omniture

PureSoftware merangkul anugerah fintech dalam bidang teknologi kewangan di Anugerah Kecemerlangan Teknologi SBR

PureSoftware
2022-05-16 20:18 210

PureSoftware  telah menerima anugerah kerana memberikan impak perbankan yang kukuh melalui Arttha – sebuah Platform Teknologi Kewangan Bersepadu 

SINGAPURA dan NOIDA, India, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Komited dalam usahanya untuk menyampaikan penyelesaian perbankan era baharu kepada bank, institusi kewangan, firma teknologi kewangan dan para pengguna akhir sektor perbankan, 'PureSoftware' telah membangunkan platform teknologi kewangan bersepadu yang terkemuka dalam industri — 'Arttha' untuk para pelanggannya.

PureSoftware_CEO_Manish_Sharma
PureSoftware_CEO_Manish_Sharma

'Arttha' telah mengetuai transformasi perkhidmatan perbankan dan kewangan dengan strategi "Digital untuk Mereka Tanpa Perbankan" untuk menjadi peneraju pasaran. Platform ini membolehkan teknologi kewangan atau bank-bank yang baru ditubuhkan serta institusi kewangan sedia ada untuk mengubah perniagaan perbankan runcit dan SME mereka menggunakan keupayaan Pembayaran Digital, e-Dompet, Pinjaman Digital, Agensi atau Perbankan Tanpa Cawangan, Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) dan Pengurusan Saudagar melalui platform Arttha.

Manish Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif PureSoftware berkata, "Kami amat berbangga dapat memenangi anugerah ini dan amat berbesar hati kerana pengiktirafan yang diterima. Arttha telah memperkasakan bank dan firma fintech dalam pasaran baru muncul untuk memperoleh kelebihan digital yang ketara dengan menyediakan penyelesaian perbankan generasi seterusnya kepada para pelanggan mereka. Melalui Arttha, pelanggan kami telah berjaya menggunakan penyelesaian perbankan inovatif untuk memperluas pangkalan pelanggan mereka, meningkatkan pengalaman pengguna akhir, menggandakan jumlah transaksi dan melancarkan produk baharu di seluruh unit perniagaan. Platform ini telah dilaksanakan untuk menawarkan perkhidmatan kewangan kepada lebih 30 juta individu dan 2.4 juta pedagang di seluruh dunia, dengan lebih 1 bilion transaksi di seluruh dunia dalam masa setahun."

'Arttha' telah menangani jurang akses digital dalam perkhidmatan kewangan dengan kejayaan yang luar biasa secara khususnya di seluruh ekonomi baru muncul dengan pertukaran besar-besaran bagi rantau yang kurang dikenali dan tanpa perbankan seperti Kenya, Botswana, Zambia, Indonesia, Myanmar dan Nepal. Walaupun terdapat sekatan pergerakan ketat di pelbagai bahagian di dunia akibat  pandemik, 'Arttha' telah mengubah dinamik perbankan untuk membolehkan kesinambungan operasi perbankan di bahagian perniagaan dan mendemokrasikan akses kepada perkhidmatan kewangan di pihak pengguna.

Manish menambah, "Kurang aktiviti perbankan atau tidak mempunyai akaun bank seharusnya tidak menyekat akses kepada tahap pengalaman pelanggan yang sama seperti yang biasa digunakan oleh pengguna di pasaran maju. Kami terus berinovasi dengan memperkenalkan ciri-ciri baharu dalam platform sebagai tindak balas kepada trend baru muncul dalam industri ini sambil kami mengembangkan jangkauan kami kepada pelanggan di bahagian lain di Afrika, Timur Tengah dan Amerika Syarikat."

Tentang PureSoftware 

PureSoftware ialah sebuah syarikat produk perisian dan perkhidmatan digital global yang memacu transformasi untuk syarikat-syarikat di 35 buah bandar di 11 buah negara. PureSoftware memberikan tumpuan untuk memacu pengalaman pelanggan yang berbeza, mempercepatkan masa kitaran dan meningkatkan keputusan perniagaan melalui penyepaduan penyelesaian digital, automasi proses robotik, kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan loT. Penyelesaian mereka memanfaatkan teknologi baharu generasi seterusnya untuk memberikan kelebihan daya saing kepada perniagaan anda. Produk utama mereka 'Arttha' merupakan salah satu platform teknologi kewangan yang paling pesat berkembang yang memberi tumpuan kepada penyelesaian Pinjaman Digital, Pembayaran Digital dan Perbankan Teras.

Hubungan Media: 
Amitabh Chaudhary
amitabh.chaudhary@puresoftware.com 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1817627/PureSoftware_CEO_Manish_Sharma.jpg?p=medium600

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1450649/PureSoftware_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: PureSoftware
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Financial Technology