omniture

JUMEIRAH GROUP MEMBUKA TEMPAT PERANGINAN SEMUA VILA YANG MEWAH DI BALI

Jumeirah Group
2022-05-11 19:31 213

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu, 11 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Jumeirah Group memperluaskan lagi portfolio antarabangsanya dengan debut tempat peranginan kontemporari yang pertama dan menakjubkan di Indonesia – Jumeirah Bali.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: 
https://www.multivu.com/players/uk/9048351-jumeirah-group-opens-all-villa-luxury-resort-in-bali/

Terletak di wilayah Uluwatu yang indah di Bali, tempat peranginan ini menawarkan destinasi yang tiada tandingan bagi mereka yang ingin berhubung dan mencari keseimbangan dalaman sambil menikmati alam semula jadi yang menakjubkan di pulau ini.

Encik José Silva, Ketua Pegawai Eksekutif Jumeirah Group berkata : "Bali amat terkenal dengan keindahan yang memukau dan kekayaan warisan budaya yang membezakannya dari pulau-pulau lain di seluruh dunia. Jumeirah Bali ialah konsep pertama seumpamanya yang menampilkan semangat daerah ini dengan layanan kami yang tiada tandingan, memberikan tetamu pengalaman yang benar-benar unik dan tidak dapat dilupakan untuk berhubung semula dengan alam semula jadi." 

Tempat peranginan ini menawarkan 123 buah vila dengan susunan satu dan dua bilik tidur, serta Royal Water Palace (Istana Air Diraja) dengan empat bilik tidur, kesemuanya menampilkan pemandangan Lautan Hindi dan keindahan semula jadi yang subur menghijau di Bali. Setiap vila mempunyai sebuah kolam renang peribadi dan ruang tamu di luar dengan pavilion terbuka. Tempat peranginan ini juga menyediakan para tetamu dengan akses eksklusif ke pantai persendirian.

Direka bentuk untuk mewujudkan keharmonian antara seni bina, hiasan dalaman dan landskap, Jumeirah Bali menggabungkan bahan binaan asli dengan keselesaan yang bersifat kontemporari dan mewah untuk membawa para tetamu ke syurga Bali yang asli.

Para tetamu juga boleh menikmati sajian di tiga buah restoran dan bar istimewa yang diselia oleh Master Chef Vincent Leroux. Dijadualkan untuk pembukaan pada bulan Jun, AKASA Gastro Grill menawarkan pengalaman kulinari yang unik, dengan DJ dan pengadun muzik tetap, menyediakan tempat untuk bersantai yang sempurna. Restoran SEGARAN yang dibuka sepanjang hari menawarkan sajian Bali dan Asia Tenggara yang lazat, manakala MAJA Sunset Pool Lounge pula merupakan tempat yang ideal di waktu malam untuk menikmati koktel sambil menghadap ke lautan luas.

Jumeirah Bali juga bakal menampilkan Talise Spa yang memenangi anugerah. Pada masa ini, tempat peranginan ini mempunyai dua buah bilik rawatan peribadi dengan pengalaman spa sepenuhnya yang beroperasi dan dilengkapi dengan satu-satunya tempat mandi air panas tradisional Turki di pulau ini yang akan dibuka pada bulan Julai. Para tetamu juga boleh menikmati kemudahan kesejahteraan tambahan di spa ini termasuk sauna, mandi wap dan rawatan pancuran mandi Vichy.

Para tetamu juga mempunyai pilihan untuk menyertai kelas meditasi dan Yoga berpandu, menggunakan kemudahan di pusat kecergasan moden atau menikmati pengalaman mendaki dalam persekitaran semula jadi yang indah. Tempat peranginan ini juga menawarkan kolam renang infiniti dan kelab kanak-kanak yang menakjubkan untuk keseronokan keluarga selama berjam-jam.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mengetahui tawaran pembukaan istimewa kami, sila layari www.jumeirahbali.com atau hubungi jbareservations@jumeirah.com

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1811635/Jumeirah_Bali_Resort_Ocean_View.jpg?p=medium600

Jumeirah Bali – Resort Ocean View
Jumeirah Bali – Resort Ocean View

 

 

 

Source: Jumeirah Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel Broadcast feed announcements New products/services