omniture

Accor memperkenalkan siri rintis Health to Wealth

Accor
2022-05-06 22:13 112

MENYOROT KUMPULAN PELBAGAI YANG TERDIRI DARIPADA LEBIH DUA BELAS PEMACU PERUBAHAN GLOBAL SEPERTI WIM HOF, SAASHA CELESTIAL-ONE, ALLIE BURNS, OLAF BLANKE DAN THIERRY MALLERET

PARIS, Perancis, 6 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Accor, sebuah kumpulan hospitaliti yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran Health to Wealth, satu siri baharu yang meneroka tahap kesejahteraan semasa dan isu yang menentukan masa depan kita. Health to Wealth yang melibatkan beberapa orang pemikir terkemuka pada era kita, bermula hari ini dengan siri audio siar bermaklumat yang merangsang pemikiran dan tidak lama lagi akan diikuti pula dengan cabaran keusahawanan syarikat pemula di Paris dengan kerjasama VivaTech, serta suatu pembentangan kertas kerja bermaklumat pada akhir tahun ini untuk meneroka penyelidikan terkini dalam bidang kesihatan psikologi dan fisiologi, struktur dan tanggungjawab masyarakat serta anjakan, tindak balas dan ramalan global.

"Matlamat hospitaliti ialah untuk memupuk kemesraan, menyuntik semangat berkasih sayang dan kesejahteraan," ujar Emlyn Brown, Naib Presiden Global, Kesejahteraan Accor. "Sebagai peneraju global dalam bidang hospitaliti, Accor telah menerajui industri dalam menerapkan hal ehwal kesihatan selain di spa dan pusat kecergasan tradisional, merangkumi segala yang kami lakukan – daripada operasi hotel hingga makanan & minuman, reka bentuk bilik dan banyak lagi. Kami teruja untuk melancarkan Health to Wealth yang julung-julung kali diadakan ini dan meningkatkan misi penjagaan kami ke tahap seterusnya dengan mengumpulkan pelbagai kumpulan minda inovatif untuk bertindak menjadi suatu daya yang positif ke arah perubahan, yang kami harap dapat memberi inspirasi dari segi kesejahteraan, mental dan fizikal keseluruhan dalam sebuah dunia yang sangat kompleks dan sentiasa berubah."

Siri audio siar Health to Wealth telah dicipta oleh pasukan kesejahteraan Accor dan disusun oleh Well Intelligence. Well Intelligence ialah sebuah kumpulan penasihat perniagaan antarabangsa yang berpangkalan di UK yang memperjuangkan perkaitan dan elemen budaya yang dibawa oleh pelaburan kesejahteraan; memberikan cerapan dan panduan kepada syarikat dan perusahaan dalam usaha untuk mewujudkan program kesejahteraan yang memberi impak, mengubah etos syarikat dan mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan mampan.

"Accor sedang mengambil langkah ke hadapan yang hebat untuk memimpin wacana global yang menampilkan beberapa orang pemikir paling berani di dunia di saat kesejahteraan kolektif global menjadi semakin goyah," kata Anni Hood, Ketua Pegawai Eksekutif, Well Intelligence. "Di Well Intelligence, kami percaya bahawa kadangkala pendekatan yang lebih radikal diperlukan untuk mengilhamkan anjakan revolusioner, baik dari segi perspektif mahupun di sudut lain."

Empat episod audio siar Health to Wealth yang pertama kini tersedia, menampilkan Wim Hof yang membincangkan tentang akses demokratik terhadap kesihatan dan kuasa pernafasan (Putting Mind Over Matter). Kate Cook akan membincangkan tentang kesan kesihatan pemakanan terhadap prestasi perniagaan (Super Powered Through Strategic Nutrition); Saasha Celestial-One akan menekankan pengalamannya tentang tindak balas dunia sebenar terhadap pembaziran (Sharing A Recipe To Reduce Food Waste); manakala Manuel Muniz berbincang tentang subjek teknologi, impak dan kemungkinan strategiknya (Turning The Digital Tide).

"Kita semua berada di atas planet ini bersama-sama, maka apabila sebahagian daripada kita tidak berfungsi dengan baik atau tidak melalui pertumbuhan yang betul, ini menjejaskan keseluruhan organisma kolektif kita. Dan pada pendapat saya, itu adalah satu kaedah yang sangat semula jadi untuk difikirkan tentang kesalinghubungan sosial dan manusia serta planet, yang akan disorot dalam siri Health to Wealth ini," kata Saasha Celestial-One, pengasas OLIO, aplikasi perkongsian makanan global yang merevolusikan sisa makanan dan khidmat masyarakat, yang juga merupakan penyumbang kepada Health to Wealth.

"Perspektif kesejahteraan makro yang sedang diteliti oleh Health to Wealth adalah penting," tambah Manuel Muniz, Provost IE University di Madrid, mantan Setiausaha Negara untuk Global Spain dan penyumbang Health to Wealth. "Saya gembira melihat perbincangan ini sedang berlangsung dengan keadaan hubungan dunia secara umum yang ada sekarang. Saya percaya ini adalah masa yang sesuai untuk menekankan tentang perkara ini."

Episod audio siar tambahan akan dikeluarkan sepanjang bulan Mei dan Jun 2022, menampilkan perbincangan yang membuka minda seperti:

  • Thierry Malleret tentang kesejahteraan, perubahan nilai dan tenaga makro global
  • Oli Patrick & Harry Jameson tentang kecergasan, daya ketahanan dan melawan tekanan
  • Olaf Blanke tentang bagaimana deria dalam tubuh kita dikawal oleh neurosains 
  • Julian Ranger tentang sebab mengapa semua orang perlu menjaga data peribadi mereka sendiri
  • Allie Burns tentang melabur dalam perusahaan yang boleh memberi impak sosial
  • Ali Parsa tentang doktor maya dan revolusi AI dalam penjagaan kesihatan

Siri audio siar Health to Wealth tersedia pada semua platform audio siar utama, healthtowealthbyaccor.com dan laman web Accor.

TENTANG ACCOR

Accor merupakan sebuah kumpulan hospitaliti terkemuka di dunia yang terdiri daripada lebih 5,200 hartanah dan 10,000 lokasi makanan dan minuman di 110 buah negara. Kumpulan ini mempunyai salah satu ekosistem hospitaliti yang paling beraneka dan bersepadu sepenuhnya dalam industri yang merangkumi lebih 40 jenama hotel mewah, premium, sederhana dan ekonomi, hiburan dan lokasi hiburan malam, restoran dan bar, kediaman persendirian berjenama, hartanah penginapan berkongsi, perkhidmatan rencam, ruang kerja bersama dan banyak lagi. Kedudukan Accor yang tiada tandingan dalam hospitaliti gaya hidup – salah satu kategori yang paling pesat berkembang dalam industri – diterajui oleh Ennismore, sebuah usaha sama dengan Accor sebagai pemegang saham majoriti. Ennismore ialah sebuah syarikat hospitaliti kreatif dengan jenama pengasas dan berciri keusahawanan kolektif global dengan tujuan yang tertentu. Accor mempunyai portfolio jenama tersendiri yang tiada tandingan dan kira-kira 260,000 ahli pasukan di seluruh dunia. Ahli mendapat manfaat daripada program kesetiaan komprehensif syarikat – ALL - Accor Live Limitless – iaitu rakan gaya hidup harian yang menyediakan akses kepada pelbagai ganjaran, perkhidmatan dan pengalaman. Melalui Planet 21 – inisiatif Acting Here, Accor Solidarity, RiiSE dan ALL Heartist Fund, Kumpulan ini memberi tumpuan dalam mendorong tindakan positif melalui etika perniagaan, pelancongan yang bertanggungjawab, kelestarian alam sekitar, penglibatan komuniti, kepelbagaian dan keterangkuman. Ditubuhkan pada tahun 1967, Accor SA beribu pejabat di Perancis dan disenaraikan di Bursa Saham Euronext Paris (kod ISIN: FR0000120404) dan di pasaran OTC (Penanda: ACCYY) di Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila layari group.accor.com atau ikuti Accor di Twitter, Facebook, LinkedIn dan Instagram.

Hubungan Akhbar: Charlotte Thouvard, charlotte.thouvard@accor.com; Mike Taylor, mike.taylor@accor.com 

 

Source: Accor
Keywords: Beverages Food/Beverages Hotels and Resorts Travel New products/services