omniture

LDRA Mengumumkan Platform Latihan Dalam Talian untuk Para Profesional yang Terlibat

LDRA Technology Private Limited
2022-05-10 13:00 68

BENGALURU, India, 10 Mei 2022 /PRNewswire/ -- LDRA, sebuah syarikat peneraju global dalam pematuhan piawaian, pengesahan perisian automatik, analisis kod sumber dan alat ujian, telah mengumumkan pelancaran sebuah platform latihan dalam talian sebagai sebahagian daripada Pusat Kecekapan LDRA (LCC) bagi membantu serta menggalakkan para profesional dan perniagaan global meningkatkan pengetahuan mereka dalam domain keselamatan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Ian Hennell, Pengarah Operasi LDRA berkata, "Dengan latar belakang dan kepakaran kami selama berdekad-dekad dalam amalan terbaik perisian, kami teruja untuk mengumumkan platform dalam talian ini. Kami menggalakkan setiap peminat teknologi menggunakan forum ini bagi mengetahui lebih lanjut tentang alat kami, amalan dan piawaian industri yang penting kepada keselamatan dan perniagaan."

Pusat Kecekapan LDRA (LCC) ini memberikan perkhidmatan kepada industri perisian tertanam dengan menawarkan program latihan dan bengkel kepada perniagaan dan individu dalam sektor yang penting kepada keselamatan dan misi seperti: aeroangkasa, pertahanan, automotif, kereta api, perindustrian, perubatan dan lain-lain. Platform latihan dalam talian ini merupakan lanjutan daripada LCC yang membolehkan pengalaman pembelajaran peribadi dengan modul yang pendek, pelatih pakar industri, bahan latihan bermaklumat dan sijil penamatan kursus.

"Dalam masa hanya dua tahun, paradigma pembelajaran ini telah berubah secara dramatik dan bergerak melangkaui teknik tradisional. Melalui penglibatan dengan komuniti industri, akademik dan profesional, kami telah mengenal pasti bahawa kemahiran merupakan salah satu cara terbaik untuk membina perniagaan kami. Dengan mewujudkan platform latihan dalam talian ini sebagai sebahagian daripada LCC, kami berhasrat untuk meningkatkan kebolehcapaian dan peluang kepada para profesional dan perusahaan yang terlibat untuk meningkatkan kemahiran dengan pelbagai kursus kami yang khusus industri," jelas Shinto Joseph, Pengarah – Operasi Asia Tenggara LDRA.

Latihan tentang MISRA C:2012 kini tersedia secara langsung di platform tersebut. Kami juga akan memperkenalkan latihan yang memberi tumpuan kepada ISO 26262, LDRA tool suite®, CERT C, DO-178C, IEC 61508 dan banyak lagi program yang disesuaikan untuk keperluan khusus industri tidak lama lagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran di platform latihan dalam talian, sila layari https://onlinelearning.ldra.com/

Tentang LDRA 

Selama lebih 45 tahun, LDRA telah membangunkan dan mendorong pasaran untuk perisian yang mengautomasikan analisis kod dan ujian perisian untuk pasaran yang penting bagi keselamatan, misi dan perniagaan. Bekerjasama dengan pelanggan untuk mencapai pengenalpastian dan penghapusan ralat peringkat awal serta pematuhan penuh terhadap piawaian industri, LDRA mengesan keperluan melalui analisis statik dan dinamik kepada ujian dan pengesahan unit untuk pelbagai jenis platform perkakasan dan perisian. Untuk maklumat lanjut tentang LDRA tool suite, sila layari http://www.ldra.com.

Hubungan Media: 

Mark James
LDRA, Pengurus Pemasaran
Tel: +44 (0) 151 649 9300
E-mel: mark.james@ldra.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1022210/LDRA_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: LDRA Technology Private Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Multimedia/Online/Internet New products/services