omniture

SS&C Melancarkan Blue Prism Desktop untuk Mengoptimumkan Pengurusan Proses Desktop

SS&C
2022-05-16 20:28 204

Blue Prism Desktop membolehkan perniagaan melaksanakan proses desktop automatik secara selamat dan berpusat, mengurangkan risiko tadbir urus dan keselamatan 

WINDSOR, Connecticut, 16 Mei 2022 /PRNewswire/ -- SS&C Technologies Holdings, Inc. (Nasdaq: SSNC) hari ini mengumumkan pelancaran SS&C Blue Prism Desktop ("Blue Prism Desktop"), sebuah penyelesaian automasi desktop. Blue Prism Desktop membantu mengawal kelemahan operasi akibat interaksi manusia, termasuk tadbir urus dan risiko keselamatan.

"Platform inovasi boleh mempercepat aktiviti inovasi anda apabila mereka membantu menghubungkan orang yang tepat untuk mengusahakan idea-idea yang tepat," tulis Bernhard Schaffrik, Penganalisis Utama di Forrester1. "Perusahaan tidak boleh melakukan inovasi secara bersendirian dan perlu memanfaatkan pendekatan sistematik terhadap inovasi bersama. Memahami peranan rangkaian inovasi yang berbeza dan dinamik menjadi keupayaan penting untuk pembezaan dan pertumbuhan."

Platform Blue Prism Desktop membantu para pengguna untuk:

  • Mengurangkan risiko pemprosesan desktop, termasuk interaksi manusia seperti log masuk, permulaan tugas dan aplikasi khusus pengguna
  • Mencipta ketelusan dan jejak audit yang dipercayai. Organisasi memperoleh kebolehlihatan melalui proses terkawal yang berpusat dengan kawalan akses pengguna yang ketat, kelulusan perubahan pelbagai peringkat dan perisian automasi pintar yang merekodkan setiap tindakan secara automatik
  • Mengautomasikan data berkapasiti tinggi, memakan masa dan tugasan sensitif pada skala besar. Antara muka yang mesra pengguna dan platform yang ditadbir secara berpusat membolehkan perniagaan mencapai output yang lebih tinggi secara selamat.
  • Mematuhi pelbagai piawaian IT dan keselamatan serta garis panduan kawal selia serantau. SS&C Blue Prism bekerjasama dengan penyedia teknologi keselamatan peringkat tertinggi di seluruh dunia.

"Perusahaan memerlukan penyelesaian automasi yang boleh dipercayai untuk menangani tugas dan kes penggunaan dengan selamat di seluruh perniagaan," kata Danny Major, Naib Presiden Kanan Produk, SS&C Blue Prism. "Blue Prism Desktop akan membolehkan organisasi memanfaatkan potensi sepenuhnya automasi desktop tanpa menjejaskan tadbir urus atau pematuhan. Di samping itu, proses kami yang dibangunkan secara berpusat dan disahkan memberikan ketenangan fikiran dan keyakinan yang diperlukan untuk beroperasi pada kapasiti dan potensi penuh mereka."

Lebih 2,800 pelanggan di seluruh dunia menjalankan operasi mereka pada SS&C Blue Prism dan SS&C Chorus, mendigitalkan operasi di seluruh perkhidmatan kewangan, insurans, kesihatan dan farmaseutikal, perbankan dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Blue Prism Desktop dan bagaimana ia boleh menyokong hasrat automasi anda, sila layari di sini.

Tentang SS&C Technologies 

SS&C ialah penyedia perkhidmatan dan perisian global untuk industri perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan. Ditubuhkan pada tahun 1986, SS&C beribu pejabat di Windsor, Connecticut dan mempunyai pejabat operasi di seluruh dunia. Kira-kira 20,000 perkhidmatan kewangan dan organisasi penjagaan kesihatan, daripada syarikat terbesar di dunia hingga firma kecil dan pertengahan pasaran, bergantung pada SS&C untuk kepakaran, skala dan teknologi.

SUMBER: SS&C

Maklumat tambahan tentang SS&C (Nasdaq: SSNC) boleh didapati di www.ssctech.com.

Ikuti SS&C di Twitter, LinkedIn dan Facebook.

1 "Alat Yang Anda Perlukan Untuk Meningkatkan Persaingan Inovasi Anda (The Tools You Need To Up Your Innovation Game)", blog oleh Bernhard Schaffrik, Forrester, 8 Februari 2022 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/692536/SSC_Logo.jpg?p=medium600 

Source: SS&C
Related Stocks:
NASDAQ:SSNC
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation High Tech Security Internet Technology Telecommunications New products/services