omniture

Recorded Future Menyediakan Pasukan Pertahanan Dengan Perisikan Paling Lengkap yang Dibina untuk Bertindak

Recorded Future
2022-05-13 20:02 491

Platform yang baru dikeluarkan ini mengukuhkan lagi keupayaan untuk mencegah penyalahgunaan jenama, mengesan kelayakan yang dicurigai, menggambar dan mengutamakan ancaman serta mempertahankan permukaan serangan

BOSTON, 13 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Recorded Future, sebuah syarikat perisikan terbesar di dunia, hari ini mengumumkan keluaran baharunya yang utama, sebuah Platform Perisikan berasaskan awan dengan keupayaan baharu untuk mendedahkan dan memulihkan ancaman terhadap jenama, identiti dan permukaan serangan organisasi.

Ancaman kian bertambah dan bertumpu dalam dunia yang mengutamakan digital hari ini, manakala musuh pula mengambil kesempatan dengan menyusup masuk ke sasaran yang lemah melalui serangan siber, fizikal, maklumat yang salah, malah dengan serangan kinetik. Dengan keluaran terbaharu Platform Perisikannya, Recorded Future memperluas liputan perisikan yang paling komprehensif ke atas musuh, infrastruktur dan sasaran mereka, memberikan pelanggan dengan keterlihatan yang diperlukan untuk mengambil tindakan tegas bagi mematahkan ancaman musuh.

"Kekal mendahului pelaku ancaman jenayah dan yang ditaja kerajaan yang kini kian mencabar. Dengan keluaran terkini Recorded Future ini, organisasi mempunyai alat baharu yang berkuasa untuk mencegah penyalahgunaan jenama, mengesan kelayakan yang dicurigai, menggambar dan mengutamakan ancaman serta mempertahankan permukaan serangan." – Craig Adams, Ketua Pegawai Produk & Kejuruteraan Recorded Future

Pemantauan Luas Internet Hanya untuk Ancaman Jenama Dalam Masa Nyata dengan
Perisikan Jenama Recorded Future yang menggunakan pembelajaran mesin berskala besar untuk mengesan ancaman di seluruh rangkaian Internet bagi logo jenama, kesilapan taip dan domain berniat jahat. Kini, organisasi dapat memantau ancaman masa lalu dan semasa dalam masa nyata dengan fungsi baharu yang memaparkan butiran ancaman dan menyediakan buku strategi untuk mengesahkan dan bertindak balas terhadap penemuan. Ciri yang turut ditambah ialah pengesanan penyalahgunaan logo berskala Internet dengan pengecaman aksara untuk memulakan alih keluar di mana-mana sahaja di Internet.

Melangkaui Pengesahan Pelbagai Faktor
Dengan lebih 10 bilion identiti dan liputan yang dipertingkatkan yang merangkumi sumber seperti log perisian hasad, kebocoran data dan pengambilan bukti kelayakan, Perisikan Identiti Recorded Future membantu mengesan identiti yang dicurigai dalam masa nyata, memberikan lapisan pertahanan tambahan selain pengesahan pelbagai faktor. Selain itu, Perisikan Identiti meningkatkan keberkesanan penyelesaian Pengurusan Akses Identiti (IAM) melalui integrasi yang menggabungkan ciri risikan ke dalam proses dan aliran kerja sedia ada.

Melindungi Permukaan Serangan yang Semakin Berkembang
Pengurusan permukaan serangan proaktif adalah penting memandangkan penghijrahan awan semakin mendedahkan organisasi kepada permukaan serangan baharu yang lebih kompleks. Perisikan Permukaan Serangan Recorded Future memberikan pandangan bersepadu tentang infrastruktur luaran yang mengutamakan aset paling berisiko untuk dipulihkan, berdasarkan kelemahan, kesilapan konfigurasi dan aset di luar polisi serta mengurangkan permukaan serangan organisasi.

Menggambarkan Ancaman yang Menyasarkan Organisasi dan Kerajaan
Dengan Perisikan Ancaman Recorded Future, organisasi dapat memberi keutamaan ancaman secara interaktif dan memburu musuh secara proaktif sebelum mereka dijadikan sasaran. Recorded Future mengutamakan pelaku ancaman dan TTP khusus untuk setiap organisasi; memberikan cerapan tentang kitaran hayat serangan dan gelagat penyerang yang sejajar dengan peta panas MITRE; dan menyediakan muat turun automatik untuk peraturan YARA dan Sigma berdasarkan ancaman baharu yang membolehkan pasukan keselamatan mengambil tindakan segera.

Permintaan untuk demo Platform Perisikan Recorded Future boleh didapati di:
https://go.recordedfuture.com/demo

Tentang Recorded Future
Recorded Future ialah syarikat perisikan terbesar di dunia. Platform Perisikan berasaskan awan Recorded Future menyediakan liputan yang paling lengkap tentang musuh, infrastruktur dan sasaran. Dengan menggabungkan koleksi data automatik dan analitik dengan analisis manusia yang menyeluruh dan berterusan, Recorded Future menyediakan keterlihatan masa nyata ke atas landskap digital yang luas dan memperkasakan pelanggan untuk mengambil tindakan proaktif bagi mematahkan serangan musuh dan memastikan kakitangan, sistem dan infrastruktur mereka selamat. Beribu pejabat di Boston dengan pejabat-pejabat dan pekerja di seluruh dunia, Recorded Future bekerjasama dengan lebih 1,400 perniagaan dan organisasi kerajaan di lebih 60 buah negara. Ketahui lebih lanjut di recordedfuture.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/705622/Recorded_Future_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Recorded Future
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services Data Analytics