omniture

Pendaftaran Dibuka untuk Bitget KCGI 2022 dengan Jumlah Hadiah yang Ditingkatkan kepada 200 BTC

Bitget
2022-05-13 10:36 123

Mencapai hampir 500 pengguna berdaftar pada hari pertama

SINGAPURA, 13 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pendaftaran untuk pertandingan dagangan niaga hadapan kripto global dua kali setahun yang dinanti-nantikan - King's Cup Global Invitational (KCGI), yang dianjurkan oleh bursa derivatif global terkemuka, Bitget, telah dibuka secara rasmi. Peserta boleh mendaftar untuk pertandingan ini mulai sekarang hingga 20 Mei, 10:00 pagi (UTC+8), sementara pertandingan sebenar akan berlangsung dari 20 Mei, 10:00 pagi hingga 10 Jun, 10:00 pagi (UTC+8).

Sejak pendaftaran KCGI 2022 dimulakan secara rasmi, sejumlah hampir 500 peserta berdaftar telah direkodkan buat julung-julung kalinya, menunjukkan maklum balas yang positif daripada komuniti terhadap kembalinya pertandingan dagangan yang sekian lama ditunggu-tunggu ini. Berikutan momentum populariti pada tahun lalu, jumlah hadiah KCGI 2022 telah meningkat dua kali ganda kepada 200 BTC. Selain daripada hadiah wang, pelbagai hadiah lain juga disediakan termasuk pembesar suara Bose, basikal lipat, kerusi permainan premium, skrin Paparan standbyME LG dan bermacam-macam lagi.

Mengulas tentang edisi KCGI pada tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, Sandra Lou berkata, "Kami amat teruja untuk membuka pendaftaran secara rasmi. Memandangkan terdapat sambutan yang positif setakat ini, kami yakin bahawa program ini akan terus menarik minat peserta pada masa akan datang. Untuk menunjukkan penghargaan kami terhadap sokongan daripada keluarga Bitget, kami telah menggandakan jumlah hadiah kepada 200 BTC, semoga pasukan/peserta terbaik akan menang."

Untuk maklumat lanjut tentang KCGI, sila layari https://www.bitget.com/en/kcgi/spring/2022

Tentang Bitget 

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan salah satu bursa mata wang kripto yang terkemuka di dunia. Bitget yang pada masa ini memberikan perkhidmatan kepada lebih dua juta pengguna di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, mempercepat misinya untuk menggalakkan kewangan tidak berpusat pada tahun 2021 dengan 500 orang tenaga kerja yang mantap di lebih 20 buah negara.

Sejak pelancaran rasmi Bitget dalam pasaran derivatif kripto pada bulan Jun 2019, platform tersebut kini menjadi salah sebuah bursa derivatif dan perdagangan salinan kripto yang terbesar di dunia dan disenaraikan dalam kalangan lima bursa terbaik di dunia oleh CoinMarketCap dan CoinGecko untuk dagangan derivatif berdasarkan volum.

Pada bulan September 2021, Bitget mengumumkan tajaannya terhadap pasukan bola sepak Juventus yang terkenal di dunia sebagai rakan penaja lengan bajunya buat kali pertama dan kemudiannya, sebagai rakan kongsi kripto e-Sukan PGL Major yang rasmi. Kerjasama dengan organisasi e-Sukan yang terkemuka, Team Spirit dan kelab bola sepak yang telah lama wujud dan terkemuka di Turki, Galatasaray, juga telah diumumkan pada awal tahun 2022.

 

 

Source: Bitget
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services