omniture

Alphawave Mula Bertapak di AS dengan Pelancaran Pejabat Baharu di Silicon Valley

Alphawave IP Group Plc
2022-05-10 21:30 202

Pejabatnya di San Jose akan menyokong rakan kongsi, perniagaan dan operasi utama di Amerika Utara

LONDON dan TORONTO, 10 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Alphawave IP (LN: AWE), peneraju global dalam kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia, hari ini mengumumkan pembukaan pejabatnya yang baharu di San Jose, California – menandakan pelancaran bagi kehadirannya di Amerika Syarikat.

ALPHAWAVE IP LAUNCHED IN CANADA TO REVOLUTIONIZE MULTI-STANDARD CONNECTIVITY FOR THE DIGITAL WORLD
ALPHAWAVE IP LAUNCHED IN CANADA TO REVOLUTIONIZE MULTI-STANDARD CONNECTIVITY FOR THE DIGITAL WORLD

Alphawave menjangkakan pejabat di AS itu akan berkembang kepada lebih 40 orang pekerja menjelang akhir tahun ini, dengan sebahagian besar pekerja tersebut mempunyai peranan dalam bahagian jualan. Makmal yang berada di lokasi akan mempamerkan teknologi tercanggih syarikat itu daripada teras IP dan pengawal antara muka kepada demonstrasi pemindahan data sebanyak 100G hingga 1.6Tbps.

"Dengan sebahagian besar pangkalan pelanggan kami di Amerika Utara – khususnya di Amerika Syarikat – Silicon Valley merupakan pilihan terbaik untuk pejabat baharu kami yang utama di Amerika Utara," kata Tony Pialis, Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden serta Pengasas Bersama Alphawave. "Pejabat kami di San Jose akan memperluas jejak syarikat di Silicon Valley serta keupayaan kami untuk menyokong para pelanggan di Amerika Utara. Pejabat baharu ini juga akan menampilkan sebuah kemudahan makmal yang dipertingkatkan untuk menunjukkan penyelesaian kesalinghubungan kami yang terkini bersama-sama dengan rakan kongsi utama dalam industri ini."

Pejabat baharu Alphawave di Silicon Valley dibuka susulan laporan pendapatan tahunan 2021 syarikat itu dengan lebih 225% pertumbuhan tahun ke tahun dan perjanjiannya untuk memperoleh OpenFive – yang akan mempercepatkan penerajuan kesalinghubungan, penawaran produk dan pangkalan pelanggan Alphawave. Visi Alphawave adalah untuk memperkasakan infrastruktur dunia bagi menghasilkan pemindahan data lebih pantas, lebih dipercayai dan cekap untuk segala-galanya daripada rangkaian tanpa wayar 5G, pusat data berskala besar, kecerdasan buatan (AI) dan aplikasi baru muncul yang lain.

Alphawave mempunyai kira-kira 170 orang pekerja di seluruh dunia dan merancang untuk meneruskan pengembangan global melalui urus niaga OpenFive dan pertumbuhan pelanggan. Syarikat itu juga akan membuka pejabat kedua Silicon Valley di Milpitas pada tahun 2022, yang sedang menunggu pemerolehan OpenFive.

Tentang Alphawave IP
Berhadapan dengan pertumbuhan data yang pesat, perkhidmatan teknologi Alphawave merupakan suatu keperluan yang penting: membolehkan data bergerak dengan lebih pantas, lebih dipercayai dan dengan prestasi yang lebih tinggi pada kuasa yang lebih rendah. Alphawave ialah peneraju global dalam kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk infrastruktur teknologi dunia. Dengan itu, penyelesaian IP kami memenuhi keperluan para pelanggan peringkat pertama global dalam pusat data, pengkomputeran, rangkaian, AI, 5G, kenderaan autonomi dan storan. Ditubuhkan di Toronto, Kanada pada tahun 2017 oleh pasukan teknikal pakar dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pelesenan IP semikonduktor, misi kami adalah untuk memberi tumpuan kepada cabaran kesalinghubungan yang paling sukar untuk diselesaikan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Alphawave IP, sila layari: awaveip.com

Tanda dagangan
Semua tanda dagangan berdaftar dan tanda dagangan yang lain adalah milik pemiliknya masing-masing.

Hubungan Media: Wynton Yu, Gravitate PR untuk Alphawave IP, alphawave@gravitatepr.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1812566/Alphawave_IP_Group_Plc_Alphawave%C2%A0Launches_US_Presence_with_New_S.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Alphawave IP Group Plc
Related Stocks:
LSE:AWE
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Corporate Expansion