omniture

HABANOS, S.A. MEMPERSEMBAHKAN COHIBA 55 ANIVERSARIO EDICIÓN LIMITADA KE SELURUH DUNIA

Habanos S.A
2022-05-19 23:00 155
  • Habanos, S.A., melalui pengedarnya, Phoenicia T.A.A. Cyprus, mempersembahkan Cohiba 55 Aniversario Edición Limitada (57 tolok cincin X 150 mm panjang) baharu pada acara ulang tahun jenama tersebut. 
  • Persembahan tersebut berlangsung di lokasi pengedaran Phoenicia T.A.A. Cyprus dan diadakan dalam format hibrid dengan acara bersemuka yang dijalankan di 9 buah negara. 

LA HABANA, 19 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Habanos, S.A., melalui pengedarnya, Phoenicia T.A.A. Cyprus, mempersembahkan Cohiba 55 Aniversario Edición Limitada (57 tolok cincin X 150 mm panjang) baharu yang terkemuka di dunia. Vitola ini dicipta sempena meraikan ulang tahun ke-55 Cohiba, jenama paling berprestij di dunia.

Cohiba 55 Aniversario Edición Limitada
Cohiba 55 Aniversario Edición Limitada

Persembahan ini dilangsungkan dalam lokasi pengedaran Phoenicia T.A.A. Cyprus dan diadakan dalam format hibrid dengan acara di tapak yang merangkumi 9 buah negara (Cyprus, Greece, Iraq, Ivory Coast, Jordan, Kuwait, Lubnan, Arab Saudi dan Nigeria) serta secara maya kepada semua peminat tegar di seluruh dunia yang ingin menonton pelancaran ini secara langsung.

Lebih 2,000 pengguna telah mendaftar di platform www.cohiba55.com untuk menonton secara langsung pelancaran ini dan kira-kira 1,000 orang tetamu menghadiri acara secara bersemuka, sekali gus menjadikan mereka antara yang pertama menikmati Cohiba Edición Limitada yang eksklusif ini.

Encik Ernesto González, Pengarah Pemasaran Operasi Habanos, S.A., yang merantau ke Limassol, Cyprus untuk melihat sendiri salah satu acara di tapak yang dianjurkan, berkata: "Saya amat gembira dapat berada di sini untuk meraikan ulang tahun jenama paling berprestij dalam dunia Cerut Premium. Sepanjang 55 tahun ini, kami telah membangunkan satu portfolio yang teliti dengan setiap perincian di bawah jenama Cohiba yang direka untuk para peminat tegar yang paling mencabar dan selain itu, Cohiba juga telah menerajui inovasi dan pembangunan produk istimewa yang diperkenalkan ke pasaran dengan ciri yang sangat terhad dan eksklusif". Menurut Mohammed Zeidan, Presiden Phoenicia Trading, "Cohiba mewakili tradisi, budaya, sejarah dan Cuba".

Sebagai sebuah produk baharu untuk acara malam tersebut, Encik Walid Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif Phenicia T.A.A Cyprus, mempersembahkan pelancaran Edisi Cohiba "Premier", yang terdiri daripada kumpulan pertama Cohiba 55 Edición Limitada-Edisi Terhad, dalam bekas mewah yang ditandakan dengan nombor 1 hingga 10,000, yang mengandungi 5 Habanos eksklusif ini. Di samping itu, keluaran ini merangkumi cecincin unik yang memaparkan nama "Premier" dan akan dijual secara eksklusif di wilayah pengedar.

Encik Luis Sánchez-Harguindey Pardo de Vera dan Inocente Núñez, Presiden Bersama Habanos, S.A., menekankan bahawa "Cohiba sentiasa menjadi penentu trend- bukan sahaja dalam portfolio kami tetapi juga dalam sektor cerut premium di seluruh dunia. Perlu diingat bahawa tempoh 55 tahun tersebut memerlukan ketabahan dan kegigihan demi memperkenalkan Cohiba, sebagaimana ia dilihat pada hari ini. Cohiba ialah suatu perkataan yang ditafsirkan dalam fikiran semua orang sebagai Habano terbaik di dunia. Ia adalah tradisi, budaya, ciri organoleptik dan kemasyhuran yang tidak dapat disangkal dan dipertikaikan".

Cohiba 55 Aniversario Edición Limitada akan berada di pasaran seluruh dunia dalam kotak kayu dengan 10 Habanos yang hebat di dalamnya. Selain itu, Edición Limitada ini juga menampilkan cecincin kaki buat kali pertama dengan standard kualiti tertinggi, memberikan sentuhan istimewa pada hari ulang tahunnya dan menyerlahkan ciri yang terkandung dalam Habano ini.

Habano ini telah dihasilkan melalui pemilihan daun pembalut, pengisi dan daun pengikat yang teliti, yang dituai oleh pengeluar terbaik Vuelta Abajo*, di zon Pinar del Río*, Cuba*. Cohiba ialah produk yang unik dalam kalangan Habanos, dengan tiga helai daun pengisi Cohiba (seco dan ligero) menjalani penapaian tambahan dalam tong simpanan. Rawatan khas ini memberikan Cohiba aroma dan perisa yang tiada tandingan yang tidak dapat ditemui pada mana-mana jenama lain. Cohiba ialah jenama yang paling berprestij dalam dunia tembakau, keunggulan Habanos dan pada usia 55 tahun, ia masih merupakan jenama yang menampilkan pembaharuan dan inovasi yang berterusan, sentiasa diingini dan menarik bagi para peminat tegar yang ada sekarang dan akan datang.

Phoenicia T.A.A (Cyprus)

Phoenicia T.A.A (Cyprus) Ltd, yang berpangkalan di Limmassol, Cyprus, merupakan pengedar eksklusif Habanos, S.A, untuk Mesir, Benua Afrika (kecuali Algeria, Maghribi dan Afrika Selatan), Malta, Greece, Turki, Ukraine, Cyprus, Lubnan, Syria, Jordan, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Nota rasa

Cohiba 55 Aniversario Edición  Limitada

Dimensi: 57 tolok cincin X 150 mm panjang

  • Nama kilang: Victoria
  • Habano yang kelihatan hebat dengan pembalut berwarna coklat gelap dan berkilat
  • Asap dan pembakaran yang unggul.
  • Kekuatan sederhana hingga penuh.
  • Tempoh merokok selama kira-kira 50 minit.
  • Padanan yang dicadangkan. Rum Extra Añejo berusia 25 tahun.

* Protected Appellations of Origin

Foto -  https://mma.prnasia.com/media2/1821590/Habanos_Cohiba_55.jpg?p=medium600

Source: Habanos S.A
Keywords: Tobacco New products/services