omniture

Duta Jenama Eye Level 2022 Menggalakkan Pembelajaran dan Bakat

Eye Level
2022-05-10 09:00 126

SEOUL, Korea Selatan, 10 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Eye Level, penyedia perkhidmatan pendidikan kanak-kanak global, memperkenalkan duta-duta Jenama Tahun 2022. Sepanjang tahun ini, duta-duta 2022 akan mempromosikan pelbagai aktiviti jenama ini.

 

Semasa tempoh perekrutan yang kompetitif, lebih daripada 100 pelajar Eye Level, ibu bapa, guru dan pengurus pusat berkongsi pengalaman pembelajaran dan pengajaran mereka di Eye Level dan menunjukkan bakat mereka di media sosial. Ramai pemohon berkongsi kisah bagaimana Matematik Eye Level membantu mereka menjadi yakin dengan Matematik dan bagaimana Bahasa Inggeris Eye Level membawa mereka menjadi penutur dan penulis yang baik. Pemohon bukan sahaja memperkenalkan kejayaan pembelajaran mereka melalui Eye Level, bahkan terdapat juga pelajar yang menunjukkan bakat seperti melakukan rentak muzik (beatboxing) atau menari.

Dalam kalangan calon, 31 duta dipilih dari Amerika Syarikat, Indonesia, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Filipina, Myanmar, Thailand dan Taiwan. Setiap duta menerima biasiswa Eye Level dan kit duta. Sebagai model Eye Level, mereka akan terlibat dalam pelbagai aktiviti jenama ini seperti merakam video promosi dan mencipta kandungan media sosial.

Pastikan anda mengikuti kami di Instagram, Facebook, & Youtube untuk kisah yang terkini mengenai duta-duta kami.

Latar Belakang Eye Level

Eye Level ialah peneraju global bagi program Matematik dan Bahasa Inggeris untuk para pelajar berumur antara 4 hingga 15 tahun. Dengan pencapaian akademik yang menjadi keutamaan tertinggi, Eye Level percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk mencapai potensi diri yang sebenar.

Bergantung kepada tahap setiap pelajar, pelajar akan mendapat akses kepada buku kecil, lembaran kerja, pembacaan, masalah praktis tambahan, permainan dalam talian dan bahan tambahan lain yang sesuai dengan tahap mereka.

Kunjungi myeyelevel.com untuk mengakses bahan pembelajaran percuma Eye Level dan ukur keupayaan Matematik dan Bahasa Inggeris anda melalui kuiz tahap.

Source: Eye Level
Related Stocks:
Korea:019680
Keywords: Education Children-related news