PARIS, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Dari 6 Julai 2022 hingga 22 Januari 2023, Musée des Arts Décoratifs di Paris akan meraikan ciptaan menarik dan memukau dari pereka fesyen Itali, Elsa Schiaparelli (b. 10 September 1890, Rom – d. 13 November 1973, Paris), yang banyak mendapat ilham daripada hubungan rapat beliau dengan fesyen Paris yang inovatif pada sekitar tahun 1920-an dan 1930-an. Hampir 20 tahun sejak retrospektif terakhir yang dikhususkan untuk Schiaparelli di Musée des Arts Décoratifs, kini tiba masanya untuk meneliti semula karya pereka fesyen yang luar biasa ini, citarasa gaya feminin yang inovatif, reka bentuk eksentrik yang sofistikated serta keterujaan yang beliau tampilkan ke dalam dunia fesyen.
Shocking! Dunia luar realiti Elsa Schiaparelli menghimpunkan 520 hasil rekaan termasuk 272 siluet dan aksesori oleh Schiaparelli sendiri yang dipamerkan bersama-sama lukisan, arca, barang kemas, minyak wangi, seramik, poster serta foto-foto yang ikonik daripada teman rapat Schiaparelli dan pereka fesyen kontemporari: Man Ray, Salvador Dalí, Jean Cocteau, Meret Oppenheim dan Elsa Triolet. Retrospektif yang menjadi sorotan Kalendar Pameran 2022/2023 ini akan turut mempamerkan ciptaan yang direka oleh ikon fesyen termasuk Yves Saint Laurent, Azzedine Alaïa, John Galliano dan Christian Lacroix sebagai penghormatan terhadap Schiaparelli. Daniel Roseberry, pengarah artistik House of Schiaparelli sejak tahun 2019 juga turut mentafsirkan warisan seni Elsa Schiaparelli dengan reka bentuk beliau yang tersendiri. Senografi mengasyikkan dan puitis daripada Shocking! Dunia luar realiti Elsa Schiaparelli telah diamanahkan kepada Nathalie Crinière. Pameran ini akan dipersembahkan di galeri fesyen Christine & Stephen A. Schwarzman, Musée des Arts Décoratifs.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1814840/SHOCKING_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1814841/SHOCKING_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1814842/MAD_Logo.jpg?p=medium600
isabelle.mendoza@madparis.fr / anne-solene.delfolie@madparis.fr