omniture

HOYA Vision Care Mengeluarkan Hasil Kajian Klinikal Susulan Enam Tahun Pertama untuk Lensa Cermin Mata MiYOSMART

HOYA Vision Care
2022-05-06 22:55 124

Bukti kukuh menunjukkan keberkesanan lensa jangka panjang yang berterusan dalam memperlahankan perkembangan miopia pada kanak-kanak

BANGKOK, 6 Mei 2022 /PRNewswire/ -- HOYA Vision Care, peneraju dalam inovasi teknologi optik, berkongsi hasil kajian klinikal susulan selama enam tahun tentang lensa cermin matanya, MiYOSMART yang memenangi anugerah dengan Teknologi Defocus Incorporated Multiple Segments (D.I.M.S.) di persidangan Persatuan Penyelidikan Penglihatan dan Oftalmologi (ARVO) 2022 di Denver, Colorado di A.S. Penemuan daripada kajian paling lama tentang lensa cermin mata pengurusan miopia ini dikongsi oleh Profesor Carly Lam dari Pusat Penyelidikan Miopia, The Hong Kong Polytechnic University, yang menjalankan penyelidikan tersebut. 

Hasil kajian klinikal selama enam tahun yang dijalankan ke atas 90 orang kanak-kanak di Asia melihat perkembangan miopia pada kanak-kanak yang memakai lensa cermin mata MiYOSMART HOYA Vision Care. Keputusan ini memperkukuh kajian susulan selama tiga tahun sebelum ini1, suatu kesinambungan dari ujian kawalan rawak (RCT) selama dua tahun2 yang diterbitkan dalam British Journal of Ophthalmology yang menunjukkan bukti kukuh tentang keberkesanan lensa dalam memperlahankan perkembangan miopia pada kanak-kanak berumur 8-13 tahun. Penemuan kajian susulan jangka panjang selama enam tahun ini membuktikan bahawa kesan kawalan miopia lensa cermin mata MiYOSMART dikekalkan dari semasa ke semasa pada kanak-kanak yang memakai lensa tersebut. Ia juga mengesahkan bahawa pesakit yang berhenti memakai lensa cermin mata MiYOSMART tidak menunjukkan kesan berulang jika dibandingkan dengan kadar perkembangan miopia awal semasa ujian kawalan rawak selama dua tahun atau dengan populasi umum.

"Kajian klinikal susulan selama enam tahun ke atas lensa cermin mata MiYOSMART ini ialah kajian paling lama yang dijalankan ke atas lensa cermin mata pengurusan miopia, menunjukkan kesan kawalan miopia yang berkekalan dari semasa ke semasa dan merupakan satu berita yang sangat menarik," kata Natalia Vlasak, ketua Hal Ehwal Perubatan dan Saintifik Global, HOYA Vision Care. "Kajian ini juga menjawab satu lagi persoalan yang penting daripada profesional penjagaan mata tentang kesan berulang lensa tersebut - kami sangat gembira kerana kajian klinikal ini membuktikan bahawa tiada kesan berulang jika penggunaan lensa dihentikan." "HOYA Vision Care berdedikasi untuk menjadi peneraju dalam membangunkan cara yang selamat dan berkesan bagi menguruskan masalah miopia yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak," tambah beliau.

Dilancarkan pada tahun 2018, lensa cermin mata MiYOSMART telah dibangunkan dengan kerjasama The Hong Kong Polytechnic University bagi menangani masalah miopia atau rabun dekat yang semakin meningkat dalam sektor kesihatan global. Pakar industri meramalkan hampir 50% daripada populasi dunia akan terjejas oleh masalah ini menjelang tahun 2050.3 Lensa ini menggunakan Teknologi D.I.M.S. yang memberikan penglihatan tajam kepada kanak-kanak, boleh diletakkan pada mana-mana bingkai cermin mata kanak-kanak dan berupa lensa cermin mata standard. Sejak tahun 2018, satu juta pesakit di lebih 30 buah negara telah mendapat manfaat daripada pemakaian lensa cermin mata MiYOSMART.4

1 Lam CS, Tang WC, Lee PH, dll. Myopia control effect of defocus incorporated multiple segments (DIMS) spectacle lens in Chinese children: results of a 3-year follow-up study. British Journal of Ophtalmology, Diterbitkan Kali Pertama Dalam Talian: 17 Mac 2021. doi: 10.1136/bjophthalmol-2020-317664

2 Lam CSY, Tang WC, Tse DY, Lee RPK, Chun RKM, Hasegawa K, Qi H, Hatanaka T, To CH. Defocus Incorporated Multiple Segments (DIMS) spectacle lenses slow myopia progression: a 2-year randomized clinical trial. British Journal of Ophthalmology. Pertama Kali Diterbitkan Dalam Talian: 29 Mei 2019. doi: 10.1136/bjophthalmol-2018-313739

3 Holden B.A., Fricke T.R., Wilson D.A., Jong M., Naidoo K.S., Sankaridurg P., Wong T.Y., Naduvilath T.J., Resniko_ S. Global Prevalence of Myopia and High Myopia and Temporal Trends from 2000 through 2050. American Academy of Ophthalmology. 05/2016, vol.123, no. 5, p.1036–1042.

4 Berdasarkan # lensa yang dijual bagi setiap data jualan Hoya pada fail setakat bulan Februari 2022. Keputusan dari pemakai individu mungkin berbeza-beza.

PENAFIAN PRODUK – MiYOSMART tidak diluluskan untuk pengurusan miopia di semua negara, termasuk A.S. dan buat masa ini tidak tersedia untuk jualan di semua negara termasuk A.S.

Tentang HOYA Vision Care
Selama lebih 60 tahun, HOYA Vision Care telah menjadi peneraju global yang amat berminat dalam inovasi teknologi optik. Sebagai pengeluar lensa kaca mata yang berkualiti dan berprestasi tinggi, HOYA terus mendorong inovasi teknologi optik dengan matlamat untuk mencari penyelesaian penjagaan penglihatan yang terbaik untuk para Profesional Penjagaan Mata. Syarikat ini membekalkan lensa ke 52 buah negara dan mempunyai rangkaian dengan lebih 18,000 orang pekerja dan 45 buah makmal di seluruh dunia.

Source: HOYA Vision Care
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries