omniture

Venture Global Mengumumkan Perjanjian Jual Beli LNG dengan ExxonMobil

Venture Global LNG
2022-05-12 00:07 152

ARLINGTON, Virginia, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG hari ini mengumumkan pelaksanaan dua Perjanjian Jual Beli (SPA) jangka panjang baharu dengan ExxonMobil LNG Asia Pacific (EMLAP) untuk jualan gas asli cecair (LNG) sebanyak 2 juta tan setahun (MTPA).  Di bawah perjanjian tersebut, ahli gabungan ExxonMobil akan membeli 1 MTPA daripada kemudahan LNG Plaquemines (Plaquemines) serta 1 MTPA daripada kemudahan LNG CP2 (CP2). Ini merupakan perjanjian pembekalan kedua untuk CP2 yang dijangka akan dimulakan pembinaannya pada tahun 2023. Kedua-dua kemudahan ini akan mereplika reka bentuk inovatif yang berjaya sama seperti yang dilihat dalam operasi hari ini di Calcasieu Pass, di mana kepantasan pelaksanaan menghasilkan pengeluaran LNG pertama dalam masa hanya 29 bulan selepas keputusan pelaburan akhir (FID).

Photo Credit: Venture Global LNG
Photo Credit: Venture Global LNG

"Venture Global amat berbesar hati kerana ExxonMobil telah memilih untuk bekerjasama dengan syarikat kami di kedua-dua buah projek kami yang seterusnya: Plaquemines dan CP2" kata Mike Sabel, Ketua Pegawai Eksekutif Venture Global LNG. "Sebagai peneraju LNG global, sokongan ExxonMobil terhadap pelaksanaan inovasi dan kejuruteraan Venture Global merupakan detik penentu bagi gabungan pasukan kami dan pasaran LNG yang lebih luas. Venture Global mengharapkan kerjasama selama bertahun-tahun antara syarikat kami agar dapat menghasilkan tenaga karbon yang lebih rendah kepada dunia."

"LNG memainkan peranan yang penting dalam membantu masyarakat mengurangkan pelepasan karbon daripada sektor perindustrian," ujar Peter Clarke, Naib Presiden Kanan LNG untuk Syarikat Huluan ExxonMobil. "Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Venture Global sambil kami terus mengembangkan portfolio LNG ExxonMobil dan memajukan rancangan kami untuk menyampaikan bekalan gas asli yang boleh diharapkan dari Pantai Teluk A.S. ke pasaran global."

Tentang Venture Global LNG 

Venture Global ialah sebuah syarikat penyedia jangka panjang berkos rendah untuk LNG A.S. yang diperoleh dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Kemudahan pertama Venture Global iaitu Calcasieu Pass, memulakan pengeluaran LNG pada bulan Januari 2022.  Syarikat ini juga sedang membina atau membangunkan kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak 60 MTPA di Louisiana untuk menyediakan tenaga bersih dan berpatutan kepada dunia. Syarikat ini sedang membangunkan projek Penangkapan dan Sekuestrasi Karbon (CCS) di setiap kemudahan LNG miliknya.

Pernyataan Amaran  

Pernyataan tentang peristiwa atau keadaan masa hadapan dalam siaran ini merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini adalah tepat hanya pada tarikh siaran ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1814528/Venture_Global_LNG_Aerial_View.jpg?p=medium600

Source: Venture Global LNG
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements