omniture

Adyen memperluas kerjasama global dengan Afterpay

Adyen Inc.
2022-05-10 22:29 208

Afterpay yang dikenali sebagai Clearpay di UK dan Eropah, akan memanfaatkan pengambilalihan tempatan yang dilakukan oleh Adyen di seluruh pasaran utama

SYDNEY, 10 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Adyen (AMS: ADYEN), platform teknologi kewangan global untuk perniagaan terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperluas kerjasamanya dengan Afterpay Limited (ASX: APT), salah sebuah syarikat peneraju bagi konsep Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL). Afterpay bekerjasama dengan Adyen untuk memproses pembayaran di seluruh pasaran utama termasuk Australia, New Zealand, Kanada, Eropah, A.S. dan U.K. bagi menyokong pertumbuhan dan momentum global syarikat tersebut. Jangkauan global dan tumpuan Adyen sebagai pengambil alih perniagaan perusahaan memberi keupayaan yang diperlukan oleh Afterpay untuk perniagaannya yang sedang berkembang pesat.

Adyen dan Afterpay memulakan kerjasama dalam kaedah pembayaran tempatan pada tahun 2018. Beberapa pedagang Adyen telah menawarkan pembayaran ansuran Afterpay - termasuk MandM Direct, Revolution Beauty dan Superdry - dengan lebih banyak lagi pedagang yang dijangka akan menawarkannya dalam talian. Afterpay yang dikenali sebagai Clearpay di UK dan Eropah, kini tersedia kepada para pedagang Adyen di UK, Perancis, Itali dan Sepanyol.

Kaedah pembayaran BNPL terus memperoleh momentum global. Di peringkat global, 24% daripada pengguna telah menggunakan perkhidmatan BNPL, dengan penerimagunaan tertinggi di Sweden, Norway, Mexico, Perancis, Amerika Syarikat dan Denmark.

"Musim cuti 2021 merupakan percutian untuk BNPL - yang menyaksikan para pengguna menggunakan Afterpay untuk membayar hadiah percutian mereka secara bertanggungjawab," ujar Zahir Khoja, Pengurus Besar Platform dan Kerjasama Global Afterpay. "Kerjasama kami dengan Adyen membolehkan kami membawa kaedah pembayaran yang lebih baik kepada jutaan pembeli di pelbagai rantau di seluruh dunia."

"Kami teruja untuk memperluaskan lagi kerjasama kami yang telah lama terjalin dengan Afterpay yang kini turut merangkumi pengambilalihan tempatan di pasaran utama. Afterpay telah menjadi sebuah jenama isi rumah di seluruh dunia dan kami berbangga dapat terus bekerjasama dengan memanfaatkan kedua-dua teknologi dan inovasi syarikat kami bagi memenuhi keperluan landskap peruncitan yang sedang berkembang pada hari ini," kata Roelant Prins, Ketua Pegawai Komersial Adyen.

Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform teknologi kewangan pilihan syarikat-syarikat terkemuka. Dengan menyediakan keupayaan pembayaran yang serba lengkap, cerapan dipacu data dan produk kewangan dalam satu penyelesaian tunggal global, Adyen membantu perniagaan mencapai matlamat mereka dengan lebih pantas. Adyen yang memiliki pejabat di seluruh dunia, bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Cotton On Group, Nando's, Freelancer.com, Kogan.com, Budgy Smuggler, Movember, Showpo, Rodd & Gunn dan Jurlique. Kerjasama dengan Afterpay seperti yang dijelaskan dalam kemas kini ini menandakan pertumbuhan berterusan Adyen dengan pedagang semasa dan baharu sejak bertahun-tahun lamanya.

Tentang Afterpay Limited
Afterpay mengubah cara kita membayar dengan membolehkan para pelanggan membeli produk serta-merta dan membayar pembelian mereka melalui empat bayaran ansuran. Perkhidmatan ini adalah percuma sepenuhnya1 untuk para pelanggan yang membayar tepat pada masa - yang membantu orang ramai berbelanja secara bertanggungjawab. Setakat 31 Disember 2021, Afterpay ditawarkan oleh lebih 122,000 peruncit kegemaran di dunia dan lebih 19 juta pelanggan aktif telah menggunakan perkhidmatan ini.2

Afterpay pada masa ini tersedia di Australia, Kanada, New Zealand, Amerika Syarikat dan juga di United Kingdom, Perancis, Itali dan Sepanyol, yang dikenali sebagai Clearpay. Afterpay mempunyai misi untuk memperkasakan ekonomi dengan semua pihak memperoleh manfaatnya. Afterpay ialah sebuah anak syarikat milik penuh Block, Inc. (NYSE: SQ).



1  Yuran kelewatan mungkin dikenakan. Kriteria kelayakan diguna pakai. Sila layari afterpay.com untuk mendapatkan terma lengkap.

2  Angka ini dikeluarkan dalam penyata kewangan Blok S4 2021

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1490851/Logo__Adyen_green_RGB_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Adyen Inc.
Related Stocks:
Australia:APT EuronextAmsterdam:ADYEN NYSE:SQ OTC:ADYEY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Financial Technology