omniture

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. Memilih Biobot Analytics untuk Memperluas Usaha Pemantauan Air Buangan Negara

Biobot Analytics
2022-05-10 21:51 194

CAMBRIDGE, Massachusetts, 10 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S. (CDC) telah memilih Biobot Analytics untuk memperluas Sistem Pengawasan Air Buangan Kebangsaan (NWSS) agensi tersebut sebagai sebahagian daripada rancangan penting Presiden Biden untuk memerangi Covid-19 dan menyiapkan negaranya menghadapi pandemik akan datang. NWSS bekerjasama dengan jabatan kesihatan awam di seluruh negara untuk mengesan tahap SARS-CoV-2 dalam air buangan agar komuniti dapat bertindak dengan segera dalam mencegah penularan Covid-19.

Pentadbiran Biden mengenalpasti pemantauan air buangan sebagai penunjuk yang mampu meramalkan kes-kes baharu di samping berfungsi sebagai alat kesihatan awam yang inklusif. Dr. Ashish Jha, Penyelaras Tindak Balas Covid-19 White House, menulis bahawa pemantauan air buangan "boleh memberikan kami maklumat awal tentang kadar kes yang semakin meningkat dan membantu kami mengesan jangkitan dalam komuniti."

Sepanjang tahun yang akan datang, CDC akan bekerjasama dengan Biobot untuk mengutip dan menganalisis sampel air buangan daripada 500 komuniti di seluruh negara bagi mengumpul data tentang SARS-CoV-2. Ini adalah berdasarkan kerjasama Biobot sebelum ini dengan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia A.S. dalam usaha menjadikan pemantauan air buangan boleh diakses oleh komuniti di kesemua negeri, wilayah serta suku kaum di A.S.

"Kami teruja kerana CDC, dengan sokongan Kongres dan pihak Pentadbiran, mengiktiraf betapa bernilainya pemantauan air buangan dan telah memperluas usaha tersebut di negara ini. Program ini akan membolehkan beratus-ratus komuniti tempatan mendapat manfaat daripada teknologi baharu ini dan kami berbangga menjadi rakan usaha sama yang dipercayai oleh kerajaan A.S. dalam pelaksanaan ini," kata Newsha Ghaeli, Presiden merangkap Pengasas Bersama Biobot.

Ditubuhkan pada tahun 2017, Biobot merupakan satu cabang daripada projek penyelidikan MIT. Ia menggambarkan pemantauan air buangan sebagai bahagian yang kekal dalam infrastruktur pembentungan dan fabrikasi bandar dengan data air buangan yang digunakan secara berterusan untuk memberi maklumat dalam membuat keputusan yang inklusif dan proaktif tentang kesihatan awam.

Tentang Biobot Analytics
Biobot Analytics ialah peneraju global dalam epidemiologi air buangan yang ditubuhkan dengan matlamat untuk mengubah infrastruktur air buangan menjadi sistem pemerhatian kesihatan awam dalam masa nyata. Setelah menjalankan kerja-kerja di lebih 700 lokasi di 50 buah negeri di AS dan beberapa buah negara, Biobot menghasilkan maklumat yang boleh dilaksanakan daripada air buangan untuk meningkatkan kesihatan komuniti di seluruh dunia. Platform data rintis Biobot juga menyokong pemantauan di peringkat bangunan untuk pelanggan perusahaan serta meminimumkan gangguan terhadap operasi perniagaan untuk rancangan kembali ke pejabat yang lancar.

Ketahui lebih lanjut tentang platform Kerajaan dan Perusahaan kami di laman web www.biobot.io/governmentwww.biobot.io/enterprise.

Maklumat lanjut tentang misi dan teknologi kami boleh didapati di laman web www.biobot.io.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1812720/Biobot_Analytics_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Biobot Analytics
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Contracts