omniture

Corona Memperkenalkan Citarasa Syurga melalui Corona Tropical, Minuman Bukan Bir yang Pertama dalam Portfolio Global Jenama ini

Corona
2022-05-10 22:02 203

Corona Melancarkan Minuman Sparkling Ringan Baharu dengan Cetusan Rasa Jus Buah-buahan Sebenar* di Seluruh Dunia 

LONDON, 10 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Corona, sebuah jenama global AB InBev, hari ini mengumumkan pelancaran Corona Tropical, minuman sparkling beralkohol ringan yang pertama bagi jenama ini yang diperbuat dengan cetusan rasa jus buah-buahan sebenar* kini boleh didapati di seluruh dunia.  Ia merupakan minuman inklusif untuk para pengguna yang mengamalkan gaya hidup Corona tetapi mahukan minuman alternatif kepada bir, Corona Tropical menjadi cara baharu yang amat menyegarkan bagi menikmati Corona. Inovasi terbaru oleh Corona tersebut kini dilancarkan di seluruh dunia iaitu di China, Colombia, Peru, Panama, Ecuador dan UK dengan pasaran tambahan bakal dilancarkan tidak lama lagi pada tahun ini yang akan bermula dengan Kanada.

Corona Tropical
Corona Tropical

Menurut Research and Markets, saiz pasaran minuman sparkling beralkohol di peringkat global dijangka akan meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 12% dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Oleh kerana ramai para pengguna di seluruh dunia mencari minuman alternatif yang rendah kalori, Corona telah mencipta sejenis produk yang disediakan kepada para pengguna yang mahukan gaya hidup Corona, selain daripada bir. Corona Tropical ialah minuman beralkohol yang menyegarkan tanpa ditambah gula dan mempunyai kurang daripada 100 kalori bagi setiap tin serta boleh didapati dalam beberapa perisa tropika. Corona memperluas portfolio minuman globalnya melalui Corona Tropical untuk menawarkan citarasa syurga yang baharu, menyegarkan dan berperisa, dengan membangunkan kategori yang tidak diketahui sama sekali di beberapa pasaran di seluruh dunia.

"Corona ialah jenama yang dilahirkan dari kawasan tropika dan ketika kami menggalakkan para pengguna mengamalkan gaya hidup ini di seluruh dunia, kami teruja untuk menawarkan sejenis minuman Corona baharu kepada mereka yang menyukai jenama ini tetapi mahukan pilihan selain daripada bir," kata Felipe Ambra, Naib Presiden Global Corona. "Misi kami adalah untuk membawa citarasa syurga kepada orang ramai di mana-mana sahaja dan inovasi terbaru kami ini merealisasikan misi tersebut. Kami mencipta minuman beralkohol yang lebih berperisa dan amat senang diminum supaya semua orang boleh menikmati suasana citarasa syurga yang dilakukan mengikut cara Corona."

Bagi menonjolkan rasa semula jadi daripada jus buah-buahan sebenar*, Corona akan memasang papan iklan buah-buahan yang boleh dipilih di bandar-bandar terpilih yang akan bermula dengan London dan berkembang di seluruh dunia pada bulan Mei ini yang memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk menikmati citarasa dan suasana syurga tropika. Papan iklan buah-buahan sebenar ini akan membolehkan para pengguna memilih buah-buahan terus daripada iklan tersebut dan menikmati hasil sampel Corona Tropical mereka sendiri di oasis tropika berhampiran yang menenangkan. Malah, beberapa pengguna Corona Tropical yang bertuah akan berpeluang untuk menikmati Corona Tropical mereka yang seterusnya di Pulau Corona, destinasi syurga dunia sebenar yang terunggul – untuk melupakan sepenuhnya kehidupan seharian dan berhubung semula dengan alam semula jadi. Untuk berpeluang memenangi hadiah perjalanan untuk diri sendiri bersama seorang rakan, para peminum Corona Tropical di pasaran yang mengambil bahagian, perlu berkongsi gambar sedang menikmati Corona Tropical di Instagram atau Twitter, mengikuti @corona dan meletakkan #NewCoronaTropical atau #NuevaCoronaTropical untuk peluang memenanginya. Promosi ini akan bermula di pasaran terpilih pada bulan ini selama dua minggu yang bermula di UK pada 10 Mei.

Di UK, Corona Tropical mengandungi 4.5% ABV (kandungan alkohol mengikut isipadu) dan tersedia dalam tiga perisa – Jambu Batu & Limau Nipis, Raspberi & Lemon dan Limau Gedang & Serai. Di pasaran Amerika Latin, Corona Tropical mengandungi 4.2% ABV dan tersedia dalam empat perisa – Lemon & Limau Nipis, Limau Gedang & Limau Nipis, Nanas, Mangga & Limau Nipis dan Strawberi, Ceri & Limau Nipis. Corona Tropical sering dinikmati dengan ritual limau nipis Corona yang klasik. Harga dan ketersediaan adalah berbeza-beza mengikut pasaran.

Untuk maklumat lanjut tentang Corona Tropical, sila ikuti Twitter @corona.

*jus buah-buahan daripada pati

Tentang Corona Global

Diasaskan di Mexico, Corona merupakan jenama bir terkemuka di negara ini iaitu bir Mexico yang paling popular di seluruh dunia dan dieksport ke lebih 180 buah negara. Corona Extra pertama kali dibuat pada tahun 1925 di Cervecería Modelo, Bandar Raya Mexico. Corona merupakan perintis dalam industri bir sebagai syarikat pertama yang menggunakan botol lutsinar, memaparkan ketulenan dan kualitinya yang tinggi ke seluruh dunia. Karya seni yang terdapat pada botol ini dicat untuk menyerlahkan komitmen kami terhadap kualiti pembungkusan serta warisan Mexico kami. Corona tidak lengkap tanpa adanya limau. Menambahkan ciri semula jadi, perisa dan kesegaran, limau merupakan ritual yang penting dalam menyampaikan pengalaman yang benar-benar unik bagi Corona. Jenama ini bersinonim dengan pantai dan menghargai detik-detik berada di luar rumah. Ia mengalu-alukan orang ramai untuk berhenti sejenak, berehat dan menikmati keseronokan hidup yang sederhana.

Corona mempunyai komitmen yang berterusan terhadap mengurangkan penggunaan plastik. Sejak kerjasamanya dengan Parley for the Oceans pada tahun 2017, ia telah melangkaui misinya untuk melindungi 100 buah pulau sebelum tahun 2020 dan terus menjalankan usaha pembersihan global secara konsisten.

Tentang Anheuser-Busch InBev

Anheuser-Busch InBev ialah sebuah syarikat yang didagangkan secara awam (Euronext: ABI) yang berpangkalan di Leuven, Belgium dengan penyenaraian sekunder di Mexico (MEXBOL: ANB) dan Bursa Saham Afrika Selatan (JSE: ANJH) serta dengan Resit Depositari Amerika pada Bursa Saham New York (NYSE: NID). Sebagai sebuah syarikat, kami mempunyai impian yang besar untuk mewujudkan masa depan dengan lebih banyak kegembiraan. Kami sentiasa berusaha untuk mencari cara baharu memenuhi detik-detik kehidupan, memajukan industri kami dan memberi kesan yang bermakna kepada dunia. Kami komited untuk membina jenama yang hebat dan bertahan dalam jangka masa yang panjang serta membuat bir terbaik menggunakan bahan terbaik. Kepelbagaian portfolio kami merangkumi lebih 500 jenama bir termasuk jenama global Budweiser®, Corona® dan Stella Artois®; jenama pelbagai negara Beck's®, Hoegaarden®, Leffe® dan Michelob ULTRA®; dan jenama terkemuka tempatan seperti Aguila®, Antarctica®, Bud Light®, Brahma®, Cass®, Castle®, Castle Lite®, Cristal®, Harbin®, Jupiler®, Modelo Especial®, Quilmes®, Victoria®, Sedrin® dan Skol®. Tradisi pembuatan bir kami bermula sejak lebih 600 tahun dahulu merentasi benua dan generasi. Daripada asal-usul kami di Eropah iaitu kilang pembuatan bir Den Hoorn di Leuven, Belgium. Kepada kilang pembuatan bir rintis Anheuser & Co brewery di St. Louis, AS. Kepada pembinaan Castle Brewery di Afrika Selatan semasa gerakan pencarian emas besar-besaran di Johannesburg. Kepada Bohemia, kilang pembuatan bir pertama di Brazil. Dengan kepelbagaian geografi serta pendedahan yang seimbang kepada pasaran maju dan membangun, kami memanfaatkan kekuatan kolektif kira-kira 169,000 orang pekerja yang berpangkalan di hampir 50 buah negara di seluruh dunia. Untuk tahun 2021, AB InBev melaporkan pendapatan bernilai USD54.3 bilion (tidak termasuk usaha sama dan ahli bersekutu).

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1813427/Corona_Tropical.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1813428/Corona_Tropical_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Corona
Related Stocks:
EuronextBrussels:ABI Johannesburg:ANH Mexico:ANB
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services