omniture

M4Markets memperoleh modal besar daripada para pelabur di Cyprus dan Dubai

M4Markets
2022-05-17 08:00 116

MAHE, Seychelles, 17 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Broker FX dan CFD Global, M4Markets telah mengumumkan hari ini bahawa selepas suku pertama tahun 2022 yang sangat positif, ia telah berjaya menyelesaikan pusingan penjanaan modal melalui penjualan kepentingan yang besar kepada pelabur strategik baharu.

 

Modal baharu ini akan digunakan untuk mempercepat pertumbuhan dengan memantapkan produk dan perkhidmatan M4Market melalui teknologi canggih dan penyelesaian automasi tambahan, menambah baik tadbir urus korporat dan rangka kerja ESG serta membawa masuk profesional khidmat kewangan tambahan yang berpengalaman.

Ketua Pegawai Eksekutif M4Markets, Deepak Jassal menyatakan bahawa, "Mengumpul modal dan menarik pelabur telah menjadi keutamaan sejak beberapa bulan lalu kerana kami menyedari bahawa M4Markets telah berkembang dengan pesat dan kami perlu mengoptimumkan tawaran teknologi dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pangkalan pelanggan kami yang sentiasa meningkat. Sejak beberapa bulan lalu, kami memecahkan rekod bulanan kami berulang kali dan merasakan bahawa modal baharu berserta kepakaran dan kepimpinan kumpulan para pelabur baharu akan membolehkan kami menjadi lebih baik dan meningkatkan nilai yang ketara untuk para pelanggan kami". 

Modal baharu ini akan turut membolehkan M4Markets meneruskan rancangan pengembangannya dengan menembusi pasaran dan wilayah baharu. Pegawai Pembangunan Perniagaan Kumpulan, Nick Jay, mengulas tentang berita yang menyatakan bahawa, "Kejayaan kami telah membezakan kami bukan sahaja dari segi cara pelabur memandang M4Markets, malah yang paling utama, cara pelanggan kami memandang kami. Kami telah komited sejak awal untuk menawarkan persekitaran perdagangan yang kompetitif kepada para pedagang kerana kami menganggap mereka sebagai aset terbesar kami dan berasa amat gembira dengan perkembangan terbaru ini yang akan membolehkan kami keluar, bertemu dan mencapai jumlah pedagang yang lebih besar."

Tentang M4Markets

M4Markets ialah salah satu broker Forex dan CFD terkawal yang paling pesat berkembang dengan tujuan untuk berkembang ke arah tawaran berbilang aset serta tumpuan untuk menjadikan perjalanan pedagang sebagai suatu pengalaman. Dengan spread yang rendah dan tanpa sebut harga semula, akaun amanah yang diasingkan, pelaksanaan yang sangat pantas dan dikawal oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) di Seychelles, M4Markets merupakan salah satu broker yang paling dipercayai.

Sila hubungi: Marilena Iakovou, Ketua Pegawai Pemasaran, marketing@m4markets.com, +44 (0)20 3519 7268

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1817653/M4Markets_Logo.jpg?p=medium600

Source: M4Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Venture Capital Financial Technology