omniture

YPO Menamakan Dharsono Hartono sebagai Penerima Anugerah Global Impact Award 2022

YPO
2022-05-17 19:04 64

NEW YORK, 17 Mei 2022 /PRNewswire/ -- YPO, komuniti kepemimpinan global yang terdiri daripada lebih 30,000 orang ketua eksekutif di 142 buah negara, hari ini mengumumkan Dharsono Hartono, Ketua Pegawai Eksekutif PT Rimba Makmur Utama (RMU) sebagai penerima anugerah Global Impact Award 2022 organisasi tersebut. PT Rimba Makmur Utama menguruskan Projek Katingan Mentaya yang berusaha untuk mengurangkan pembasmian hutan dan menyokong matlamat pembangunan lestari di Indonesia.

Global Impact Award YPO ialah penghormatan tertinggi daripada YPO kepada ahli-ahlinya yang mengiktiraf impak mereka di luar YPO serta meraikan impak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang mampan dan boleh diskala.

"Dharsono dan usahanya di Indonesia menjadi inspirasi kepada kami semua dalam komuniti YPO," kata Ketua Pegawai Eksekutif YPO, Xavier Mufraggi. "Beliau bukan sahaja telah memberi kesan yang mengagumkan terhadap alam sekitar, malah beliau juga mencari penyelesaian jangka panjang untuk komuniti tempatan serta membangunkan generasi pemimpin dan usahawan baharu."

Sebagai ketua PT Rimba Makmur Utama, Dharsono dan pasukannya membantu melaksanakan sebuah model penggunaan tanah lestari dengan mengurangkan pembasmian hutan dan degradasi, menggalakkan pemuliharaan, meningkatkan integriti ekologi serta menyokong pertumbuhan ekonomi di Indonesia. Melalui Projek Katingan Mentaya, syarikat tersebut melindungi dan memulihkan kawasan hutan paya gambut yang luas.

Projek Katingan Mentaya bermatlamat untuk melindungi 157,875 hektar (390,117 ekar) hutan di wilayah Kalimantan Tengah, Indonesia yang terletak di pinggir selatan Borneo, yang lazimnya digunakan untuk pembalakan. Projek ini telah menjana purata sebanyak 8 juta kredit setahun yang mendapat pensijilan 'triple gold', yang bersamaan dengan mengambil keluar dua juta buah kereta dari jalan raya.

Selain itu, Dharsono dan projek ini telah bekerjasama dengan 35 komuniti kampung tempatan dan menyediakan pendapatan alternatif lestari serta 1,000 pinjaman kewangan mikro untuk perniagaan kecil.

Dharsono berkata, "Ia merupakan satu penghormatan kepada saya kerana menerima anugerah Global Impact Award 2022 ini. Rakan kongsi saya, Rezal Kusumaatmadja dan saya telah mengasaskan RMU 15 tahun yang lalu dengan wawasan sebuah ekonomi dunia yang mengutamakan Bumi dan manusia. Projek Katingan Mentaya kini menjadi bukti bahawa sebuah syarikat penyelesaian berdasarkan alam semula jadi mampu memerangi perubahan iklim dengan tindakan sebenar yang memberi kesan positif kepada ekosistem iklim, komuniti dan biodiversiti. Kami masih mempunyai perjalanan yang panjang di hadapan tetapi anugerah ini merupakan pendorong yang kuat untuk mencapai misi kami."

Dharsono telah dipilih daripada kalangan penerima anugerah yang mewakili rantau YPO di seluruh dunia.

Penerima Anugerah Serantau Global Impact Award YPO: 

Tentang YPO:
YPO ialah komuniti kepemimpinan global yang terdiri daripada lebih 30,000 orang ketua eksekutif di 142 buah negara yang dihubungkan dengan kepercayaan bersama bahawa dunia ini memerlukan pemimpin yang lebih baik. Setiap ahli kami telah mencapai kejayaan dalam kepemimpinan yang signifikan pada usia muda. Apabila digabungkan, mereka memimpin perniagaan dan organisasi yang menyumbang kepada pendapatan tahunan sebanyak USD9 trilion. Ahli-ahli YPO memberi inspirasi dan menyokong antara satu sama lain melalui pembelajaran rakan sejawatan dan pengalaman luar biasa dalam sebuah komuniti yang inklusif dengan perkongsian terbuka dan kepercayaan. Sila layari ypo.org untuk maklumat lanjut. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1065220/YPO_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: YPO
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Publishing/Information Service Awards Conservation/Recycling Public Interest