omniture

Mengatasi Mick Jagger dan Billy Joel, Charlie Mitchell yang berusia 16 tahun dari Australia ini menduduki tangga #1 dalam carta Kontemporari Dewasa bagi lagu debutnya yang dihasilkan oleh Narada Michael Walden, seorang penerbit yang terkenal dengan menghasilkan lagu untuk Whitney Houston

ESW Management
2022-05-09 23:04 46

LOS ANGELES, 9 Mei 2022 /PRNewswire/-- Charlie Mitchell, penyanyi berusia 16 tahun dari Gold Coast, telah menyaksikan single debutnya melonjak naik ke kedudukan #1 dalam carta Kontemporari Dewasa. ESW Management secara rasminya dapat mengesahkan bahawa penglibatan Narada Michael Walden dalam penerbitan lagu asal Brian Evans bertajuk "Even After", sebuah lagu yang ditulis Evans tentang ibunya telah mengungguli carta Kontemporari Dewasa. Jesse Stenger dan Evans yang telah menghasilkan lagu itu, sementara Charlie Mitchell pula mencipta melodinya, terkejut dengan berita tersebut.

Charlie Mitchell, produced at Narada Michael Walden, debuts at #1 on the Adult Contemporary charts, surpassing Mick Jagger and Billy Joel. The song, "Even After," was written by Brian Evans, Jesse Stenger, with melody by Charlie Mitchell.
Charlie Mitchell, produced at Narada Michael Walden, debuts at #1 on the Adult Contemporary charts, surpassing Mick Jagger and Billy Joel. The song, "Even After," was written by Brian Evans, Jesse Stenger, with melody by Charlie Mitchell.

Mengatasi Mick Jagger dan Billy Joel dalam carta PlayMPE iaitu peneraju pengedaran muzik secara terus kepada pengaturcara radio, Charlie Mitchell akan muncul buat kali pertama di Australia dalam rancangan pagi, Studio 10 pada hari Rabu, 11 Mei 2022.

"Kami sedang dibanjiri dengan permintaan pada ketika ini. Pagi ini kami terjaga dengan peti masuk e-mel yang begitu penuh sehinggakan orang ramai menghubungi kami untuk memberitahu bahawa e-mel mereka tidak dapat dihantar," kata Stenger.

"Ini tidak mengejutkan bagi saya," kata Evans. "Saya tahu ini akan berlaku setelah saya melihat dia."

Lagu "Even After" itu telah ditulis oleh Evans dengan cara yang unik. Rangkap pertama menyampaikan kata-kata orang tersayang yang mungkin telah kehilangan seseorang dalam situasi tertentu, sementara rangkap kedua dan "bridge" pula adalah kata-kata si mati yang bercakap kepada anda.

"Ketika saya menulisnya, dan ia mengambil masa selama bertahun-tahun selepas ibu saya meninggal dunia dengan tragis dan tanpa diduga untuk saya menulisnya, saya tahu bahawa sebagai seorang penyanyi, saya sendiri tidak mampu untuk menyanyikan lagu ini. Saya terlalu terikat kepadanya. Apabila saya menemui Charlie di media sosial, saya tahu bahawa situasi yang dihadapi budak muda ini akan menjadi satu peluang untuknya. Orang ramai akan mentafsirnya dengan cara mereka sendiri. Ada yang menganggapnya tentang satu kisah putus cinta, ada yang menganggapnya tentang seseorang meninggal dunia," kata Evans. "Apa yang tidak saya jangkakan ialah betapa berbakatnya Charlie serta kebolehan "jiwa lama" beliau yang unik dalam mentafsir lagu dengan usianya yang begitu muda. Ia benar-benar luar biasa."

Kata-kata Narada Michael Walden jauh lebih ringkas: "Charlie Mitchell bakal menjadi seorang bintang terkenal. Saya gembira Brian membawanya kepada saya dan kami mempunyai banyak lagi kerja untuk dilakukan bersama-sama."

Lagu "Even After" itu boleh dimuat turun di Apple iTunes, Spotify dan di mana-mana sahaja platform muzik lain yang boleh dimuat turun. Laman web rasmi beliau ialah charliemitchellmusic.com dan Facebook beliau ialah Facebook.com/CharlieMitchellMusic di mana beliau sudah pun mempunyai lebih 35,000 pengikut sebelum Walden menghasilkan lagu untuk beliau.

Carta tersebut boleh dilihat di https://daily.plaympe.com/adult-contemporary-weekly-top-20-downloads/ 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1813055/Charlie_Mitchell_Even_After_2.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: ESW Management
Keywords: Entertainment Music Broadcast feed announcements New products/services