omniture

Memberi Impak: KIIT Menduduki Tempat ke-8 di Seluruh Dunia dalam Matlamat Pembangunan Lestari untuk 'Mengurangkan Ketidaksamaan'

KIIT
2022-05-17 22:11 201

BHUBANESWAR, India, 17 Mei 2022 /PRNewswire/ -- KIIT Deemed-to-be-University, Bhubaneswar telah dinilai pada tempat ke-8 sebagai Universiti terbaik di dunia bagi kategori Kedudukan Berimpak 2022 Times Higher Education yang berprestij, atas kemajuan mengagumkan yang dicapainya dalam 'mengurangkan ketidaksamaan'.

KIIT
KIIT

Mencapai kesaksamaan jantina merupakan salah satu parameter utama dalam objektif Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Times Higher Education yang berpangkalan di London dan telah melakukan penilaian ke atas institusi pendidikan dan universiti berdasarkan parameter berbeza setiap tahun termasuk 'kedudukan universiti di dunia' yang terkenal, mengeluarkan laporan terkini bagi Kedudukan Berimpak 2022 pada 28 April.

Kedudukan Berimpak ini menilai komitmen universiti terhadap kelestarian dalam empat bidang yang luas: Penyelidikan, penjagaan, jangkauan dan pengajaran.

KIIT merupakan antara beberapa buah universiti dari India yang ditampilkan dalam senarai tersebut. Kedudukan KIIT pada tempat ke-8 merupakan suatu pengiktirafan terhadap komitmennya untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang akademik. Markah tinggi yang diperoleh KIIT juga mencerminkan tanggungjawab sosial dan sumbangannya yang sangat memberi impak terhadap SDG.

Pengasas KIIT dan KISS, Prof. Achyuta Samanta memuji pencapaian bersejarah tersebut dan berkata: "Kedudukan KIIT dalam kalangan universiti yang paling memberi impak di dunia bagi parameter 'Mengurangkan Ketidaksamaan' menggambarkan sumbangannya yang besar dalam bidang ini selama beberapa dekad."

Beliau mengucapkan tahniah kepada Canselor, Prof. Ved Prakash; Naib Canselor Prof. Sasmita Samanta, fakulti, para kakitangan dan pelajar KIIT atas pencapaian yang unik ini. 

KIIT ialah salah sebuah universiti terkemuka di India yang menarik para pelajar dari seluruh India dan dari lebih 53 buah negara untuk mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan teknikal. Ia dianggap secara meluas sebagai universiti yang paling mesra pelajar yang menghargai dan menghormati prinsip-prinsip belas kasihan dan kemanusiaan.

Walaupun KIIT berada pada kedudukan ke-8 terbaik di dunia bagi kategori 'Mengurangkan Ketidaksamaan', ia dinilai pada kedudukan antara 101-200 daripada 1,500 buah universiti dari 106 buah negara atas pencapaiannya dalam Matlamat Pembangunan Lestari yang lain seperti Pendidikan Berkualiti; Institusi yang Aman, Adil dan Kukuh; serta Kerjasama untuk Mencapai Matlamat. Ia telah mencapai kedudukan keseluruhan antara 201-300 dalam penilaian tersebut.

Selain pendidikan dan penyelidikan yang berkualiti, KIIT terlibat secara aktif dalam spektrum pelbagai aktiviti pembangunan sosial sejak ia ditubuhkan.

KIIT telah menjalankan inisiatif yang sangat besar bagi mengurangkan ketidaksamaan. Hasilnya, ia telah dinilai pada kedudukan ke-8 di seluruh dunia dalam parameter SDG ini, sekali gus menggariskan komitmennya yang teguh terhadap kesemua 17 SDG melalui program jangkauan akademik dan sosialnya.

KIIT berbangga menjadi sebuah universiti berasaskan komuniti dan telah memberi sumbangan terhadap isu sosial yang mendesak seperti mengurangkan kemiskinan melalui pendidikan, pemerkasaan wanita, peluang sama rata di tempat kerja, pembangunan luar bandar, naik taraf suku kaum, seni, budaya dan kesusasteraan.

Tentang KIIT 

Universiti ini telah ditubuhkan antara tahun 1992-1993 oleh Prof. Samanta, seorang pendidik terkenal dan juga aktivis sosial. Ia dimulakan secara sederhana sebagai sebuah pusat latihan vokasional. Namun begitu, asas prinsip dan kepercayaannya telah menjadikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua orang lalu menjadikannya sebuah destinasi pengajian tinggi yang dicari-cari. Ia dibentuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi pada tahun 1997, yang dianggap sebagai tahun penubuhannya. Sejak itu, KIIT telah berkembang pesat serta menetapkan penanda aras klasik dalam aktiviti pendidikan dan penyelidikan.

Hubungan Media: 

Dr. Shradhanjali Nayak
director.pr@kiit.ac.in

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1818445/KIIT.jpg?p=medium600

 

Source: KIIT
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Survey, Polls & Research