omniture

Pemuzik kelainan upaya, Emmanuel Kelly melancarkan Outlyer Entertainment dengan sokongan daripada pelbagai bakat termasuk Chris Martin, Paul Oakenfold dan Adam Morse

The Outlyer Group
2022-05-09 21:00 44

LONDON, 9 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Emmanuel Kelly, penyanyi, pelakon, penceramah dan usahawan dengan kelainan upaya, mengumumkan pelancaran perniagaan baharunya, Outlyer Entertainment dengan sokongan nasihat daripada penyanyi utama Coldplay iaitu Chris Martin, Ketua Lembaga Penasihat Outlyer.

Emmanuel Kelly
Emmanuel Kelly

 

Outlyer Entertainment ialah Syarikat Pembangunan dan Penerbitan Harta Intelek (IP) pertama yang mempamerkan, memperkasakan dan mendayakan bakat golongan kurang upaya di seluruh dunia. Ia bermatlamat untuk memacu pendekatan yang lebih inklusif dalam industri perfileman, televisyen (TV) dan muzik dengan menjadi penyelesaian untuk menamatkan stigma yang menyelubungi orang kurang upaya. Syarikat ini mempunyai slogan: "Mendayakan Dunia, Secara Berbeza".

Outlyer Entertainment akan mewakili dan memperjuangkan bakat melalui tiga bahagian utamanya - Outlyer Talent Agency, Outlyer Record Label dan Outlyer Film and TV Production House. 

Outlyer Entertainment akan bekerjasama dengan pilihan penasihat terbaiknya untuk menyokong pertumbuhan syarikat dan menyediakan kepakaran di pelbagai bidang yang ia berhasrat untuk memberikan perkhidmatan, dengan memberi tumpuan kepada projek dan kolaborasi bersama-sama dengan pelakon, pemuzik, pembuat filem, penulis dan artis. Diketuai oleh Chris Martin, Penasihat Outlyer disertai oleh Penerbit DJ, Paul Oakenfold dan Penulis serta Penerbit NCIS, Scott Williams.

Turut menyertai Chris, Paul dan Scott sebagai penyokong dan penasihat yang bersemangat ialah pengarah filem / pelakon / penulis dan pengasas bersama yang cacat penglihatan, Adam Morse, serta pemimpin perniagaan berpengalaman, pakar Perhubungan Awam (PR) dan Komunikasi merangkap Pengasas Bersama Outlyer, Tim Lucas Allen, Ketua Pegawai Eksekutif Coach, Rhett Power, mantan Presiden DKNY & FUBU, Bernt Ullman, Ketua Pegawai Eksekutif Global Citizen Forum, Talimka Yordanova. Pengasas Bersama Deekay Music, Lars Jensen dan Laura Hameed daripada Yayasan Kanak-kanak Columbus.

Outlyer juga akan menyampaikan misinya dengan kerjasama bersama Think-Film Impact Production, sebuah organisasi media impak yang memenangi anugerah yang diasaskan oleh Danielle Turkov Wilson dengan kepakaran khusus dalam pertembungan antara filem dan perubahan sosial yang canggih. 

Think-Film akan memberikan penilaian nilai impak yang strategik untuk projek media Outlyer, pengedaran dan pemasaran impak serta perkongsian impak pada peringkat pengaruh tertinggi untuk meningkatkan kebolehlihatan dan akses di seluruh festival dan pasaran global. Sebagai rakan kongsi struktur kepada Cannes Marché du Film dan perintis bersama program impACT mereka, organisasi itu akan menganjurkan pesta festival filem diterajui golongan kurang upaya yang pertama pada tahun ini.

Emmanuel Kelly berkata : "Sudah menjadi matlamat saya selama bertahun-tahun untuk menumpukan usaha saya dalam memacu pendekatan yang positif kepada golongan kelainan upaya. Kami perlu mendidik, memperkasa, mendayakan dan mewujudkan nilai bagi mereka yang memerlukan sokongan kami menggunakan pendekatan komersial dan perniagaan. Saya amat berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran syarikat ini dan saya teruja dengan masa depan serta potensi yang boleh direalisasikan oleh Outlyer. Kita perlu menamatkan stigma untuk membolehkan inovasi berlaku. Saya amat berterima kasih atas sokongan Chris dan ramai individu hebat lain yang berada di sekeliling saya setiap hari."

Chris Martin berkata: "Saya amat berbesar hati untuk menyokong Emmanuel dan pasukannya di Outlyer Entertainment yang terus menyediakan platform untuk artis kelainan upaya di seluruh industri hiburan.

Dengan sejarah yang panjang bagi sumbangan budaya yang penting - daripada Kenny Baker kepada Beethoven - golongan kelainan upaya & kurang upaya kekal penting dalam bidang muzik, filem dan televisyen, dan saya menanti-nantikan penglibatan mereka yang semakin meningkat. 

Saya teruja untuk melihat bakat baharu yang didedahkan dan dikembangkan Outlyer Entertainment sementara kami terus bergerak menuju ke arah industri hiburan yang lebih pelbagai, terbuka kepada semua orang, dari mana-mana sahaja." 

Pada tahun 2020, lagu Chris Martin iaitu Never Alone telah menampilkan Emmanuel Kelly - dengan videonya yang turut dibintangi kameo yang memberi inspirasi daripada Demi Lovato, Terrance Howard, JK Simmons, Elizabeth Moss, Jean Claude Van Dame, Pia Toscano, Royce da 5'9, Vanness Wu, Brian Grazer dan Jonathan Ross. Lagu itu turut diadun semula oleh Penerbit dan DJ legenda, Paul Oakenfold.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1812942/Emmanuel_Kelly.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1812941/Outlyer_Entertainment_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: The Outlyer Group
Keywords: Entertainment Music Hispanic-oriented news New products/services