![]() |
PARIS, 11 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Sopra Steria, sebuah syarikat peneraju teknologi di Eropah yang diiktiraf bagi perundingan, perkhidmatan digital dan pembangunan perisiannya, telah mengalu-alukan kedatangan para pekerjanya yang seramai hampir 2,000 orang ke pejabat baharu mereka di Latitude yang merupakan ikon senibina baharu di La Défense, Paris.
Kumpulan pembangunan hartanah yang telah lama ditubuhkan, Générale Continentale Investissements (GCI) berbesar hati kerana telah menyewakan sepenuhnya bangunan tersebut kepada sebuah organisasi yang berkaliber seperti Sopra Steria. Dibina pada tahun 1970-an, Latitud telah dibangunkan semula sepenuhnya dan diperluas bagi menyediakan ruang kerja yang direka bentuk semula dan kawasan kemudahan yang luas dengan keluasan 22,000 meter persegi.
Dengan plat lantai sisi yang luas dan kelayakan alam sekitar yang kukuh, bangunan tersebut memenuhi keperluan khusus Sopra Steria terhadap persekitaran bekerja yang bersepadu dan fleksibel yang sesuai dengan jangkaan bagi sebuah tempat kerja baharu dan para pekerja yang menghuninya.
Para arkitek di STUDIOS Architecture telah mereka bentuk reben yang panjang di sepanjang fakad Latitud yang mewujudkan identiti mendatar dan organik yang menambah dinamisme pada landskap menegak tradisional dan ultra bandar daerah ini. Kedudukannya yang strategik yang menghadap ke rangkaian jalan raya serta reka bentuknya yang mesra alam dan inklusif telah menjadikan Latitud sebagai sebuah mercu tanda bandar baharu dan bahagian penting dalam pembaharuan semula La Défense, Paris.
Atelier Annie Vitipon telah mereka hiasan dalaman Sopra Steria. Lobi dua tingkat bangunan ini yang lutsinar dan menakjubkan menghadap sebuah piaza baharu yang dibarisi pokok-pokok. Kawasan berlandskap lain merangkumi sebuah "taman poket" yang diinspirasikan dari Jepun, sebuah teres tingkat bawah dan bumbung hijau yang luas.
Ruang yang modular dan saling bersambung menjadikan tingkat bawah bangunan ini kelihatan seperti berada di jalan terbuka gaya Paris. Direka bentuk oleh SHH Interiors yang berpangkalan di London, perunding katering, Prepline dan pengendali F&B, Baxter Storey, sesiaran ini menawarkan pilihan makanan dan minuman yang pelbagai dan sentiasa berubah-ubah serta perkhidmatan inovatif lain untuk para pekerja.
Dengan fungsi kepelbagaian menjadi keutamaannya, Bar Atrium, Dewan Makan, 'Grab & Go' atau jualan makanan yang pantas iaitu ambil dan pergi, Bar Salad, 'Brasserie' atau restoran Perancis, Bar Kopi dan gerai jualan menyediakan tempat duduk semasa waktu makan tengah hari serta ruang serbaguna dan berorientasikan acara untuk menggalakkan mesyuarat tidak formal dan menyokong budaya kerja yang kolaboratif.
Konsep asal ini telah menerima Anugerah Hartanah Titan dalam tiga kategori: Platinum dalam kategori Pembangunan Hartanah dan Emas bagi kategori Pembangunan Semula/Pengubahsuaian Komersial dan juga Pembangunan Pejabat.
Latitude turut menyasarkan untuk melayakkan bangunannya bagi mendapatkan label dan sijil hijau Perancis serta antarabangsa yang paling mencabar, termasuk HQE Outstanding , BREEAM Excellent, Effinergie+ dan Wiredscore Platinum. Dengan memilih fakad dan kemudahan yang cekap tenaga yang mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak dua pertiga bagi setiap meter persegi, mencerminkan komitmen berterusan dan semangat GCI terhadap kelestarian.
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1814989/Paris_La_Defense.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1814988/GCI_and_Sopra_Steria_Logo.jpg?p=medium600