omniture

VENTURE GLOBAL DAN PETRONAS MENGUMUMKAN PERJANJIAN JUAL BELI

Venture Global LNG
2022-05-12 22:14 161

ARLINGTON, Virginia, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG dan PETRONAS LNG Ltd. ("PLL"), sebuah anak syarikat PETRONAS iaitu syarikat minyak dan gas milik negara Malaysia, hari ini mengumumkan pemeteraian Perjanjian Jual Beli (SPA) baharu selama 20 tahun untuk pembelian gas asli cecair (LNG) sebanyak 1 juta tan setahun (MTPA) daripada kemudahan LNG Plaquemines milik Venture Global. Dengan perjanjian ini, Venture Global kini telah mengumumkan jualan selama 20 tahun bagi 16 MTPA daripada kapasiti maksimum sebanyak 20 MPTA di LNG Plaquemines LNG.

"Venture Global berbangga dapat memulakan sebuah kerjasama bekalan jangka panjang yang baharu dengan PETRONAS, sebuah syarikat peneraju yang berpengalaman dan terkemuka di dunia dalam kejuruteraan dan operasi LNG global," kata Ketua Pegawai Eksekutif Venture Global, Mike Sabel. "Kontrak ini merupakan pengembangan yang penting bagi pangkalan pelanggan kami yang sedia ada di Asia dan kami amat berharap agar PETRONAS dapat membawa tenaga kami yang lebih rendah karbon dan kompetitif ke Asia Tenggara, sebuah rantau yang mempunyai permintaan terhadap gas yang sedang berkembang pesat."

Naib Presiden Pemasaran & Perdagangan LNG PETRONAS, Shamsairi Ibrahim berkata, "PETRONAS tidak sabar untuk menjalinkan kerjasama jangka panjang LNG dengan Venture Global yang akan menyokong pertumbuhan dan kebolehcapaian gas asli. Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap jaminan tenaga, penambahan jumlah baharu ini pasti meningkatkan portfolio bekalan global PETRONAS dan menunjukkan sokongan kami terhadap peralihan tenaga ke arah masa depan yang lebih rendah karbon."

Tentang Venture Global LNG
Venture Global ialah sebuah syarikat penyedia jangka panjang dengan kos yang rendah untuk LNG A.S. yang diperoleh dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Kemudahan pertama Venture Global iaitu Calcasieu Pass, memulakan pengeluaran LNG pada bulan Januari 2022.  Syarikat ini juga sedang membina atau membangunkan kapasiti pembuatan tambahan sebanyak 60 MTPA di Louisiana untuk menyediakan tenaga bersih dan berpatutan kepada dunia. Syarikat ini sedang membangunkan projek Penangkapan dan Sekuestrasi Karbon (CCS) di setiap kemudahan LNG miliknya.

Source: Venture Global LNG
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Utilities Contracts