omniture

PDI Memperluas Pelaburan dalam Pasaran Eropah, Menjadi Rakan Kerjasama ekspo UNITI 2022

Professional Datasolutions, Inc.
2022-05-11 13:13 99

PDI akan mempamerkan inovasi dalam industri petroleum peruncitan di pameran perdagangan di Jerman dari
17-19 Mei di Reruai #5B30
 

FRANKFURT, Jerman, 11 Mei 2022 /PRNewswire/ -- PDI (pdisoftware.com), sebuah syarikat penyedia perisian pengurusan perusahaan yang terkemuka di dunia untuk industri borong petroleum dan peruncitan serbaneka, mengumumkan kedudukannya sebagai Rakan Kerjasama ekspo UNITI 2022. Sebagai salah satu daripada 16 rakan kerjasama yang terpilih, PDI akan mempamerkan penyelesaiannya dan berkongsi kepakarannya dengan para hadirin di Reruai #5B30 dari 17 hingga 19 Mei 2022 di Messe Stuttgart, Jerman.

Di reruai tersebut dan di sepanjang pameran, pakar PDI akan sentiasa ada untuk membincangkan cabaran industri yang paling mendesak dan mengesyorkan penyelesaian teknologi strategik. Para pengunjung pameran perdagangan dialu-alukan untuk mendaftar secara percuma melalui dalam talian bagi menghadiri ekspo UNITI tersebut. Selain itu, PDI turut menggalakkan para pengunjung untuk memohon perjumpaan dengan PDI terlebih dahulu dengan melayari pdisoftware.com/consultation/uniti-expo-2022.

"Industri kami telah berubah dengan amat besar dalam tempoh empat tahun sejak kali terakhir kami menyertai UNITI dan ia akan terus berkembang. PDI ingin menyokong para pelanggan dan rakan sekerja kami semasa tempoh transformasi ini dengan membantu meningkatkan kecekapan, keuntungan dan keselamatan mereka di pasaran," ujar Dawn Desai, Naib Presiden Kanan & Pengurus Besar Antarabangsa PDI.

Desai akan menjadi penceramah utama di ekspo tersebut semasa sesi Forum Antarabangsa pada 17 Mei dari jam 1.30 hingga 2 petang. Dengan tajuk "Mapping the Modern Fuel Retailer's Technology Ecosystem" (Menentukan Hala Tuju Ekosistem Teknologi Peruncit Bahan Api Moden), sesi PDI ini akan membincangkan tentang cara peruncit bahan api pada hari ini dapat memudahkan pertumbuhan dan kepelbagaian di kesemua pusat keuntungan bagi mewujudkan pelan tindakan untuk meraih kejayaan yang kalis masa depan.

Penyelesaian PDI yang ditampilkan di UNITI merangkumi portfolio produk yang meliputi tiga segmen yang direka untuk memudahkan operasi yang kompleks serta menyeragamkan sistem dan data di kedai dan juga di ruang legar. Rangkaian ini merangkumi:

  • Produktiviti Perusahaan: Menghubungkan para pelanggan di sepanjang rantaian bekalan petroleum daripada terminal kepada pengguna, dengan Tempat Jualan (Point of Sale, POS), Pejabat Pentadbiran, Harga Bahan Api dan penyelesaian Logistik
  • Keterlibatan Pengguna: Memperkasakan jenama untuk mempengaruhi tingkah laku pengguna melalui cerapan yang boleh dilaksanakan yang membawa kepada pertumbuhan dan keuntungan yang lebih besar dengan tawaran Kesetiaan
  • Keselamatan Siber: Membantu para pelanggan menghubung dan menjamin pertumbuhan perniagaan mereka dengan Perkhidmatan Keselamatan Terurus dan Perlindungan Titik Akhir.

Penyelesaian tersebut mencerminkan peningkatan pelaburan yang dibuat oleh PDI di Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Sebahagian daripada pelaburan ini merangkumi pengambilalihan strategik terhadap Azpiral, GreenPrint, Orbis Tech dan Universe Group—yang kesemuanya telah diumumkan dalam tempoh 12 bulan yang lalu. PDI yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, menggabungkan pengalaman globalnya dengan kehadiran tempatan di Jerman, United Kingdom, Ireland dan Slovakia.

Tentang PDI
Perisian Professional Datasolutions, Inc. (PDI) membantu perniagaan dan jenama meningkatkan jualan, beroperasi dengan lebih cekap dan selamat serta menambah baik proses membuat keputusan yang penting. Sejak tahun 1983, PDI dengan bangganya telah berkhidmat dalam industri borong petroleum dan peruncitan serbaneka. Lebih 1,500 buah syarikat yang mewakili lebih 200,000 lokasi di seluruh dunia, bergantung kepada penyelesaian dan kepakaran PDI untuk menyampaikan peruncitan serbaneka dan tenaga ke seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang PDI, sila kunjungi kami di pdisoftware.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Kelly O'Brien, kelly.obrien@pdisoftware.com
Dimitra Farou, dfarou@pdisoftware.com  (Di lokasi UNITI dan di pejabat PDI di Jerman)

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1517102/PDI_color_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Professional Datasolutions, Inc.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Oil/Energy Retail Utilities Personnel announcements Trade show news Future Events