omniture

Laporan Baharu Menganggarkan Metaverse Boleh Menyumbang Sebanyak 2.8% kepada KDNK Global dalam Dekad Pertamanya

Analysis Group
2022-05-16 18:00 100

Sumbangan daripada metaverse kepada KDNK pada tahun 2031 boleh menjadi sebanyak $3 trilion jika penerimagunaan bermula pada tahun 2022, menurut ahli ekonomi Analysis Group 

BOSTON, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pakar ekonomi di Analysis Group, salah sebuah firma perundingan ekonomi antarabangsa terbesar, mengeluarkan sebuah laporan yang mencadangkan bahawa jika penerimagunaan dan impak metaverse berkembang sama seperti teknologi mudah alih, ia boleh menyumbang sebanyak 2.8% kepada Keluaran Dalam Negera Kasar (GDP) global pada tahun ke-10 selepas penerimagunaannya bermula. Sekirannya bermula pada tahun 2022, penerimagunaan metaverse sepanjang 10 tahun akan datang boleh membawa kepada sumbangan bernilai $3 trilion kepada KDNK global pada tahun 2031. Sama seperti teknologi mudah alih, metaverse dijangka mempunyai penggunaan yang meluas yang berpotensi untuk mengubah pelbagai sektor ekonomi seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, pembuatan, latihan pekerjaan, komunikasi, hiburan dan peruncitan.

Analisis ini di https://www.analysisgroup.com/metaverse menyesuaikan penyelidikan tentang teknologi cemerlang terdahulu untuk membuat kesimpulan tentang potensi proses penerimagunaan dan kesan ekonomi oleh metaverse. Metaverse yang masih dalam peringkat pembentukan ini dijangka akan terdiri daripada rangkaian meluas ruang digital yang didayakan dengan membangunkan teknologi seperti realiti terimbuh (AR), realiti maya (VR) dan realiti campuran (MR).

Analisis ini memberi tumpuan kepada pengukuran potensi kesan ekonomi metaverse jika ia berkembang seperti teknologi terdahulu yang berjaya dari segi kadar penerimagunaan oleh pengguna dan kesannya terhadap KDNK. Para penyelidik telah memilih teknologi mudah alih sebagai analogi yang sesuai disebabkan oleh persamaannya dengan metaverse dari segi cara ia menggabungkan inovasi sedia ada dan baru muncul untuk mengubah landskap teknologi dan ekonomi global secara asasnya.

Pasukan ini menggunakan maklumat daripada kesusasteraan akademik tentang kitaran pembangunan teknologi inovatif dan data yang tersedia kepada umum tentang penggunaan dan penerimagunaan teknologi mudah alih selama beberapa tahun untuk menilai impak secara langsung, tidak langsung dan pemangkin atau rangsangan. Faktor-faktor ini penting untuk KDNK termasuk penciptaan peluang pekerjaan, pertumbuhan perniagaan dan pembangunan ekonomi.

Wilayah

Bahagian KDNK Metaverse

pada Tahun ke-10

Jumlah Metaverse

Sumbangan kepada KDNK pada 2031 jika
Penerimagunaan Bermula pada 2022

Asia Pasifik (APAC)

2.3%

$1.04 trilion

Amerika Syarikat

2.3%

$560 bilion

Eropah

1.7%

$440 bilion

Timur Tengah, Afrika Utara dan Turki (MENAT)

6.2%

$360 bilion

Amerika Latin (LATAM)

5.0%

$320 bilion

India

4.6%

$240 bilion

Afrika Sub-Sahara (SSA)

1.8%

$40 bilion

Kanada

0.9%

$20 bilion

Kesan Global 

2.8%

$3.01 trilion 

Kajian tersebut telah dikarang oleh Prinsipal Urusan, Laurits Christensen dan Pengurus, Alex Robinson dari Analysis Group yang turut dibantu oleh sepasukan ahli ekonomi. Pembiayaan telah disediakan oleh Meta.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keupayaan Analysis Group, sila layari AnalysisGroup.com.

Tentang Analysis Group: 

Analysis Group merupakan salah sebuah firma perundingan ekonomi antarabangsa terbesar yang memiliki lebih 1,000 orang profesional di 14 buah pejabat di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Sejak tahun 1981, kami telah menyediakan kepakaran dalam analisis ekonomi, kewangan, penjagaan kesihatan dan strategi kepada firma undang-undang terkemuka, syarikat Fortune Global 500 dan agensi kerajaan di seluruh dunia. Pakar dalaman kami serta rangkaian pakar gabungan kami dalam sektor akademik, industri dan kerajaan menawarkan kepakaran luar biasa yang mendalam dan meluas kepada para pelanggan kami.

Hubungan:
Analysis Group
Eric Seymour, +1 978 273 6049
eric.seymour@analysisgroup.com

 

 

Source: Analysis Group
Keywords: Banking/Financial Service Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research