omniture

CCI Global akan menjadi penghuni pusat hubungan terbesar di Tatu City, Kenya

Tatu City / Rendeavour
2022-05-13 17:32 109

TATU CITY, Kenya, 13 Mei 2022 /PRNewswire/-- CCI Global, pengendali pusat hubungan antarabangsa terbesar di Afrika, akan berpindah ke pejabat yang canggih yang dibina dengan tujuan di Tatu City, mencipta lebih 4,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Kenya.

The design for CCI Global’s headquarters at Tatu City, Kenya
The design for CCI Global’s headquarters at Tatu City, Kenya

Kemudahan CCI akan dibangunkan oleh Gateway Real Estate Africa (GREA), sebuah syarikat pembangunan swasta yang mengkhusus dalam pembinaan turnkey. Menara lima tingkat ini direka khas untuk CCI, dengan kemudahan latihan dan pusat kerjaya untuk mengalu-alukan pekerja baharu.

CCI telah berkembang pesat di Kenya sejak memasuki pasaran pada tahun 2016, dengan mengkhusus dalam pengendalian pusat hubungan berbilang saluran sembang web serta keluar dan masuk yang menyediakan perkhidmatan kepada jenama antarabangsa terkemuka, terutamanya dalam sektor industri mudah alih, teknologi, telekomunikasi dan kewangan.

Pengembangan CCI berlaku ketika tercetusnya permintaan terhadap tenaga kerja muda dan berkemahiran tinggi syarikat tersebut yang julung-julung kali terjadi di Kenya dengan peningkatan kepada lebih 2,000 ejen dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Kemudahan di Tatu City dijadualkan akan disiapkan pada suku keempat tahun 2023 dan akan menggandakan kapasiti firma ini kepada lebih 4,000 tempat duduk dalam satu lokasi.

"Perniagaan CCI di Kenya yang menyediakan perkhidmatan kepada jenama terkenal dari Amerika, British, Australia dan antarabangsa yang lain, terus berkembang pesat, hasil tenaga kerja yang dinamik, jaminan kualiti serta kecemerlangan operasi kami," kata Mark Chana, Ketua Pegawai Operasi CCI. "Kami teruja untuk membina penempatan CCI di Tatu City dalam suasana mesra perniagaan yang memberi tumpuan kepada kebajikan pekerja kami."

Pusat hubungan CCI akan menyediakan penyumberan luar untuk proses perniagaan atau BPO, yang menyokong keseluruhan kitaran hayat pelanggan dalam bentuk interaksi suara tradisional serta interaksi digital.

Bangunan pejabat lima tingkat Gred A dengan dua tingkat tempat letak kereta bawah tanah ini akan menjadi penghuni utama Tatu Central, daerah perniagaan bagi Tatu City.

"Bangunan ini direka khas untuk CCI, dengan plat lantai yang besar untuk operasi pusat panggilan yang fleksibel, lif yang pantas untuk kelancaran pertukaran tugas, pencahayaan semula jadi yang mencukupi serta kebajikan pekerja yang menjadi terasnya," kata Greg Pearson, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GREA. "Kami gembira dapat membina bangunan yang menakjubkan ini untuk pelanggan bertaraf dunia seperti CCI di Afrika."

Sebagai sebahagian daripada pembangunan ini, Tatu City, yang dimiliki dan dibangunkan oleh Rendeavour, pembangun bandar baharu terbesar di Afrika, akan membina sebuah hab pengangkutan untuk menampung ribuan pekerja CCI.

"Ekosistem Tatu City - dengan rumah, perniagaan, sekolah, taman dan kemudahan lain - adalah lokasi yang ideal untuk operasi dan pekerja CCI," kata Stephen Jennings, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Rendeavour. "Sebagai penggerak pertama dalam semua aspek, CCI menerima peralihan global dalam sektor perniagaan daripada kawasan bandar yang sesak kepada persekitaran tidak berpusat seperti Tatu City yang menyediakan penyelesaian kerja secara langsung untuk para pekerja dan pelabur."

Pejabat CCI di Tatu City adalah yang terbaru dalam kerjasama strategik antara GREA dengan Rendeavour, yang merangkumi pembangunan komersial, pergudangan dan logistik di bandar baharu Rendeavour di Afrika Timur dan Barat. 

Tentang CCI Global (www.cciglobal.com)

CCI Global merupakan pembekal perkhidmatan pengurusan pelanggan terbesar di Afrika untuk pasaran antarabangsa. Kumpulan syarikat CCI menyediakan perkhidmatan Penyumberan Luar bagi Proses Perniagaan termasuk jualan pengguna, perkhidmatan dan strategi pengurusan pelanggan digital untuk beberapa jenama terkemuka di UK, Australia dan Afrika dalam sektor teknologi mudah alih, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, peruncitan dan riadah.

Tentang Gateway Real Estate Africa (https://greafrica.group/)

Gateway Real Estate Africa ialah sebuah syarikat pembangunan hartanah swasta yang mengkhusus dalam pembinaan turnkey untuk penempatan korporat dan peruncit multinasional yang ingin mengembangkan operasi mereka di benua Afrika. Bagi pelabur yang layak, Gateway Real Estate Africa memberikan pendedahan hartanah langsung untuk aliran pendapatan sewa dalam denominasi dolar AS yang menghasilkan pulangan tinggi serta potensi pertumbuhan yang mantap.

Tentang Tatu City (www.tatucity.com)

Tatu City ialah sebuah bandar baharu dengan keluasan 5,000 ekar di Nairobi yang berdekatan dengan kediaman, sekolah, perniagaan, daerah beli-belah, klinik perubatan serta kawasan semula jadi dan rekreasi untuk lebih 250,000 penduduk dan berpuluh-puluh ribu pengunjung. Sekolah-sekolah di Tatu City mendidik beribu-ribu pelajar setiap hari, dengan pelbagai jenis kediaman yang sesuai untuk semua tahap pendapatan serta lebih 60 perniagaan yang berkembang maju dalam Zon Ekonomi Khas yang pertama beroperasi di negara ini. Terletak 30 minit dari Westlands, Tatu City mewakili cara hidup dan pemikiran baharu bagi seluruh rakyat Kenya dalam suasana kehidupan, pekerjaan dan permainan yang bebas daripada kesesakan lalu lintas dan perjalanan ulang-alik jarak jauh.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1816744/CCI_Tatu_City.jpg?p=medium600

Source: Tatu City / Rendeavour
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Outsourcing Businesses Overseas Real Estate (non-US) Real Estate New products/services