omniture

PureSoftware Mengukuhkan Keupayaan Salesforce dengan menjadi Rakan Perundingan Salesforce

PureSoftware
2022-05-11 15:06 144

SINGAPURA dan NOIDA, India, 11 Mei 2022 /PRNewswire/ -- PureSoftware, sebuah syarikat produk perisian dan perkhidmatan digital yang terkemuka di dunia, kini merupakan rakan perundingan Salesforce.

Penghormatan ini telah meletakkan PureSoftware dalam kalangan rakan perundingan terkemuka yang telah membuktikan kecekapan mereka dalam kejayaan pelaksanaan projek dan kepuasan pelanggan serta pengalaman dan pengetahuan yang ditawarkan oleh Salesforce. 

Pusat Kecemerlangan (CoE) Salesforce milik PureSoftware dengan pakar dan profesional berpengalaman yang mendapat pensijilan Salesforce memperkasakan para pelanggan dengan pandangan yang serba lengkap tentang data pelanggan yang menjadi teras kepada perniagaan mereka serta memberikan nilai dengan pengalaman pelanggan yang diperibadikan yang memberi kesan pada setiap titik perhubungan. 

Kepakaran PureSoftware dalam penyelesaian Salesforce memperkasakan perniagaan yang pelbagai di seluruh industri menegak dengan pengurusan penjanaan minat, penyepaduan pembayaran dan awan pemasaran Salesforce. Perkara ini akan membantu perniagaan memperibadikan interaksi pelanggan dalam masa nyata, berhubung dengan mereka di semua saluran pemasaran dan menganalisis prestasi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. 

Tentang Salesforce 

Salesforce ialah peneraju global dalam Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) yang membawa syarikat lebih dekat kepada para pelanggan dalam era digital ini. Ditubuhkan pada tahun 1999, Salesforce membolehkan syarikat dari pelbagai saiz dan industri memanfaatkan teknologi yang hebat—awan, aplikasi mudah alih, sosial, Internet Benda, kecerdasan buatan, suara dan blok rantai—untuk menghasilkan pandangan 360° terhadap para pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.salesforce.com

Tentang PureSoftware 

PureSoftware ialah sebuah syarikat produk perisian global dan perkhidmatan digital yang memacu transformasi untuk organisasi terkemuka di dunia dalam pelbagai bidang industri yang merangkumi perkhidmatan perbankan dan kewangan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan, permainan dan hiburan. 

Hubungan Media:  
Amitabh Chaudhary
amitabh.chaudhary@puresoftware.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1450649/PureSoftware_Logo.jpg?p=medium600

Source: PureSoftware
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements