Pertumbuhan Dua Digit Rantaian Nilai Internet Berisiko jika Pelabur Infrastruktur Tidak Dapat Merealisasikan Pulangan Bermakna
LONDON, 15 Mei 2022 /PRNewswire/-- Laporan GSMA baharu memberi amaran bahawa ketidakseimbangan pasaran antara pengendali rangkaian dengan penyedia perkhidmatan dalam talian mungkin meletakkan prospek pertumbuhan global pada tahap berisiko dalam pelbagai sektor ekonomi berasaskan internet. Menurut laporan tersebut, penggubal dasar mesti mempertimbangkan saling pergantungan perkhidmatan dalam talian dengan sektor pertumbuhan lain yang menjadi asas di sebalik pelaburan infrastruktur.
Laporan Rantaian Nilai Internet 2022 GSMA mendedahkan faktor termasuk peraturan dan sekatan yang tidak seimbang, cukai khusus sektor dan kos spektrum yang memberi tekanan kepada model perniagaan pembekal infrastruktur lantas membenarkan syarikat Gergasi Teknologi berkembang maju.
Tekanan ke atas Syarikat Telekomunikasi
Kajian ini mendapati bahawa pendapatan di seluruh rantaian nilai Internet meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh lima tahun, daripada $3.3 trilion pada 2015 kepada $6.7 trilion pada tahun 2020. Kebanyakan pertumbuhan ini datangnya daripada perkhidmatan dalam talian; yang menyaksikan peningkatan hasil sebanyak 19% setahun pada tahun 2020.
Namun pulangan pelaburan dalam infrastruktur untuk para pengendali rangkaian adalah jauh lebih rendah, antara 6% dan 11%. Laporan itu menyorot purata pulangan sub-10% ke atas modal sebagai kebimbangan yang timbul akibat tekanan ke atas pengendali telekomunikasi untuk terus melaburkan CAPEX pada kadar sehingga 20% daripada hasil yang diperoleh.
Pengerusi GSMA, José María Álvarez-Pallete berkata, "Internet menghubungkan 4.6 bilion manusia dan memacu ekonomi global. Ia mengubah model perniagaan, membuka peluang baharu dan meningkatkan taraf komuniti di seluruh dunia. Tetapi, oleh kerana terdapat beberapa sektor dalam rantaian nilai Internet yang berkembang maju, permintaan untuk melabur dalam infrastruktur yang menjadi pergantungan sektor berkenaan untuk pertumbuhan, semakin menekan para pengendali rangkaian. Kami mengharapkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap isu ini dalam kalangan penggubal dasar, dan apabila ekonomi berasaskan Internet berkembang merentasi semua sektor sepanjang dekad yang akan datang."
Laporan ini menjelaskan bahawa cukai tidak produktif ke atas infrastruktur, keperluan kawal selia yang rumit serta faktor pengurangan nilai yang lain boleh mengurangkan insentif dalam pelaburan infrastruktur. Ia menggalakkan penggubal dasar untuk mempertimbangkan landskap percukaian dan peraturan sepenuhnya, memastikan syarikat yang melabur dalam infrastruktur diberi insentif untuk membangunkan dan menaik taraf rangkaian yang menyokong perkhidmatan dalam talian.
Muat turun laporan Rantaian Nilai Internet 2022.
Tentang GSMA
GSMA ialah sebuah organisasi global yang menyatukan ekosistem mudah alih untuk meneroka, membangunkan dan menghasilkan inovasi asas yang mengubah suasana perniagaan dan masyarakat yang positif. Visi kami adalah untuk memanfaatkan kuasa saling hubungan sepenuhnya supaya orang ramai, industri dan masyarakat dapat berkembang maju. Mewakili para pengendali dan organisasi mudah alih di seluruh ekosistem mudah alih dan industri berkaitan, GSMA menyampaikan tiga tonggak yang luas kepada ahlinya: Saling Hubungan untuk Kebaikan, Perkhidmatan dan Penyelesaian Industri serta Jangkauan. Aktiviti ini merangkumi usaha memajukan dasar, menangani cabaran terbesar masyarakat pada hari ini, menyokong teknologi dan saling kendalian yang menjayakan mudah alih dan menyediakan platform terbesar di dunia untuk menyatukan ekosistem mudah alih pada siri acara MWC dan M360.
Anda dijemput untuk mendapatkan maklumat lanjut di gsma.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1385555/GSMA_Logo.jpg?p=medium600