omniture

Adani akan Mengambil Alih Pegangan Holcim dalam Ambuja Cements dan ACC Limited

Adani Enterprise Limited
2022-05-16 18:43 167

Pengambilalihan Terbesar di India dalam bidang Infrastruktur dan Bahan yang bernilai USD10.5 bilion

Sinopsis Editor 

  • Pengambilalihan itu mendorong Adani ke dalam perniagaan simen dan akan mewujudkan pasaran bahan, logam dan perlombongan baharunya
  • Melalui pengambilalihan ini, Adani kini menjadi pengeluar simen kedua terbesar di India (kapasiti ~70 MTPA)

AHMEDABAD, India, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Adani Family, melalui sebuah anak syarikat tujuan khas luar pesisir, mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian muktamad untuk pengambilalihan keseluruhan pegangan Holcim Ltd. yang berpangkalan di Switzerland dalam dua syarikat simen terkemuka di India – Ambuja Cements Ltd. dan ACC Ltd.

Adani_Enterprise_Limited_1
Adani_Enterprise_Limited_1


Melalui anak-anak syarikatnya, Holcim mempunyai 63.19% pegangan dalam Ambuja Cements dan 54.53% pegangan dalam ACC (yang mana 50.05% dipegang melalui Ambuja Cements). Nilai pegangan Holcim dan pertimbangan tawaran terbuka untuk Ambuja Cements dan ACC ialah kira-kira USD10.5 bilion, menjadikannya pengambilalihan terbesar yang pernah dilakukan oleh Adani serta transaksi penggabungan & pengambilalihan (M&A) yang terbesar di India dalam bidang infrastruktur dan bahan.

"Tindakan kami mengorak langkah ke dalam perniagaan simen adalah satu lagi bukti kepercayaan kami terhadap kisah pertumbuhan negara kami," kata Encik Gautam Adani, Pengerusi Adani Group. "India bukan sahaja dijangka kekal sebagai salah satu ekonomi dipacu permintaan yang terbesar di dunia selama beberapa dekad, tetapi ia juga terus menjadi pasaran simen kedua terbesar di dunia walaupun mempunyai kurang separuh daripada purata penggunaan simen per kapita global. Dari segi perbandingan statistik, penggunaan simen di China adalah 7 kali lebih banyak berbanding India. Apabila faktor-faktor ini digabungkan dengan beberapa perdampingan perniagaan sedia ada kami yang merangkumi perniagaan pelabuhan dan logistik, perniagaan tenaga serta perniagaan hartanah Adani Group, kami percaya bahawa kami akan dapat membina model perniagaan bersepadu dan berbeza secara unik dan menyediakan syarikat kami untuk pengembangan kapasiti yang signifikan."

Encik Adani menambah, "Kepimpinan global Holcim dalam pengeluaran simen dan amalan terbaik kelestarian membawakan kepada kami beberapa teknologi tercanggih yang akan membolehkan kami mempercepat laluan ke arah pengeluaran simen yang lebih hijau. Selain itu, Ambuja Cements dan ACC merupakan dua daripada jenama paling kukuh yang diiktiraf di seluruh India. Apabila ditambah dengan jejak penjanaan kuasa boleh diperbaharui kami, kami dapat mendahului dengan lebih jauh dalam perjalanan penyahkarbonan yang merupakan satu kemestian untuk pengeluaran simen. Gabungan semua keupayaan kami ini membuatkan saya yakin bahawa kami akan dapat mewujudkan proses pembuatan simen yang paling bersih dan paling lestari yang akan memenuhi atau melangkaui penanda aras global."

"Saya amat gembira dengan Adani Group yang memperoleh perniagaan kami di India untuk memimpin era pertumbuhan seterusnya," kata Encik Jan Jenisch, Ketua Pegawai Eksekutif Holcim Limited. "Encik Gautam Adani ialah seorang pemimpin perniagaan yang sangat dikenali di India yang berkongsi komitmen kami yang mendalam terhadap kelestarian, para pekerja dan komuniti. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 10,000 rakan sekerja kami di India yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan perniagaan kami selama bertahun-tahun dengan memberikan dedikasi dan kepakaran mereka yang berterusan. Saya yakin bahawa Adani Group merupakan tempat yang sesuai untuk mereka serta para pelanggan kami untuk terus berkembang maju." 

Dengan penggunaan simen di India hanya pada 242 kg per kapita berbanding purata global 525 kg per kapita, terdapat potensi yang signifikan untuk pertumbuhan sektor simen di India. Pertumbuhan pembandaran yang pesat, peningkatan golongan kelas pertengahan dan perumahan mampu milik bersama-sama dengan pemulihan pasca pandemik dalam sektor pembinaan dan infrastruktur lain dijangka akan terus memacu pertumbuhan sektor simen dalam beberapa dekad akan datang.

Ambuja Cements dan ACC kini mempunyai gabungan kapasiti pengeluaran terpasang sebanyak kira-kira 70 MTPA. Kedua-dua syarikat ini merupakan antara jenama paling kukuh di India dengan pelbagai infrastruktur pembuatan dan rantaian bekalan yang diwakili oleh 23 buah kilang simen, 14 buah stesen pengisaran, 80 buah kilang konkrit siap campur dan lebih 50,000 rakan kongsi saluran mereka di seluruh India.

Ambuja dan ACC akan mendapat manfaat daripada sinergi dengan platform infrastruktur Adani yang bersepadu, terutamanya dalam bidang bahan mentah, kuasa boleh diperbaharui dan logistik, di mana syarikat-syarikat Portfolio Adani mempunyai pengalaman yang luas dan kepakaran yang mendalam. Ini akan membolehkan margin dan pulangan yang lebih tinggi pada modal yang digunakan untuk kedua-dua syarikat ini. Syarikat-syarikat ini juga akan mendapat manfaat daripada tumpuan Adani pada Falsafah Persekitaran, Sosial & Tadbir Urus (ESG), Ekonomi Kitaran serta Pengurusan Modal. Perniagaan ini akan terus diselaraskan secara mendalam dengan Matlamat Pembangunan Kelestarian PBB dengan fokus yang jelas pada SDG 6 (Air Bersih dan Sanitasi), SDG 7 (Tenaga Mampu Milik dan Bersih), SDG 11 (Bandar dan Komuniti Lestari) dan SDG 13 (Tindakan Iklim) .

Pengambilalihan itu tertakluk kepada kelulusan dan syarat kawal selia.

Tentang Adani

Beribu pejabat di Ahmedabad, India, Adani ialah perniagaan pelbagai dengan portfolio yang terbesar dan paling pesat berkembang di India yang mempunyai minat dalam Logistik (pelabuhan laut, lapangan terbang, logistik, perkapalan dan kereta api), Sumber, Penjanaan dan Pengagihan Kuasa, Tenaga Boleh Diperbaharui, Gas dan Infrastruktur, Agro (komoditi, minyak boleh makan, produk makanan, simpanan sejuk dan silo bijirin), Hartanah, Infrastruktur Pengangkutan Awam, Pertahanan & Aeroangkasa serta sektor-sektor lain.

Kejayaan dan kedudukan kepimpinan yang dikecapi Adani adalah hasil daripada falsafah terasnya iaitu 'Pembinaan Negara' dan 'Pertumbuhan Dengan Kebaikan' – satu prinsip panduan untuk pertumbuhan yang lestari. Kumpulan ini komited untuk melindungi alam sekitar dan memperbaiki komuniti melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) miliknya berdasarkan prinsip-prinsip kelestarian, kepelbagaian dan nilai bersama. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adani.com

Pertanyaan media: Roy Paul I roy.paul@adani.com I 91-79-2556628 

Tentang Holcim 

Holcim membina kemajuan untuk manusia dan planet ini. Sebagai peneraju global dalam penyelesaian bangunan yang inovatif dan lestari, Holcim membentuk bandar-bandar yang lebih hijau, infrastruktur yang lebih pintar dan meningkatkan taraf kehidupan di seluruh dunia. Dengan kelestarian sebagai teras strateginya, Holcim kini menjadi sebuah syarikat sifar karbon dengan kakitangan dan komunitinya yang menjadi teras kepada kejayaannya.

Syarikat ini memacu ekonomi kitaran sebagai peneraju dunia dalam kitar semula untuk membina lebih banyak lagi dengan sumber yang sedikit. Holcim ialah syarikat di sebalik beberapa jenama yang paling dipercayai di dunia dalam sektor pembinaan termasuk ACC, Aggregate Industries, Ambuja Cement, Disensa, Firestone Building Products, Geocycle, Holcim dan Lafarge. Holcim mempunyai 70,000 orang pekerja di seluruh dunia yang bersemangat untuk membina kemajuan bagi manusia dan dunia melalui empat segmen perniagaan: Simen, Konkrit Sedia Campur, Agregat dan Penyelesaian & Produk. Maklumat lanjut boleh didapati di www.holcim.com.
 

Source: Adani Enterprise Limited
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers