![]() |
![]() |
PARIS, 12 Mei 2022 /PRNewswire/ -- HOPIUM, pengeluar kenderaan berkuasa hidrogen pertama Perancis, bekerjasama dengan Bridgestone, peneraju global dalam penyelesaian tayar dan mobiliti lestari untuk membangunkan tayar premium bagi kenderaan sedan mewah miliknya, Hopium Machina.
Matlamat kerjasama ini adalah untuk mereka bentuk tayar khas dengan teknologi ketahanan yang rendah, suatu faktor utama untuk meningkatkan rangkaian pemanduan kenderaan dengan jarak 1,000km. Tayar ini akan dicipta menggunakan teknologi Pembangunan Tayar Maya proprietari Bridgestone yang menyediakan manfaat yang signifikan dari segi kecekapan dan kelestarian.
Di bawah Komitmen Bridgestone E8 yang menyeluruh, syarikat tersebut telah berjanji untuk menyokong merealisasikan masyarakat yang lestari dengan menyediakan nilai sosial dan pelanggan di seluruh setiap bidang perniagaan dan operasinya, bersama-sama rakan kongsi perniagaannya.
Olivier Lombard, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Hopium berkata: "Sejak mula ditubuhkan, Hopium telah diberi penghormatan untuk bekerjasama dengan yang terbaik dalam bidang mereka. Hari ini, perjanjian strategik dengan peneraju dunia perindustrian yang terkenal ini merupakan peristiwa penting dalam pelan hala tuju kami yang bercita-cita tinggi. Dengan kepakaran yang besar dalam mereka bentuk tayar dan teknologi tayar untuk jenis mobiliti yang lebih baharu, Bridgestone pasti akan membawa pembelajaran berharga kepada perkongsian, membantu kami menghadapi cabaran yang akan dihadapi pada masa hadapan."
Steven De Bock, Naib Presiden Penggantian Pengguna dan OE, Bridgestone EMIA berkata: "Kerjasama menarik dengan Hopium ini sekali lagi menunjukkan sokongan kami untuk perintis mobiliti inovatif generasi akan datang. Kami meletakkan kepakaran kami yang diiktiraf dalam perkhidmatan sebagai pengubah permainan sebenar dalam bidang mobiliti pelepasan karbon sifar dan membantu merealisasikan masa depan mobiliti yang lebih lestari dalam proses ini."
TENTANG HOPIUM
Olivier Lombard, pemenang termuda 24 jam Le Mans yang mengasaskan Hopium, pengeluar kenderaan berkuasa hidrogen mewah, telah menunjukkan pencapaian hasil daripada pengalamannya yang diperoleh di litar perlumbaan. Dengan budaya automotif yang telah diwarisi oleh beliau, Olivier Lombard telah memandu kereta lumba yang dikuasakan oleh hidrogen selama 7 tahun, menjadikannya pelumba paling berpengalaman di dunia dalam bidang ini. Sebagai sebuah makmal terbuka, perlumbaan ini telah membolehkan Olivier Lombard dan pasukannya menampilkan penyelesaian mobiliti baharu bagi menangani cabaran alam sekitar hari ini. Walaupun sektor pengangkutan sahaja bertanggungjawab untuk pelepasan gas rumah hijau sebanyak 20%, syarikat ini meletakkan dirinya sebagai pemain dalam perubahan iklim. Hopium menyatukan satu pasukan pakar dan rakan kongsi terkemuka dalam menerajui inovasi dalam bidang sel bahan api hidrogen, teknologi dan kejuruteraan automotif.
Ikuti kami di Instagram, Linkedin, Youtube, Twitter.
ISIN: FR0014000U63
Mnemonik: ALHPI
TENTANG BRIDGESTONE
Bridgestone di Eropah, Rusia, Timur Tengah, India dan Afrika (Bridgestone EMIA) ialah Unit Perniagaan Strategik serantau Bridgestone Corporation, peneraju global dalam penyelesaian tayar dan mobiliti lestari. Beribu pejabat di Zaventem (Belgium), Bridgestone EMIA mempunyai lebih 20,000 orang pekerja dan menjalankan perniagaan di 40 buah negara di seluruh rantau ini.
Bridgestone menawarkan pelbagai portfolio tayar premium, teknologi tayar dan penyelesaian mobiliti canggih. Visi syarikat adalah untuk memberikan nilai sosial dan pelanggan sebagai sebuah syarikat penyelesaian lestari. Komitmen E8 Bridgestone – sebuah rangka kerja dengan lapan nilai (Tenaga (Energy), Ekologi (Ecology), Kecekapan (Efficiency), Lanjutan (Extension), Ekonomi (Economy), Emosi (Emotion), Kemudahan (Ease) dan Pemerkasaan (Empowerment)) – yang membimbing keutamaan strategik, pembuatan keputusan, evolusi budaya dan tindakan kelestarian ke arah pencapaian visi ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Bridgestone di EMIA, sila layari press.bridgestone-emia.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram,YouTube dan LinkedIn.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1816222/Hopium_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1816221/Bridgestone_Logo.jpg?p=medium600