omniture

RS Components Mengeluarkan Tutorial Video Robot Arduino Eksklusif

RS Components
2013-10-08 11:00 215

Siri lima video yang dihoskan oleh pengasas Arduino Massimo Banzi memaparkan panduan untuk menggunakan dan membangunkan projek dengan Robot; kini boleh didapati di saluran YouTube RS

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang meneraju di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah mengeluarkan lima tutorial video eksklusif yang memaparkan pencipta Arduino Massimo Banzi memperkenalkan Robot Arduino dan menerokai pelbagai ciri perkakas mudah alih sumber terbuka baharu ini.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Video itu dikeluarkan hari ini di Maker Faire di Rom, dan boleh ditonton secara eksklusif melalui saluran YouTube RS dalam Bahasa Inggeris, dengan versi sari kata boleh didapati dalam Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Tulisan Cina Ringkas, Tulisan Cina Tradisional dan Bahasa Jepun.

Siri lima video selama 10 minit setiap satu itu memaparkan pengembaraan menghiburkan yang penuh maklumat melalui penggunaan Robot, dan menunjukkan Massimo Banzi, dengan pengasas bersama Arduino David Cuartielles dan Pereka Interaksi Xun Yang, berseronok dengan beberapa projek contoh:

  1. Pengenalan kepada Robot Arduino – bagaimana mengeluarkan daripada kotak, memasang dan menggunakan IDE Arduino untuk memprogramkan Robot
  2. LOGO dan Kawalan Jauh Robot anda – tempat untuk menjumpai contoh kod di IDE, dan bagaimana untuk mengawal Robot menggunakan alat kawalan jauh TV sejagat
  3. Elakkan Halangan, Cipta Strategi – guna teknologi berbeza untuk mengesan jarak dari Robot ke objek lain dalam bilik  
  4. Mengikuti Garisan, Menyelamatkan Keadaan – bagaimana mengikuti garisan menggunakan sensor tatasusunan IR di papan motor
  5. Imej dan Bunyi – bagaimana menggunakan skrin dan memainkan bunyi pada pembesar suara Robot

Massimo Banzi berkata, "Saya dengan gembiranya mengumumkan perkongsian Arduino dengan RS di Maker Faire. Kami telah bekerjasama untuk mencipta lima tutorial video eksklusif, yang memaparkan Robot Arduino baharu. David Cuartielles dan Xun Yang menyertai saya untuk merangkumi semuanya daripada asas Robot Arduino hinggalah pemprograman yang lebih mencabar. Ini merupakan tempoh masa yang sangat mengujakan bagi Arduino, dan pasukan ini tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui bagaimana pengikut kami bakal menggunakan Robot itu."

"Video daripada pembuat Arduino ini memberikan panduan selangkah demi selangkah yang mudah untuk menggunakan dan membangunkan projek dengan Robot," kata Glenn Jarrett, Ketua Global Pemasaran Produk, RS Components. "Kandungan bermaklumat namun santai ini akan menarik minat penggemar Arduino sedia ada dan juga sesiapa yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia pemprograman komputer buat kali pertama."  

Tonton video di: http://www.youtube.com/watch?v=vlxH0DAv5ds

Tentang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi yang meneraju di dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter belian kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang meneraju, termasuklah barangan elektronik, pengautomatan dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrikal dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP1.24 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web www.rs-components.com

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Hubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Edelman Public Relations (China)
Winnie Wen
Pengurus Hubungan Awam
E-mel: winnie.wen@edelman.com
Telefon: +86-10-5828-6580

Sumber: RS Components

 

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Components New products/services