omniture

Bintang Bollywood Bawa Temptation Reloaded Ke Sydney, Australia

Destination NSW
2013-10-08 09:48 137

SYDNEY, 8 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- 'Raja Bollywood' Shahrukh Khan telah membawa kemeriahan dan pesona Bollywood ke Sydney, Australia hari ini dengan menjadi tumpuan pertunjukan berunsur tarian, muzik dan komedi popular antarabangsa, Temptation Reloaded, sebagai sebahagian daripada Parramasala, pesta seni kontemporari Sydney.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/10/08/20131008085542670572.html )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/10/08/20131008085638121953.html )

Shahrukh Khan berkata: "Saya sangat gembira untuk kembali ke Sydney sekali lagi bagi pertunjukan Temptation Reloaded Australia pertama saya. Sydney merupakan bandar yang indah dan mempunyai tempat yang istimewa di hati saya."

Temptation Reloaded ialah penerbitan Bollywood terbesar yang pernah hadir ke Australia, dengan paparan visual yang menakjubkan, penerbitan canggih, bunga api yang berwarna-warni dan pakaian yang beraneka ragam.

Kehadiran Shahrukh Khan disambut di Sydney oleh Barry O'Farrell, Perdana Menteri New South Wales.

Encik O'Farrell berkata beliau gembira untuk mengalu-alukan kedatangan bintang Bollywood paling terkenal dan berpengaruh di dunia itu ke Sydney.

"Shahrukh Khan atau SRK telah berlakon dalam 75 filem dan saya gembira untuk mengalu-alukan kedatangan beliau ke Sydney kerana beliau membawa Temptation Reloaded ke Australia buat pertama kalinya," kata Encik O'Farrell.

"Pesta Parramasala merupakan acara seni dan kebudayaan utama untuk Negeri New South Wales dan membawa beberapa artis terbaik dunia ke Sydney Barat.

"Rantau ini merupakan tempat tinggal bagi salah satu populasi terbesar masyarakat Asia Selatan di Australia yang kebanyakannya ialah peminat besar SRK dan karyanya.

"Pertunjukan beliau telah berjaya menarik penonton dengan asal usul India di Sydney dan New South Wales, serta peminat di luar negara yang termasuk Fiji, Singapura, Indonesia dan Malaysia.

"Kami gembira untuk menjadi tuan rumah bagi SRK dan barisan penghibur Temptation Reloaded yang berbakat di Sydney, pusat acara utama Australia dan menempatkan seni persembahan.

"Sydney merupakan bandar global Australia dan New South Wales pula ialah Negeri utama di Australia yang merupakan gabungan yang tiada tandingan bagi para pelawat dari India.

"Dengan pelabuhan kami yang menakjubkan, pantai yang hebat, makanan yang enak dan wain, serta tarikan Wilayahnya yang unik, para pelawat dari India yang mengunjungi New South Wales boleh menikmati antara pengalaman percutian terbaik di Australia," kata Encik O'Farrell.

Beberapa artis cemerlang kelas A Bollywood lain akan turut menyertai SRK di Sydney untuk bersama-sama meraikan Temptation Reloaded termasuk pelakon Madhuri Dixit, Jacqueline Fernandez dan Rani Mukherjee.

Shahrukh Khan berkata: "Saya sangat gembira kerana bakal membawa persembahan saya di sini untuk semua peminat saya dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri NSW, Kerajaan NSW dan Destination NSW atas sokongan mereka."

MEDIA: Olivia Suzanski +61-448-994-631 (Utama)

Olivia Deskoski +61-400-225-751 (Destination NSW)

SUMBER Destination NSW

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Television Travel