omniture

CoverGo Kumpul $15 Juta Siri A untuk Perluas Penerimaan Global Platform Insurans Tanpa-kod Terkemuka

CoverGo
2022-05-12 09:56 241

Siri A CoverGo menonjolkan pertumbuhan pesat dan kejayaan syarikat, dengan pendapatan perisian berulang tahunan meningkat lebih daripada 10x sejak Januari 2021.

NEW YORK dan SINGAPURA, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- CoverGo, platform insurans SAAS tanpa-kod perusahaan global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh $15 juta dalam pendanaan Siri A yang dipimpin oleh SemperVirens VC berpangkalan di California dengan penyertaan daripada firma-firma modal teroka AS, SixThirty, Tribeca Early Stage Partners dan Fresco Capital. Pelabur-pelabur strategik melibatkan kumpulan insurans pan-Afrika Old Mutual, kumpulan insurans berpangkalan di Asia, Asia Financial Holdings, XN Worldwide Insurance berpangkalan di AS (sebahagian daripada Henner Group) dan dana Timur Tengah serta Afrika Noria Capital. Pelabur-pelabur teknologi insurans (insurtech) sedia ada turut mengambil bahagian dalam pusingan terlebih langgan.

Caribou Honig, rakan kongsi umum SemperVirens, turut dikenali sebagai Bapa Teknologi Insurans dan pengasas persidangan teknologi insurans yang terbesar di dunia InsureTech Connect akan turut mengambil tempat duduk dalam lembaga pemerhati sebagai sebahagian daripada pelaburan berkenaan.

Semakin banyak syarikat P&C, kesihatan dan insurans hayat serta syarikat-syarikat teknologi insurans baru muncul telah menerima pakai platform CoverGo untuk membina dan melancarkan semua jenis produk insurans dalam beberapa hari, membangunkan pengedaran omnisaluran, memperkemas pentadbiran polisi dan mengautomasikan proses tuntutan. Hasilnya, pendapatan berulang tahunan CoverGo meningkat lebih daripada 10x sejak Januari 2021.

CoverGo telahpun bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans utama seperti AXA, MSIG (MS&AD Insurance Group), Dai-ichi Life dan Bank of China Group Insurance, selain rakan-rakan kongsi penyampaian seperti Deloitte, Accenture, IBM dan Synpulse di Asia, AS, Kanada, Amerika Latin, Timur Tengah dan pasaran-pasaran lain di seluruh dunia. Pelaburan baharu tersebut akan membantu mempercepatkan pengembangan antarabangsa CoverGo, membangunkan jaringan rakan kongsinya dengan syarikat-syarikat perunding dan mengembangkan pasukan jualan dan kejuruteraan di AS dan Asia-Pasifik bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk platform CoverGo.

"Terdapat hanya sedikit teknologi yang mentransformasikan industri insurans dengan signifikan dan tanpa-kod jelas sekali terdapat dalam senarai pendek," kata Caribou Honig. "Memandangkan pembawa cenderung untuk mengupayakan inovasi, CoverGo berkedudukan unik untuk mempercepatkan transformasi digitalnya dan memacu kecekapan merentas rantaian nilai insurans. Platform generasi seterusnya CoverGo menyediakan pembawa dengan campuran yang tidak dapat ditandingi antara kepantasan dibawa ke pasaran, penjimatan kos dan keselamatan untuk berjaya pada masa kini dan akan datang. Kami teruja untuk menyokong CoverGo menerusi perjalanan pertumbuhan dan pengembangannya dalam pasaran AS."

"Syarikat-syarikat insurans kini menyedari lebih daripada sebelum ini bahawa pembangunan IT tersuai adalah terlalu perlahan dan mahal, manakala pakej perisian sedia ada tidak dapat memenuhi keperluan produk dan kehendak pelanggan yang berubah-ubah. Atas sebab inilah kami menyaksikan permintaan yang meningkat dengan pantas di seluruh dunia terhadap platform tanpa-kod yang benar-benar dapat dikonfigurasikan bagi membolehkan syarikat-syarikat menjadi tangkas dan kekal relevan dalam dunia yang berubah-ubah," kata Tomas Holub, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas CoverGo. "Dana baharu dan campuran unik pelabur insurans yang strategik ini akan membantu mempercepatkan penerimaan CoverGo oleh syarikat-syarikat insurans di seluruh dunia."

Ketahui lebih lanjut mengapa syarikat-syarikat insurans memilih CoverGo di covergo.com.

Latar Belakang CoverGo

CoverGo membangunkan platform insurans di-luar-kotak, modular, tanpa kod yang pertama dalam industri insurans yang dikuasakan oleh lebih 500 API insurans terbuka yang membolehkan syarikat-syarikat insurans mengalami transformasi secara digital dengan cara yang paling fleksibel, boleh diskala dan menjimatkan kos. Syarikat-syarikat P&C, kesihatan dan insurans hayat menggunakan CoverGo untuk membina dan melancarkan semua jenis produk insurans dalam beberapa hari, membangunkan pengedaran omnisaluran, memperkemas pentadbiran polisi dan mengautomasikan proses tuntutan. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://covergo.com.

Latar Belakang SemperVirens VC

SemperVirens ialah sebuah firma pelaburan berpandukan ekosistem berpangkalan di AS yang terkemuka yang memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat dalam pasaran tenaga kerja, rawatan kesihatan dan teknologi kewangan. Firma ini memiliki jaringan para eksekutif, penganalisis industri dan rakan pengedaran yang berperanan sebagai platform proprietari untuk mengakses, menganalisis dan memperkukuh syarikat-syarikat yang paling cerah masa depannya dalam sektor-sektor sasarannya.

Hubungan Media

Julien Hauss
Emel: hello@covergo.com

 

Source: CoverGo
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Multimedia/Online/Internet Corporate Expansion Venture Capital Financial Technology