omniture

MakerBot dan Ultimaker bersetuju untuk bergabung demi mempercepat penerimagunaan global terhadap pembuatan bahan tambahan

Ultimaker
2022-05-18 14:22 52

Entiti baharu ini telah memperoleh pembiayaan tambahan berjumlah $62.4 juta untuk mendayakan inovasi pencetakan 3D global

BROOKLYN, New York dan UTRECHT, Belanda, 18 Mei 2022 /PRNewswire/ -- MakerBot dan Ultimaker, dua peneraju dalam pencetakan 3D dekstop, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memeterai perjanjian gabungan perniagaan yang akan mempercepat penerimagunaan pembuatan bahan tambahan dengan menyediakan ekosistem perkakasan, perisian dan bahan yang komprehensif bagi pencetakan 3D dekstop.

Entiti baharu ini akan disokong oleh pelabur sedia ada, NPM Capital dan Stratasys (Nasdaq: SSYS) dan akan mendapat manfaat daripada pelaburan tunai terancang bernilai $62.4 juta bagi mendayakan inovasi dan pengembangan ke pasaran baharu. Syarikat baharu ini akan dipimpin oleh Nadav Goshen, Ketua Pegawai Eksekutif MakerBot semasa dan Jürgen von Hollen, Ketua Pegawai Eksekutif Ultimaker semasa yang akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, dengan Nadav menguruskan operasi dan R&D manakala Jürgen menguruskan fungsi komersial.

"Penggabungan ini menandakan satu pencapaian penting bagi Ultimaker dan MakerBot," kata Jürgen von Hollen, Ketua Pegawai Eksekutif Ultimaker. "Inovasi dan pertumbuhan penting untuk membawa percetakan 3D dekstop beralih daripada teknologi khusus kepada penerimagunaan perniagaan arus perdana. Syarikat baharu ini akan memanfaatkan dan memperluas gabungan jejak globalnya dengan jualan dan operasi di Amerika, EMEA dan APAC."

"Inovasi teknologi amat penting dalam meningkatkan ketersediaan penyelesaian pencetakan 3D profesional yang mudah digunakan," kata Nadav Goshen, Ketua Pegawai Eksekutif MakerBot. "Dengan menggabungkan pasukan kami dan memanfaatkan pembiayaan tambahan, kami berupaya mempercepat pembangunan penyelesaian canggih untuk menyediakan pelanggan kami dengan portfolio penyelesaian perkakasan dan perisian yang luas demi menyediakan perkhidmatan kepada spektrum pelanggan dan penggunaan yang luas."

Entiti baharu ini bermatlamat untuk menawarkan penyelesaian pencetakan 3D dekstop yang mudah digunakan dan boleh diakses untuk mana-mana penggunaan sambil menginspirasikan industri ke arah persekitaran pembuatan yang bertanggungjawab dan lestari pada masa hadapan.

Syarikat baharu ini akan mengekalkan ibu pejabatnya di Belanda dan di New York, AS. Urus niaga ini tertakluk kepada rundingan badan wakil pekerja dan kelulusan kawal selia yang berkaitan, dengan penutupan yang dijangka akan berlangsung sepanjang suku kedua atau ketiga tahun 2022.

Tentang MakerBot

MakerBot ialah peneraju global dalam industri pencetakan 3D dekstop. MakerBot memperkasakan jurutera hari ini dan masa depan dengan ekosistem pembuatan bahan tambahan yang hebat. Syarikat ini berusaha untuk mentakrifkan semula piawaian pencetakan 3D demi keselamatan dan pelepasan karbon, kebolehpercayaan, kebolehcapaian, ketepatan dan penggunaan yang mudah. Melalui pengkhususan ini, MakerBot mempunyai pangkalan pemasangan besar yang menguruskan Thingiverse—komuniti pencetakan 3D terbesar di dunia—dan mempunyai ahli jawatankuasa dalam piawaian UL 2904 untuk memastikan ia mematuhi peraturan pelepasan karbon.

Tentang Ultimaker

Ditubuhkan pada 2011, Ultimaker sedang dalam suatu misi untuk mempercepat transformasi dunia ke arah penyelesaian yang fleksibel, memperkasa dan lestari. Seramai 380 orang pekerja menyediakan platform yang membolehkan pelanggan memanfaatkan sepenuhnya keunikan Ekosistem Ultimaker yang menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan pencetakan 3D yang terbesar dalam industri. Ultimaker menyediakan integrasi perkakasan, perisian dan bahan yang lancar dan berfungsi dengan baik.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1816730/Ultimaker_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Ultimaker
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Licensing/marketing agreements New products/services