Mantan Pengarah Urusan Penyelidikan Microsoft dan perintis visi komputer, P. Anandan menyertai Hivestack sebagai penasihat khas untuk menerajui inisiatif
TORONTO, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Hivestack, sebuah syarikat bebas bagi teknologi pengiklanan digital luar rumah (DOOH) programatik yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran bahagian penyelidikan baharu yang akan memberi tumpuan kepada penerokaan pengaktifan media programatik di kedai dalam metaverse. Saintis visi komputer legenda, P. Anandan telah menyertai Hivestack sebagai penasihat khas yang merupakan sebahagian daripada inisiatif ini.
Menurut sebuah laporan eMarketer yang terbaharu, para pengiklan telah membelanjakan sebanyak USD31 bilion pada tahun 2021 di AS untuk media peruncitan yang bakal meningkat kepada USD100 bilion pada tahun-tahun akan datang. Penemuan laporan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar perbelanjaan iklan tersebut digunakan untuk pengiklanan pada aset digital Walmart dan Amazon. Syarikat peruncitan kedai besar melaksanakan rangkaian teknologi pengiklanan tersuai dengan penyelesaian identiti untuk mengewangkan pasaran dalam talian serta kedai fizikal mereka merupakan trend yang semakin meningkat.
Malah syarikat peruncitan kedai besar ini sedang mengambil langkah seterusnya dalam penawaran digital mereka dan membangunkan kesetaraan metaverse bagi lokasi fizikal mereka. Apabila kedai-kedai ini dilancarkan, para pengguna akan dapat memakai set kepala realiti maya (VR) dan menyaksikan avatar diri mereka berjalan di antara lorong-lorong untuk memperoleh semua manfaat membeli-belah secara maya. Ia akan menawarkan pengalaman yang lebih mengasyikkan kepada para pengguna berbanding membeli-belah pada antara muka dua dimensi pengguna yang tersedia pada masa ini daripada peranti mudah alih mereka. Kedai metaverse akan mendayakan peluang pengiklanan untuk para pemasar berhubung dengan pengguna - khususnya, avatar mereka ketika sedang membuat pembelian - pada dinding kedai maya, penghujung peragaan produk digital maya dan juga pengiklanan audio dalam kedai secara maya. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa penglibatan pengguna dalam metaverse akan melangkaui pengalaman dalam talian pada masa ini dan seterusnya membawa kepada penglibatan yang lebih mendalam yang memberikan hasil yang lebih besar kepada para pengiklan.
Andreas Soupliotis, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Hivestack berkongsi: "Melalui pelancaran bahagian penyelidikan, kami melakukan prototaip tentang cara teknologi iklan boleh digunakan untuk mengaktifkan peluang pengiklanan secara programatik di kedai runcit maya di metaverse. Dalam persekitaran ini, secara teknikalnya, para pengguna berada di dalam rumah mereka ketika membeli-belah melalui set kepala VR tetapi avatar mereka berada di luar rumah. Kebanyakan teknologi serba lengkap Hivestack bagi pengaktifan dan pengewangan digital luar rumah digunakan untuk pengiklanan peruncitan metaverse, namun begitu, beberapa jurang sains komputer yang penting masih perlu ditangani. Kami melancarkan inisiatif ini untuk menghasilkan teknologi yang diperlukan untuk menjadikan DOOH programatik berjaya dalam dunia meta serta dunia fizikal."
P. Anandan, mantan Pengarah Urusan Microsoft Research, Saintis Terkemuka dan Penyelidik Emeritus di Microsoft dan kini perunding kepada yayasan Bill & Melinda Gates mengulas tentang tugas baharu beliau sebagai Penasihat Khas Hivestack: "Saya teruja untuk menasihati Hivestack tentang hala tuju baharu pengiklanan di luar rumah berasaskan avatar ini. Terdapat beberapa cabaran teknologi, produk dan kejuruteraan penting yang perlu ditangani untuk membolehkan para pemasar mendapat manfaat daripada pengiklanan generasi baharu ini. Terutamanya, bagaimanakah seseorang menterjemahkan identiti avatar daripada dunia metaverse bersemuka kepada dunia fizikal bersemuka yang sebenar? Selain itu, bagaimanakah para pemasar mengukur keberkesanan pengaktifan media merentas alam semesta ini? Dan bagaimanakah tingkah laku dunia fizikal boleh mendorong pengaktifan media dalam metaverse? Akhir sekali, terdapat banyak persoalan yang belum terjawab tentang cara pembayaran media akan dibuat kepada peruncit metaverse. Seperti yang anda boleh lihat, terdapat banyak halangan untuk diatasi dan saya berharap dapat membantu Hivestack mengembangkan pasukan penyelidikan yang akan menangani batasan baharu ini dalam teknologi pengiklanan dan menyediakan para pemasar dengan penyelesaian yang mereka perlukan untuk berjaya dalam bidang 'Pemasaran Meta' yang sedang berkembang ini."
Kevin McDonald, Ketua Pegawai Eksekutif Kinetic Canada mengulas, "Metaverse peruncitan ini sedang membuka realiti baharu kepada para pengguna yang menggabungkan sensasi membeli-belah di luar rumah secara fizikal dengan memudahkan urusan membeli-belah secara mudah alih. Kinetic Canada memberi tumpuan yang tinggi untuk memacu hasil yang boleh diukur dengan tepat kepada para pelanggan kami. Disebabkan terdapat garisan yang kabur antara pengguna dan avatar mereka, gabungan dunia nyata, peruncitan DOOH dan pengiklanan digital di luar rumah peruncitan metaverse merupakan bidang penerokaan yang penting kepada kami dan pelanggan kami. Kami tahu bahawa masa depan pemasaran sedang dibina sekarang dan oleh itu, kami berharap dapat bekerjasama dengan Hivestack ketika kami membangunkan sebuah strategi baharu untuk pemasaran berasaskan hasil yang merentas alam semesta (fizikal dan maya)."
Hivestack ialah sebuah syarikat teknologi pemasaran global terbesar yang bebas dan serba lengkap yang memperkasa sisi jual beli pengiklanan digital luar rumah (DOOH) programatik. Hivestack telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan ibu pejabat di Montreal, Kanada dan beroperasi di 25 buah negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari hivestack.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook @hivestack.
Hubungan Media:
Ginny Bourne
Pengarah Pemasaran & Komunikasi Global
ginny@hivestack.com