omniture

Odgers Berndtson: Meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan pemimpin perniagaan untuk menguruskan gangguan

Odgers Berndtson
2022-05-11 12:01 91

LONDON, 11 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Odgers Berndtson, sebuah firma carian eksekutif global yang beroperasi di 33 buah negara, telah mendapati para eksekutif perniagaan di seluruh dunia lebih yakin dengan barisan kepemimpinan syarikat mereka berbanding dua tahun yang lalu.

Indeks Keyakinan Kepimpinan 2022, telah dijalankan bersama-sama dengan firma penyelidikan dan penasihat Forrester. Indeks bersama ini mendedahkan bahawa 42% eksekutif perniagaan di seluruh spektrum sektor dan geografi, yakin bahawa organisasi mereka dipimpin oleh para pemimpin yang tepat. Dua tahun yang lalu, Odgers Berndtson menerbitkan Indeks Keyakinan Kepimpinan pertamanya di mana pada masa tersebut mendapati hanya 24% eksekutif yakin dengan kepemimpinan syarikat mereka.

Dalam Indeks tahun 2022 – yang meninjau 1,100 Eksekutif – sebahagian besar responden (90%) menyatakan bahawa organisasi mereka telah terkesan dengan gangguan di samping melaporkan organisasi mereka yang turut mengalami pertumbuhan (71%). Penemuan ini menunjukkan peningkatan keyakinan sebanyak hampir dua kali ganda dalam tempoh dua tahun yang lalu adalah hasil daripada para pemimpin yang berjaya menggerakkan organisasi mereka menghadapi gangguan pandemik ini.

Indeks ini juga mendedahkan beberapa trend yang telah memainkan peranan dalam peningkatan keyakinan ini. Penerimagunaan teknologi yang berkembang dengan ketara semasa pandemik ini, semakin dilihat sebagai penggerak dan bukannya gangguan. 44% eksekutif kini melihatnya sebagai daya gangguan; pengurangan daripada 62% dua tahun yang lalu.

ESG dan I&D yang kukuh menjadi ciri khusus kepada organisasi yang berjaya semasa COVID-19 dan Indeks tersebut menunjukkan bahawa sebahagian besar eksekutif (87%) percaya bahawa perniagaan mereka telah membuat perubahan positif dalam bidang ini. Kebanyakan (88%) daripada mereka juga yakin dengan keupayaan kepemimpinan mereka untuk terus berkembang dalam bidang-bidang ini.   

Majoriti (79%) para eksekutif juga percaya tahap gangguan akan meningkat atau kekal pada kadar yang sama. Daripada semua jawatan peringkat C, peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dianggap sebagai yang paling penting (85%) dalam menguruskan gangguan ini dengan jayanya.

Kester Scrope, Ketua Pegawai Eksekutif Odgers Berndtson berkata, "Pandemik ini menyediakan ujian litmus untuk menguji keupayaan pemimpin dan lebih daripada jangkaan dilakukan dengan baik dan berinspirasi dengan keyakinan. Tetapi masih ada ramai yang tidak berjaya melaluinya. Mereka yang bukan dalam 42% gagal untuk menyesuaikan dan merealisasikan dengan tujuan yang baharu dan jelas, mengekalkan bahagian pasaran mereka dan yang paling penting, para pekerja terbaik mereka. Ini sepatutnya memberikan satu kisah peringatan untuk semua pemimpin: mendominasi pasaran anda bergantung pada bakat serta pada teras yang menarik dan mengekalkan bakat terbaik adalah keyakinan terhadap kepemimpinan."

Walaupun keyakinan adalah jauh lebih tinggi daripada dua tahun yang lalu, 44% eksekutif masih melaporkan bahawa kepemimpinan mereka menunjukkan sama ada sederhana atau lemah semasa kemuncak pandemik tersebut. Dengan lebih banyak gangguan yang dijangka, pemimpin yang jatuh ke dalam kategori ini cenderung untuk berusaha bagi meningkatkan keyakinan dalam pasukan mereka apabila krisis seterusnya melanda.

Tentang Odgers Berndtson: 

Odgers Berndtson menyampaikan carian, penilaian dan pembangunan eksekutif kepada perniagaan dan organisasi dalam semua saiz dan kematangan. Kami bekerja di seluruh 50 sektor, sama ada komersial, awam atau bukan berasaskan keuntungan dan memanfaatkan pengalaman rakan kongsi serta pasukan mereka di 33 buah negara. www.odgersberndtson.com/en-gb, @OdgersUKNews

Sila Hubungi: Sam Middleton, Pengurus Komunikasi Global, Odgers Berndtson, Sam.middleton@odgers.com, 020 7529 3964 

 

 

Source: Odgers Berndtson
Keywords: Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research