Pilihan reka bentuk ekstensif membolehkan pembina mesin menyesuaikan monitor 6300 ASEM™ bagi memenuhi keperluan pelbagai aplikasi
SINGAPURA, 11 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat yang terbesar di dunia yang khusus untuk automasi industri dan transformasi digital, hari ini mengumumkan pelancaran skrin monitor industri baharu yang dapat membantu pembina mesin membezakan mesin mereka dan memenuhi pelbagai keperluan aplikasi.
Rockwell Automation Melancarkan Skrin Monitor Industri Baharu,Skrin Monitor Industri yang boleh diubahsua selaras dengan keperluan.
Skrin Monitor industri 6300M ASEM Allen-Bradley® baharu, sebahagian daripada rangkaian produk yang dahulunya dikenali sebagai VersaView® 6300, menawarkan beberapa pilihan reka bentuk. Pilihan ini memberi kebebasan signifikan kepada pembina mesin untuk menyesuaikan monitor berdasarkan kepada faktor-faktor seperti kos, prestasi, rupa dan rasa. Pilihan reka bentuk yang utama termasuk:
"Skrin Monitor 6300 ASEM boleh disesuaikan untuk pelbagai jenis aplikasi, membantu pembina mesin membezakan penawaran mereka daripada persaingan dari segi prestasi mahupun penampilan," kata Paramananda Choudhury, Pengurus Perniagaan ControlLogix/ Bisnes Panel Interaksi di Rockwell Automation, Asia Pasifik. "Dengan menggabungkan paparan beresolusi tinggi dengan penampilan ultra-moden, anda mencipta monitor yang meningkatkan prestasi bahkan untuk mesin pintar yang paling berprestasi tinggi."
Kesemua skrn monitor 6300M ASEM mempunyai paparan resolusi tinggi untuk menyampaikan maklumat pengeluaran yang kritikal dalam perincian yang jelas. Monitor ini dapat memaparkan sehingga empat jubin maklumat pada satu skrin tunggal membolehkan pengendali bukan sahaja mendapat gambaran seperti data prestasi dan arahan kerja, tetapi juga video beresolusi tinggi dan siaran langsung dari kamera.
Apabila dipadankan dengan PC kotak industri 6300B ASEM Allen-Bradley, skrin monitor industri 6300M ASEM dapat membantu pembina mesin merealisasikan penjimatan masa yang berharga. Kedua-dua produk ini berhubung dan berintegrasi dengan lancar, mengurangkan masa yang perlu digunakan oleh jurutera untuk mengkonfigurasi monitor untuk berfungsi dengan PC.
Skrin Monitor ini turut menyediakan potongan standard untuk penggantian yang lebih mudah. Sama ada pembina mesin memilih monitor standard atau skrin lebar, mereka akan dapat menaik taraf kepada skrin monitor versi masa depan tanpa perlu mengubah reka bentuk mesin mereka.
Skrin Monitor industri 6300M ASEM memanfaatkan kepakaran dan teknologi ASEM, penyedia terkemuka bagi teknologi automasi digital yang di ambil alih oleh Rockwell Automation pada tahun 2020.
Latar Belakang Rockwell Automation
Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 25,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.
Allen-Bradley, ASEM, Connected Enterprise, Rockwell Automation dan VersaView ialah tanda dagangan Rockwell Automation Inc.