omniture

MOËT HENNESSY MELANCARKAN EDISI PERTAMA FORUM HIDUPAN TANAH SEDUNIA: MENGGERAKKAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK HIDUPAN TANAH

Moët Hennessy
2022-05-18 21:56 206

PARIS, 18 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Selaras dengan komitmennya yang berterusan terhadap Hidupan Tanah, yang diperbaharui semula di Vinexpo Paris pada tahun 2020, Moët Hennessy, bahagian Wain & Minuman Keras Kumpulan LVMH, menganjurkan edisi pertama Forum Hidupan Tanah Sedunia (World Living Soils Forum, WLSF) dari 1 hingga 2 Jun 2022, di Arles-en-Provence. Dianjurkan di sekitar sebuah agora penyertaan yang terbuka untuk perkongsian penyelesaian yang dinamik dan kolektif, acara ini akan menghimpunkan para saintis dan pakar antarabangsa, personaliti yang komited dan peserta yang bekerja terutamanya dalam bidang vitikultura untuk mengukuhkan lagi pelan tindakan Moët Hennessy bagi melindungi organisma hidup dan alam sekitar.

 

 

 

SEBUAH GAMBARAN YANG KOMPREHENSIF DAN BERTANGGUNGJAWAB TENTANG HIDUPAN TANAH

Keinginan untuk memelihara tanah sentiasa ada dalam DNA Moët Hennessy, Maison dan para pengasasnya yang tidak sabar untuk mewariskan terroir (persekitaran semula jadi tanaman anggur) dan kemahiran pembuatan wain mereka kepada generasi akan datang.

Moët Hennessy telah meletakkan Hidupan Tanah sebagai keutamaan dalam pendekatan pembangunan lestarinya berdasarkan konteks alam sekitar yang berubah-ubah dengan cabaran yang kompleks.

Misi asas WLSF adalah untuk mempercepatkan lagi pembangunan dan berkongsi pengetahuan bagi menyokong perlindungan tanah dan penjanaan semula vitikultura di peringkat global. Objektif ini merangkumi pemeliharaan dan biodiversiti, penyesuaian terhadap perubahan iklim serta pengurusan dan pengurangan penggunaan air. Oleh itu, Forum ini bakal menghimpunkan pakar dari seluruh dunia, saintis, penyelidik dan peserta daripada industri wain untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik dan penyelesaian yang digunakan di negara-negara lain serta bidang pertanian yang lain.

Philippe Schaus, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Moët Hennessy menyatakan: "Kami perlu mencari penyelesaian baharu yang bercita-cita tinggi terhadap cabaran secara langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan pemuliharaan dan penjanaan semula tanah dalam vitikultura. Kemudian, kami perlu berkongsi penyelesaian tersebut supaya ia tersedia kepada seluruh dunia. Masa depan perniagaan kami amat bergantung padanya! Ini merupakan tujuan edisi pertama "World Living Soils Forum" (Forum Hidupan Tanah Sedunia) yang kami telah tubuhkan sebuah jawatankuasa pakar dalaman dan luaran dari seluruh dunia untuk menghasilkan sebuah program yang bercita-cita tinggi dan asli. Kami mahukan forum ini menjadi sebuah tempat perbincangan global bagi keseluruhan industri ini untuk mengambil tindakan dengan cepat dan lebih baik, mengikut rangka kerja saintifik yang ketat."

Untuk menghadiri forum ini dalam talian, sila daftar di www.worldlivingsoilsforum.com.

Tentang Moët Hennessy

Moët Hennessy, bahagian Wain & Minuman Keras LVMH, mengumpulkan semula dua puluh lima Maison yang diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana kekayaan terroir, kualiti produk dan kemahiran pembuatan wain yang dihasilkannya. Selama bertahun-tahun, Moët Hennessy telah komited terhadap program alam sekitar dan sosialnya iaitu 'Living Soils Living Together' atau Hidupan Tanah Hidup Bersama-sama.

Ao Yun, Arbeg, Armand de Brignac, Belvedere, Bodega Numanthia, Cape Mentelle, Chandon, Château d'Esclans, Château Galoupet, Cheval des Andes, Clos19, Cloudy Bay, Dom Pérignon, Eminente, Glenmorangie, Hennessy, Krug, Mercier, Moët & Chandon, Newton, Ruinart, Terrazas de los Andes, Veuve Clicquot, Volcán de mi Tierra, Woodinville.

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1819345/WLSF_Video_teaser.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1819340/version_web_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1660736/Moet_Hennessy_Logo2.jpg?p=medium600

Sila hubungi:

Moët Hennessy
Jabatan Komunikasi
Alain Lavital
press@worldlivingsoilsforum.com

 

MOËT HENNESSY LAUNCHES THE FIRST EDITION OF THE WORLD LIVING SOILS FORUM
MOËT HENNESSY LAUNCHES THE FIRST EDITION OF THE WORLD LIVING SOILS FORUM

 

 

Source: Moët Hennessy
Keywords: Agriculture Beer, Wine & Spirits Beverages Environmental Products & Services Retail Environmental Issues Trade show news