logo.jpg?p=medium600