Caseware yang baru dijenamakan semula berkongsi penyelidikan yang membawa pembaharuan dan melancarkan siri pertama alatan transformasi untuk memenuhi keperluan industri yang berubah-ubah.
TORONTO, 19 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Kreatif, ingin tahu dan gemarkan cabaran mungkin bukan sifat yang biasanya dikaitkan dengan akauntan dan juruaudit, tetapi sebuah kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan sejumlah besar profesional industri melihat diri mereka bersifat sedemikian.
Kajian tersebut – yang dijalankan oleh penyedia perisian terkemuka, Caseware International melalui temu bual dengan kira-kira 500 orang akauntan dan juruaudit di seluruh dunia – mencadangkan bahawa profesion ini berubah ke arah pekerjaan yang dipacu pemahaman dan berteraskan manusia.
Menurut kajian ini, kira-kira 37% daripada akauntan dan juruaudit yang ditinjau meletakkan nilai yang tinggi terhadap penyelesaian masalah secara kreatif. Hampir separuh (47%) mengatakan bahawa mereka gemarkan cabaran apabila berkaitan dengan mencuba teknologi baharu. Para profesional perakaunan mengatakan bahawa mereka ingin meluangkan lebih banyak masa untuk bekerjasama dengan pelanggan dan rakan sekerja mereka, malah tumpuan mereka telah berubah daripada menganalisis apa yang telah berlaku kepada menjangkakan apa yang bakal berlaku seterusnya.
"Kami telah mendengar dengan teliti pendapat para pelanggan kami selama lebih 30 tahun dan mesej yang jelas daripada penyelidikan ini ialah industri ini akan kelihatan amat berbeza pada masa hadapan berbanding pada hari ini," ujar David Osborne, Ketua Pegawai Eksekutif Caseware. "Profesion ini yang secara tradisinya dilihat sebagai pengiraan angka-angka yang membosankan, kini sedang berubah dengan pantas menjadi profesion yang dinamik, dipacu pemahaman analitis dan memberi tumpuan kepada kerjasama kreatif. Penyelesaian berasaskan awan, automasi pintar dan inovasi lain mencetuskan peluang perniagaan baharu dan membuka laluan kerjaya baharu."
Caseware, penyedia perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) terkemuka kepada industri pengauditan dan perakaunan telah menjalankan kajian tersebut dari bulan Ogos hingga Disember 2021. Penemuan kajian ini telah pun digunakan dalam pembangunan produk dan perkhidmatan syarikat ini serta turut memaklumkan penjenamaan semulanya yang baru diumumkan. Antara pemahaman yang dikongsi oleh responden kaji selidik ini ialah ramai daripada mereka telah mengembangkan kemahiran insaniah demi memupuk hubungan kerja yang lebih erat dengan para pelanggan dan rakan sepasukan. Kajian ini menunjukkan bahawa mereka juga semakin sedar tentang potensi mereka untuk menghasilkan kesan yang berkekalan.
"Kami melihat juruaudit, akauntan dan penganalisis kewangan kini lebih berbangga dengan hakikat bahawa kerja mereka memberi manfaat kepada dunia dan menjadikannya lebih baik," kata Osborne. "Mereka memainkan peranan yang penting, contohnya dalam membantu organisasi beralih daripada pendedahan kewangan tradisional kepada berkongsi maklumat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Sama ada para profesional perakaunan mengesan dan mencegah penipuan, memastikan sistem berfungsi dengan betul atau membantu syarikat beroperasi dengan cekap dan juga beretika, namun mereka yang bergantung pada Caseware sedang melakukan pembaharuan."
Caseware mengumumkan penjenamaan semula
Bagi menyokong dan memacu perubahan transformasi industri ini, Caseware telah mengumumkan penjenamaan semula di peringkat dunia apabila ia mula melancarkan alatan automasi, analitik dan penyelesaian masalah generasi seterusnya – yang semuanya direka untuk memperkayakan pengalaman para pelanggannya sambil membantu pelanggan mencapai prestasi yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Jenama Caseware baharu ini telah diumumkan di Toronto semasa CwX, persidangan tahunan global pertama syarikat tersebut. Dalam ucapannya kepada gabungan hadirin secara bersemuka dan dalam talian, Osborne komited untuk menyediakan alatan serba boleh dan inovatif kepada para pelanggan yang membolehkan mereka melakukan kerja terbaik. Ketua Pegawai Eksekutif ini turut berkongsi matlamat syarikat yang diperbaharui: "Caseware terlibat dalam perniagaan untuk membantu para pelanggan kami bekerja dengan lebih berkesan, memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dan melihat lebih jauh di sepanjang perjalanan yang membawa kepada perubahan yang lebih baik. Kami berjaya memajukan kejayaan para pelanggan kami dan membantu mereka memacu transformasi dengan mereka bentuk teknologi yang mencerminkan pemahaman kami yang mendalam tentang perkara yang mereka harapkan untuk dicapai – dan sebabnya."
Teras kepada tawaran produk baharu syarikat ini ialah alat risikan perniagaan berasaskan awan yang canggih yang dikenali sebagai Sherlock, yang menggabungkan data dalam pelbagai penglibatan dan menjana pemahaman yang hebat yang kemudiannya dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat pertumbuhan. Sherlock yang dilancarkan secara rasmi pada 19 Mei, merupakan siri yang pertama bagi produk yang membawa pembaharuan kepada pasaran yang dirancang oleh Caseware untuk diperkenalkan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
"Sambil kami membangunkan alat yang membantu mengubah masa depan perakaunan, kami juga membantu pelanggan individu memperoleh kerjaya yang didorong oleh perasaan ingin tahu dan kecerdasan kreatif," kata Osborne yang menyertai Caseware sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada bulan Jun 2021 susulan pelaburan strategik dalam syarikat tersebut yang dilakukan oleh firma ekuiti swasta, Hg Capital pada bulan Oktober 2020.
Dengan sokongan kewangan daripada Hg dan di bawah kepemimpinan Osborne, Caseware telah mengalami pertumbuhan yang pesat. Pada tahun lepas sahaja, syarikat tersebut telah menambah lebih 250 orang ahli pasukan baharu di seluruh dunia. Bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia perisian audit dan jaminan berasaskan awan yang terkemuka, Caseware juga telah memperluas jejak globalnya dengan mengambil alih tiga daripada pengedarnya – di AS, Denmark dan Belanda.
"Ini merupakan masa yang menarik bagi industri perakaunan dan pengauditan kerana transformasi digital membawa kami ke tahap yang tidak pernah kami bayangkan," ujar Osborne. "Kami berharap dapat melengkapkan lebih ramai akauntan dan juruaudit di seluruh dunia dengan penyelesaian yang memenuhi harapan mereka yang tinggi terhadap kepantasan, ketepatan, responsif serta yang sama pentingnya iaitu keinginan mereka untuk kerjasama yang lebih mudah dan penyelesaian masalah yang dipacu pemahaman. Disokong oleh alatan dan platform kami yang direka dengan teliti, mereka boleh memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting: membina hubungan yang lebih kukuh dengan rakan sekerja dan pelanggan mereka – malah kami akan sentiasa berada bersama-sama dengan mereka sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan inovatif."
Tentang Caseware
Caseware ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian audit, pelaporan kewangan dan analisis data yang didayakan awan untuk firma perakaunan, syarikat dan pengawal selia kerajaan. Alatan dan platform Caseware yang inovatif membantu lebih setengah juta pelanggan di 130 buah negara bekerja dengan lebih pintar, mengkaji dengan lebih mendalam dan melihat lebih jauh apabila mereka mengubah pemahaman menjadi sesuatu yang memberi kesan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.caseware.com .
Maklumat media dan untuk menetapkan temu bual: Isabella Kima - Pakar komunikasi korporat, isabella.kima@caseware.com